Pages

Ladang spirulina atas bumbung hotel

BANGKOK - Di atas bumbung sebuah hotel di sini terdapat berpuluh-puluh tong berisi cecair hijau mengandungi alga yang merupakan inovasi baharu pertanian bandar.Dikenali sebagai spirulina, alga boleh dimakan ini mampu membantu menyediakan sumber protein yang mapan sebagai alternatif kepada daging.Sebanyak tiga kali seminggu, seorang lelaki Patsakorn Thaveeuchukorn menuai alga itu di dalam beberapa buah tong.
"Rumpai hijau ini membesar dengan pantas. Kebiasaannya ia membesar dua kali ganda dalam tempoh 24 jam," kata Patsakorn yang bekerja untuk syarikat EnerGaia.Syarikat tersebut menanam alga di atas bumbung beberapa buah bangunan di ibu kota Thailand di sini.
Kredit: kosmo
"Dengan tahap protein yang tinggi dan khasiat yang banyak, spirulina amat bermanfaat kepada kesihatan," kata Patsakorn."Jika dibandingkan dengan daging, makanan itu mengambil masa enam bulan untuk membesar hingga satu kilogram tetapi alga ini mengambil masa hanya seminggu," kata Patsakorn
 

Beli kereta guna wang kecil

ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat bayaran berjumlah £16,000 (RM82,575) menggunakan 10 buah kotak berisi wang kertas satu yuan (RM0.54) dan duit syiling.Dia yang dikenali sebagai Zhang menghantar lebih 10 buah kotak kepingan wang kertas dan syiling.
kredit: kosmo
Urusniaga berkenaan berlaku di sebuah pusat automotif di bandar ini, dalam wilayah Henan.
Kesemua wang itu kemudian dibawa ke sebuah bank yang mana dua orang kerani diperlukan untuk mengiranya.Masa selama beberapa jam diperlukan untuk mengira sejumlah 13,000 yuan (RM7,071) wang kecil itu.
 

Mayat mangsa dibaham buaya ditemui

Darwin: Polis menemui mayat perenang berusia 26 tahun dan bangkai buaya yang ditembak selepas mangsa cuba berenang di perairan penuh reptilia itu.

Polis berkata Sean Cole dan seorang rakan berenang menyeberangi Sungai Mary dan berenang semula apabila buaya sepanjang 4.7 meter itu membaham dadanya tengah hari Sabtu lalu ketika 15 rakan menyaksikan dalam keadaan ketakutan dari tebing sungai.
Kejadian berlaku ketika Cola menyertai sambutan ulang tahun kelahiran rakannya di sebatang sungai Outback, Australia, hujung minggu lalu.


Renjer hidupan liar Wilayah Utara, Tom Nichols berkata mayat Cole dan buaya yang mati itu terapung di permukaan sungai awal pagi semalam.

Buaya itu ditembak renjer dalam tempoh beberapa jam selepas serangan malam Sabtu lalu namun tenggelam sebelum sempat ditangkap.

Cole menyambut ulang tahun kelahiran seorang rakannya itu di Mary River Wilderness Retreat, sebuah destinasi pelancongan terkenal Outback, kira-kira 110 kilometer di tenggara ibu kota Wilayah Utara di sini.

Sungai Mary terkenal di seluruh dunia memiliki buaya dewasa air masin paling padat di dunia. Anda tidak boleh berenang dalam Sungai Mary, kata Sarjan Kanan Geoff Bahnert. AP

Sembunyi di ruang tayar pesawat

Lagos: Seorang remaja yang bersembunyi dalam ruang tayar sebuah pesawat ditemui selamat selepas jet itu melakukan penerbangan domestik selama 35 minit, kelmarin, kata pegawai syarikat penerbangan dan pihak berkuasa. Remaja itu memasuki ruang tayar selepas berlari ke tengah landasan di sebuah lapangan terbang Nigeria.Penumpang dan kru kapal terbang memaklumkan juruterbang bahawa seorang budak lelaki berlari ke arah pesawat itu yang bersedia untuk berlepas Sabtu lalu dari Benin City di selatan, kata jurucakap Arik Airline, Ola Adebanji.
Juruterbang kemudian memaklumkan agensi dan pihak berkuasa penerbangan negara itu, katanya.

Insiden itu memperkuat kebimbangan berhubung keselamatan di lapangan terbang Nigeria yang menghadapi kebangkitan puak militan agama yang sebahagian besarnya dibendung di bahagian timur laut negara itu selepas perintah darurat dikuatkuasakan.

Penerbangan singkat

Kami bimbang dengan kecuaian berterusan dari segi kawalan keselamatan di lapangan terbang, kata pengarah urusan Arik Airline, Chris Ndulue.
Negara Afrika Barat itu selain menghadapi cabaran keselamatan juga mempunyai sejarah bencana besar sektor penerbangan.

Meskipun budak lelaki itu mungkin bersembunyi di ruang berkenaan, juruterbang masih memilih untuk meneruskan penerbangan, kata jurucakap Agensi Penerbangan Persekutuan Nigeria (FAAN), Yakubu Dati.

Sejurus pesawat berlepas, pasukan keselamatan FAAN sekali lagi melakukan pemeriksaan tetapi tidak menemui sebarang perkara luar biasa di landasan, kata Dati.

Apabila pesawat tiba di Lagos, ibu kota komersial Nigeria, budak lelaki berusia 13 atau 14 tahun itu melompat ke tanah daripada tayar dan ditahan kakitangan Arik, kata Adebanji.

Katanya, remaja itu mungkin terselamat kerana penerbangan singkat dan pesawat mungkin tidak sampai 25,000 kaki (7,620 meter).

Samsung Galaxy Tab 3 dari Samsung

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenal barisan GALAXY Tab 3 terbarunya dalam tiga saiz iaitu 7.0 inci, 8.0 inci dan 10.1 inci untuk pasaran tempatan.Bagi model GALAXY Tab 3 7.0 inci dan 8.0 inci, kedua-duanya kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit elektronik seluruh negara, manakala bagi model 10.1 inci pula akan mula dipasarkan bermula pertengahan September ini.GALAXY Tab 3 7.0 inci ditawarkan pada harga RM1,099, sementara bagi saiz 8.0 untuk model WiFi dan LTE masing-masing ditawarkan pada harga RM1,099 dan RM1,499 seunit.


Syarikat elektronik Korea Selatan itu berkata, siri GALAXY tab 3 itu menawarkan kepada pelanggan pelbagai bentuk untuk melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi acara yang bermakna dan kandungan istimewa dengan insan penting dalam hidup mereka.

Katanya, sama ada melayari laman web di rumah atau membaca sewaktu mengembara, setiap peranti dilengkapi dengan kandungan bermutu tinggi.

"Ia sangat sesuai digunakan bagi menonton atau berkongsi kandungan dengan kawan dan keluarga serta merakamkan detik spontan dalam kehidupan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam. Kalau takde duit nak beli, boleh lah cuba2 jual barang ataupun tolong jual barang orang lain, daftar percuma jer.



Reka bentuk nipis GALAXY Tab 3 7.0 inci


GALAXY Tab 3 7.0 inci didatangkan dengan reka bentuk senipis 9.9 milimeter dan seberat 306 gram sekali gus menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang.

Ia turut dijana dengan prosesor Dwi Teras 1.2 GHz yang menawarkan pengalaman penggunaan lancar kepada pengguna, berserta akses kepada kandungan premium di Samsung Hub dan WatchON, ia menjanjikan hab hiburan mudah alih yang berkuasa.

Sementara itu, bagi GALAXY Tab 8.0 inci pula, ia direka supaya selesa dipegang menggunakan satu tangan dan sesuai untuk digunakan bagi menonton video, bermain permainan dan membaca e-buku di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Peranti itu juga sesuai untuk kegunaan pelancong menerusi aplikasi S Translator yang membolehkan terjemahan segera menerusi pengenalan suara dan juga teks sama ada di emel, mesej teks dan ChatON.

Buat duit dengan jomniaga.com

Pasti dah ramai join jomniaga kan. Aku pun dah lama join, cuma tak aktif. Sejak dua menjak ni je kembali aktif guna jomniaga, guna akaun lama, nasib baik ingat lagi password jomniaga ni. Bila login balik, aku terus jer promote apa yg sesuai dgn blog aku produk2 jomniaga ni. Cara promosi pun telah diperbaikki hasil dari perkongsian kawan2 yang berjaya hasilkan duit daripada jomniaga.
Dah lama rupanya aku daftar jomniaga

Tahu tak korang?

Tahu tak korang, kalau korang nak promote Premium Vendor macam PPL ( pay per lead ala yang rm2 satu kepala tuh ) korang kena sahkan akaun korang dengan menghantar butiran2 untuk menunjukkan korang ni warganegara Malaysia. Korang boleh hantar scan / gambar ic, lesen memandu ker... ok jer. Janji bukti yang korang ni warganegara Malaysia. Kalau tak, sia2 je promote Premium Vendor nih sbb income tak di kira oooo.
Dalam kes aku ni kan, sebab aku sambung je akaun lama aku, aku tak perasan bahawa aku belum sahkan lagi akaun aku nih. Tapi minggu ni aku dah buat le, dan sudah ok. Sejak 2 menjak ni aku promote PPL ( tak tahu le ada sale ke idak.. hehe ) tanpa hiraukan benda2 nih. Semuga ini menjadi pengajaran pada korang yang masih baru.
Pengesahan jomniaga.
Bagi yang belum daftar lagi, bolehlah cuba satu sistem oleh rakyat Malaysia yang ala clickbank nih, untuk menjual produk korang dan juga mempromosi produk2 lain yang ada dalam jomniaga.com.
Dah ramai yang berjaya ooo...
 

Gambar Pasar Siti Khadijah Kota Bharu - Jalan-jalan Raya

Ini citer raya lepas tak habis lagi nih. Sblm ni aku ada kongsi skit gambar kat area2 Cameron Highland di sini kan. Aku ikut sana sebab nak balik ke Kelantan ( aku orang Gua Musang Kelantan ). Balik beraya rumah mek aku di Gua Musang, panjangkan langkah lagi pegi beraya rumah nenek plak di Kota Bharu. Jumpa sanak sedara sekali di Pasir Mas dan juga aktiviti jalan-jalan di Kota Bharu.
Kat sini aku nak kongsi skit gambar-gambar sempat aku ambil kat Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu.
Balik raya Kelantan, Kota Bharu pasti jem, nak parking susah, last2 aku masuk parking kat KB Trade Center sebelah je dengan Pasar Siti Khadijah.
Kacang! Antara makanan yang aku selalu beli bila balik Kelantan.
Dan juga keropok. Ada yang timbang (rm10/kilo) ada yang dah siap bungkus. Mek aku nak yang timbang, best kot yang timbang.
Apa ni? Aku pun tak tahu sebab tu aku tak beli... hehe
Yang ni tahap menisannya sangat tinggi, cuba elakkan.
Masin-masin sebab rasanya masin tapi best kalau keman dalam mulut.. hehe.. keman... hehe.. korang paham ke maknanya apa?
Serunding. Yang ni aku beli setengah kilo, harga lupa lah. Kalau yang basah skit, tak tahan lama tapi lebih sedap dari yang kering. Ada yang di perbuat dari daging tempatan, import dan ayam.
Makanan2 untuk kunyah2 dalam kereta.
Lagi..
Keropok segera ni mesti beli ataupun dapat free kalau dah beli barang lain banyak, cuba minta keropok ni 2 bungkus, mesti dapat free.
Dodol di bungkus kecik2.
Lagi keropok segera grad rendah skit.
Orang perempuan suka le bab2 ni barag2 hiasan nih.
Pasar Siti Khadijah ada banyak tingkat, yang jual kain dan baju dan tudung ni, tingkat lain plak.
Kedai sangat rapat-rapat dan panas... hehee.. kalau budak2 kecik tak di galakkan bawak sini, nanti nangis jer.
Banyak le baju2, kain2 dan tudung.
Syurga kain kat sini, boleh tawar2 dan jangan lupa ambil bisnes kad takut2 nak tukar ke apa lain kali.
Tips: Kalau selalu pegi kat Pasar Siti Khadijah Kota Bharu nih, pegi kat kedai yang sama, lama2 kalau dah kenal, harga nya lain skit, lebih murah. Tak payah nak ronda2 survey sebab dalam ni panas dgn kedainya yang dekat2, boleh selisih bontot kalau jln seiringannya.Kalau terasa nak buat bisnes baju kurung, boleh jugak.
Ada yang pernah ke sana?

Rozita Che Wan di katakan bertunang.

Pelakon dan pengacara sensasi, Rozita Che Wan mempertikai motif seorang peminat menyebarkan cerita palsu melalui laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada hari raya ketiga lalu. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, dia cam kehadiran pemuda terbabit yang asyik merakamkan gambar keluarganya pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Tindakan individu terbabit yang memuat naik gambar Zain di laman Instagram miliknya sambil meletakkan hashtag #MajlisPertunanganRozitaCheWanDanZainSaidin akhirnya mencetuskan tanda tanya peminat. Malah, beberapa laman portal mula menyiarkan gambar berkenaan lalu mencetus spekulasi di alam maya.

"Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian, sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik. Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya, Ayu Raudhah. Apa yang pelik, dia cukup berani meletakkan hashtag sedemikian

Mercedes-Benz perkenal model baru E-Class

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baru E-Class yang menampilkan reka bentuk lebih sporty serta disepadukan dengan sistem enjin lebih cekap yang disasar membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta mewah.Menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan dan pelbagai ciri terkini terutama sistem yang dapat membantu menghindar kemalangan, E-Class 2013 dinobatkan sebagai siri E terbaik yang pernah dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Kai Schlickum, berkata E-Class terbaru itu turut mengorak langkah penting dari aspek keberkesanan dan ekologi apabila ia dipertingkatkan dengan enjin petrol suntikan langsung BlueDIRECT empat lejang.

"Kami meletakkan standard baru pada E-Class dari aspek keselamatan, reka bentuk dan keberkesanan yang memberikan nafas baru kepada segmen kereta mewah.
Kredit: Berita Harian

"Simbol 'E' itu terus berdiri sebagai peneraju bagi segmen itu," katanya pada pelancaran Mercedes-Benz E-Class terbaru di Kuala Lumpur, semalam. Bagi yang perempuan, kalau bawak kereta ni sambil pakai baju kurung, fuhhhh.. memang ngam dan orang akan respek.

Dua varian

Di Malaysia, dua varian model itu dilancarkan semalam iaitu E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dalam kemasan Avantgarde, yang dipadankan dengan kotak gear baru, 7G-TRONIC PLUS. Varian E-400 pula dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.Varian berkenaan dalam kemasan Avantgarde dipadankan dengan komponen sporty manakala sistem keselamatan terkini iaitu bantuan halangan pelanggaran meningkatkan aspek keselamatan bagi menghindar kemalangan sama ada objek melintas mengejut mahupun lampu pintar anti-silau.

Sistem pemanduan pintar itu yang dapat membantu menghindar kemalangan dan beroperasi menggunakan sistem amaran berasaskan radar yang menyelaraskan bantuan brek bagi mengurangkan risiko pelanggaran belakang.

E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang MBM, Pekan, Pahang dan masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM366,888 serta RM405,888 di Semenanjung Malaysia. Dapat duit dari lelongan rumah, boleh ambik dah ni kan.

E200 yang dipadankan dengan enjin 2.0 liter dan menjana 184 bhp dan tork 300Nm, memecut dari pegun hingga 100 kilometer (km) sejam dalam 7.9 saat manakala E250 pula dengan enjin sama menghasilkan 211 bhp dan tork 350Nm untuk memecut dari sifar ke 100 km sejam pada 7.4 saat.
 

Proton hatchback turbo dilancar Sabtu

Proton Holdings Bhd akan melancarkan model terbarunya, iaitu kereta hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa turbo pada Sabtu ini.

Pengenalan model itu adalah antara langkah yang diambil oleh pengeluar kereta nasional berkenaan untuk mengukuhkan daya saing bagi berdepan persaingan sengit dalam pasaran automotif tempatan serta meningkatkan kadar penembusan rangkaian modelnya di pasaran antarabangsa.
Kredit: Berita Harian
Pelancarannya dijadualkan disempurnakan oleh Penasihat Proton Holdings, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE.

Ulama Islam cipta applikasi islamik

RIYADH: Satu telefon pintar bercirikan Islam, "Peace Mobile" yang dilancarkan pada minggu terakhir Ramadan lalu, adalah satu aplikasi media berguna yang menggabungkan al-Quran dengan sains moden.Telefon pintar itu dicipta Dr Zakir Naik, seorang penceramah umum Islam dan perbandingan agama terkenal di peringkat antarabangsa.
Permintaan untuk telefon bimbit Islam meningkat di kalangan masyarakat Islam di Arab Saudi. Ribuan penduduk sudah membuat pesanan aplikasi itu secara online, sementara beratus-ratus yang lain bercakap mengenainya di pelbagai landasan media.Satu inisiatif teknologi penemuan itu oleh Naik, pengasas dan presiden IRF (Yayasan Penyelidikan Islam), telefon itu akan membantu pelaksanaan budaya Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Peace Mobile disesuaikan sepenuhnya dengan aplikasi Islam yang sahih dan perisian serta membantu masyarakat Islam yang mengamalkannya terus berhubung dengan dunia Islam.Naik berada di sini baru-baru ini bercakap dalam satu forum Ramadan dianjurkan Pusat Budaya Islam India (IICC).
Ulama berkenaan sentiasa menegaskan keperluan untuk kedua-dua pendidikan agama dan moden, menganggap kedua-duanya sebagai penting.

IRF adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan yang memiliki saluran Peace TV, sebuah rangkaian televisyen satelit Islam yang baru-baru ini melebihi tontonan rekod global sebanyak 200 juta.Okasha Mujahid, pengurus perniagaan antarabangsa di Darussalam, sebuah rumah penerbitan Islam berpusat di sini, mengalu-alukan telefon pintar itu dan berkata:

"Darussalam bersungguh-sungguh bekerja untuk menyebarkan kata-kata Islam menerusi penerbitannya. Peace Mobile boleh membantu lanjutan untuk ini."

Duit raya last minit dari jomniaga

Selamat hari raya.
Terutamanya kepada seluruh umat Islam diseluruh dunia termasuklah di Bumi ataupun di Planet Pluto.Jadi, kepada rakan-rakan blogger yang dah balik kampung, semoga bergembira. Dan kepada yang sedang dalam perjalanan, aku harap korang semua memandu elok-elok. Kalau tak larat, berhenti kejap. Pergi ke luar kejap. Buatlah senaman lompat bintang sebanyak 10 kali. Tekan tubi 100 kali dan naik turun bumper kereta sebanyak 50 kali. Insya-Allah, korang akan kembali bersemangat waja semula.
Ya. Duit raya yang aku terima sebelum kita menyambut hari raya adalah dari Jomniaga.
duit raya dari jomniaga Duit raya dari Jomniaga yang terakhir..
Duit raya terakhir dari Jomniaga. Yahoooo!t r
Walaupun tak berapa banyak, tapi aku bersyukur. Ada jugak hasilnya, kan? Tak adalah nampak sangat macam aku buang masa dengan program Jomniaga ni. Ketahuilah ada beratus program affiliaet di Jomniaga yang boleh korang pilih dan promosikan. Mana tahu, korang pun akan dapat banyak komisen seperti yang aku dapat sekarang ni. Walaupun mungkin akan ambil masa sedikit, tetapi jika kita tak cuba, kita takkan tahu.
Masih belum terlambat untuk mencuba Jomniaga. Cubalah sekarang –> Jomniaga

Wanita digilis penjenayah, wang hasil jualan RM15,000 lesap

Serdang: Seorang wanita yang cuba menghalang penyamun melarikan lorinya serta wang hasil jualan ayam RM15,000, maut digilis penjenayah itu dalam kejadian di Taman Serdang Jaya, malam kelmarin.Mangsa, Rohani Harun, 52, memandu lori satu tan berkenaan bersendirian selepas selesai berniaga di pasar malam di taman berkenaan bersama suaminya, Yahaya Ishak, 62, kira-kira jam 9.45 malam.
Mangsa yang mempunyai enam orang anak diarah keluar dari lori berkenaan sebelum salah seorang daripada suspek masuk ke dalam kenderaan terbabit sebelum melarikannya." Asisten Komisioner Abdul Razak Elias, Ketua Polis Daerah Serdang

Yahaya pula memandu kereta lain mengekori lori itu selang beberapa kenderaan. Bagaimanapun, lori dipandu Rohani dipintas sebuah Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata tiga perompak terbabit yang masing-masing bersenjatakan parang mengarahkan Rohani turun dari lori.
"Mangsa yang mempunyai enam orang anak diarah keluar dari lori berkenaan sebelum salah seorang daripada suspek masuk ke dalam kenderaan terbabit sebelum melarikannya.

"Mangsa cuba menghalang lorinya daripada dilarikan tetapi suspek merempuh dan menyeret mangsa beberapa meter sebelum berjaya melarikan kenderaan itu.
"Akibat daripada rempuhan dan diseret, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala," katanya.

Abdul Razak berkata polis percaya suspek sudah mengekori pergerakan mangsa sejak beberapa hari sebelum bertindak menyamun wanita berkenaan sebaik pulang dari berniaga.

Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, suami mangsa, Yahaya Ishak, 62, berkata malam kelmarin adalah hari terakhir dia bersama isteri berniaga dan merancang untuk membeli pakaian bagi menyambut Aidilfitri.

"Saya berada selang beberapa kenderaan di belakangnya. Saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang kebetulan berada tidak jauh dari situ mengatakan isterinya disamun.

"Dia tidak sempat membantu dan ketika saya sampai di tempat kejadian mendapati isteri dalam keadaan parah. Saya sempat mengajarnya mengucap dan dia meninggal dunia ketika tiba di Hospital Serdang," katanya ketika ditemui BH, di perkarangan Hospital Serdang, di sini semalam.

Trend baru cat rumah tahun 2013

HARI Raya Aidilfitri menjelma lagi. Justeru, tidak hairanlah jika sebahagian besar umat Islam di negara ini sibuk membuat persiapan bagi memastikan kediaman sentiasa ceria dalam menyambut kehadiran tetamu-tetamu pada pagi lebaran.Ada yang merancang menukar perabot baharu, tidak kurang juga yang berkira-kira mahu menukar langsir, permaidani, lampu hiasan dan sebagainya.Bagi yang mempunyai bajet lebih mungkin mempunyai perancangan untuk mengecat rumah tahun ini.
Bagaimanapun disebabkan terlalu banyak pilihan warna yang tersedia pasti menyulitkan untuk membuat pilihan terbaik dan sesuai untuk kediaman.Lima temaMenyedari hakikat itu, Duta Jenama Dulux Paint, Eric Leong baru-baru ini berkongsi trend pilihan warna kepada pelanggan yang mahu suasana baharu untuk kediaman tetapi tidak tahu di mana harus bermula.
Menurut Eric, terdapat lima tema yang berbeza diketengahkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini iaitu Simple Celebration, Newly Weds, Candy Raya, Family Home dan Mostly Masculine yang diinspirasikan daripada buku Dulux ColourFutures 2013.
Katanya, perkara asas yang harus ditekankan oleh setiap pemilik kediaman ialah menentukan gaya hiasan dengan mengambil kira corak kehidupan mereka seisi keluarga."Misalnya, warna-warna bumi Family Home diinspirasi daripada palet Home Factor sesuai bagi golongan berkeluarga yang mahukan suasana ringkas dan tidak terlalu menonjol," katanya.
Jelas Eric, bagi golongan bujang, beliau menyarankan tema Mostly Masculine yang diinspirasikan daripada palet Switching Off.
"Ketenangan rona dalam tema ini sememangnya mendamaikan. Dengan barisan palet yang mengunjur daripada kelabu indah ke biru mewah, ia menyerlahkan kesempurnaan untuk gaya kemas, moden dan melambangkan cita rasa tinggi.
"Bagi pasangan baru berkahwin, disarankan menggunakan tema Newly Weds daripada palet Visual Solace yang menggabungkan warna-warna pastel lembut bagi memberikan suasana romantik, anggun dan ringkas,"ujarnya.Tambah Eric, pemilihan tema dan warna yang sesuai penting kerana ia mampu memberikan kesan tertentu pada ruangan, memperkuatkan hiasan dalaman dan menonjolkan keseluruhan ruangan yang ada.
Justeru katanya, sebelum mengecat rumah dan mengatur dekorasi hiasan dalaman, pelanggan perlu memahami makna dan pengaruh setiap warna terhadap karakter diri mereka."Warna bukan saja menyerlahkan ruang dalaman malah dapat menghasilkan persekitaran yang ceria, kreatif dan penuh ketenangan."Ia bukan saja menggambarkan personaliti pemiliknya malah mampu menambahkan nilai estetika sesebuah kediaman," ujarnya.
Jelas Eric, sekiranya pelanggan tidak gemar bereksperimentasi dengan warna-warna dinding rumah, mereka boleh memilih jalan selamat dengan bermain dengan warna aksesori, kemasan dan perabot.
"Misalnya, pasu berwarna hijau zaitun dan langsir bercorak kelabu asap di ruang tamu.
"Bahagian sofa atau meja makan pula dimeriahkan dengan penggunaan kusyen atau skaf besar berwarna-warni pastinya memberikan elemen berbeza berbanding sebelumnya," katanya.Bagi pelanggan yang masih ragu-ragu dengan pilihan mereka bolehlah mendapatkan perkhidmatan perundingan warna Dulux melalui e-mel, telefon atau berkunjung sendiri ke pejabat akzonobel berhampiran.
 

Twitter kawal penggunaan bahasa kesat

London: Twitter semalam mengumumkan peraturan baru mengawal penggunaan bahasa kesat dengan menekan satu punat bagi melaporkan kesalahan itu.

Ia berikutan kemarahan yang meningkat terhadap mesej ugutan dan mengandungi perkataan kesat terhadap selebriti wanita yang menjadi ahli media sosial itu.
Dengan menekan punat itu, ahli Twitter tidak perlu melaporkan salah laku kepada pusat bantuannya yang memerlukan mereka mengisi borang aduan.


Tambah petugas

Twitter juga berjanji menambah petugas untuk menyekat sebarang penggunaan mesej berunsur negatif itu.

Ketika menerangkan perkara itu, Pengurus Besarnya, Tony Wang, turut meminta maaf kepada mangsa yang menerima mesej kesat di media sosial berkenaan.

"Apa yang mereka hadapi tidak boleh diterima. Jika orang ramai tidak menerimanya, ia juga tidak boleh diterima bagi pengguna Twitter.
"Kami akan ambil lebih banyak langkah melindung pengguna daripada salah laku itu. Itu komitmen kami," katanya.

Isu itu mendapat perhatian selepas beberapa wanita mendedahkan bagaimana mereka menerima mesej berunsur ancaman dan kata-kata kesat di Twitter.

Cipta gigi guna sel air kencing manusia

Beijing: Penyelidik di Institut Bioperubatan Dan Kesihatan Guangzhou berkata, mereka berjaya mencipta gigi menggunakan sel air kencing manusia.Menurut saintis di situ, air kencing manusia mengandungi sel yang berpotensi dijadikan enamel, pulpa dan komponen lain bagi gigi sihat. Ketika penyelidik di institut itu bangga dengan pencapaian berkenaan, beberapa pihak lain masih curiga dengan kejayaan itu.

Menurut mereka, keputusan pencapaian itu masih terhad kerana membabitkan sel tikus dan kadar kejayaannya sekitar 30 peratus.
 
Struktur gigi yang terhasil itu pula hanya memiliki satu pertiga daripada kekerasan gigi manusia. Profesor Kolej Universiti London, Chris Mason berkata penggunaan air kencing manusia "mungkin satu daripada "sumber paling jijik" pernah ada.

Gambar blur lelaki disyakki bunuh tokoh perbankan

KUALA LUMPUR - Siasatan lanjut kes pembunuhan tokoh perbankan, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini pada Isnin lalu menemui dua perkembangan penting yang diharap dapat merungkai dalang di sebalik kejadian itu.
Pertama, polis telah menangkap pemandu teksi yang membawa lelaki disyaki pembunuh upahan dan kedua, gambar lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang diambil daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diedarkan kepada orang ramai.
kredit: kosmo
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan agresif pihaknya dapat menahan seorang pemandu teksi berketurunan Cina di sebuah restoran di Sri Petaling di sini pada pukul 9 malam kelmarin. Dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam.
 

Bayar sewa rendah jika kurus

OSAKA - Sebuah apartmen di Jepun mengenakan kadar sewa berdasarkan berat badan penyewanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.Terletak di sini, bangunan apartmen The Lady Share House B&D merupakan satu-satunya pangsapuri yang diduduki sepenuhnya oleh wanita.Persatuan penghuni pangsapuri itu mengadakan perjanjian dengan pemilik hartanah yang mana kadar sewa apartmen ditetapkan berdasarkan turun naik berat badan penyewanya.
Penyewa yang memiliki berat badan berlebihan akan membayar sewa tinggi dan sebaliknya.
Pemilik hartanah itu bersetuju menurunkan kadar sewa sebanyak 1,000 yen (RM33) untuk setiap satu kilogram berat badan yang diturunkan secara tetap untuk tempoh tiga bulan.
kredit: kosmo.com.my
Bangunan apartmen itu turut dilengkapi sebuah studio senaman dengan kelengkapan bersenam sebagai langkah untuk membantu penyewa menurunkan berat badan.
Pemilik kediaman tersebut turut menawarkan diskaun untuk alat solek, makanan ringan dan kursus pengurusan badan secara percuma.