Pages

Tarikh Beli No PIN Kemasukkan UPU 2014

Nombor pin untuk permohonan kemasukan ke IPTA UPU, POLITEKNIK DAN ILKA boleh mula dibeli melalui Bank Simpanan Nasional pada atau selepas 20 Januari 2014 dan permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi kemasukan IPTA POLITEKNIK (TEVT) DAN ILKA.


Calon-calon yang layak membuat pembelian dan permohonan UPU pada januari 2014 ini adalah calon-calon lepasan SPM 2013 yang mahu menyambung pengajian diperingkat Sijil, Asasi atau Diploma. Kemasukan 2014/2015

Panduan Membeli Nombor Pin UPU di ATM Bank Simpanan Nasional



pin upu


1. Masukkan Nombor Pin (pin kad ATM anda)
2. Pilih Urusan 'BELI PIN'
3. Pilih Jenis Permohonan – Contoh 'IPTA'
4. Pilih Jenis Program IPTA – Contoh Lepasan 'SPM' 
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar/My Kad
6. Semak Maklumat Pembelian Pin 
7. Resit Dicetak, Urusan Selesa 

NOTE: • Untuk pembelian PIN diluar tempoh jualan mesej berikut  akan terpapar : "Diluar Tempoh Jualan" 
• Bagi Mesin ATM yang kehabisan resit, pembelian PIN tidak dibenarkan.
• Pembelian PIN di ATM hanya untuk My Kad/KP baru sahaja.

BSN juga memperkenalkan sistem baru SMS Banking. Sistem perbankan SMS ini juga boleh digunakan untuk membeli no PIN IPTA jika anda pemengang akaun persendirian GIRO / GIROi Apakah perkhidmatan yang di tawarkan oleh BSN SMS Banking? 

• Pertanyaan baki 
• Pindahan akaun • Pembayaran Bil • Pembelian PIN • Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) • Prepaid Top Up (Maxis, Digi & Celcom)

  1. Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  2. Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  3. Masukkan No. Telefon Bimbit
  4. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  5. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.



Panduan Beli No Unik id/Pin IPTA Cara SMS

Pengguna perlu mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM. Untuk mendaftar di ATM atau CDM    Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli Nombor Pin UPU melalui sms.
SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

Jika anda tidak memiliki akaun persendirian di BSN. Anda boleh juga membeli no PIN UPU dikaunter BSN menggunakan kad pengenalan anda.

Cara beli no. PIN UPU dikaunter BSN

1. Isi butiran peribadi pada borang biru.
2. Ambil no. giliran
3. Dapatkan no. pin anda.

Aplikasi Permohonan Online Kemasukan IPTA Politeknik dan ILKA

Sistem Permohonan Online Kemasukan Pelajar Ke IPTA akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari. Pemohon boleh gunakan link di atas  untuk membuat permohonan. Semoga Berjaya saya ucapkan kepada pemohon.

Belajar Grammar English Dalam Bahasa Melayu



Oh ya, sebelum  pemohon melangkah jauh ke ipta/ipts apa, saya sarankan pemohon untuk memperkuatkan penguasaan bahasa english sebab di ipts/ipta ni banyak guna bahasa english. Pemohon boleh rujuk kepada satu buku ni yang mengajar grammar english dalam bahasa melayu.Buku ini ditulis bagi memudahkan anda membacamemahami, dan menguasai English, kerana ia adalah amat penting pada masa kini. Keunikan buku ini adalah segala penerangan adalah dalam Bahasa Malaysia !! Ini bagi memudahkan anda memahami fungsi-fungsi setiap topik grammar tersebut.


Cara Semak Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014

Semakan status pendaftaran calon peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) untuk sesi Mac 2014 sudah boleh dibuat bermula 3 Jan sehingga 3 Mac 2014. Semakan boleh dibuat melalui SMS menggunakan khidmat mySMS di mana Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Berikut adalah cara menyemak pendaftaran calon MUET melalui SMS:

  • Taipkan
    MUET INFO [No. Kad Pengenalan]
    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Cara Semak Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014 Melalui SMS - imej
semak-pendaftaran-MUET-2014

Panduan Lulus Band 6 MUET

Jika anda atau pun anak anda, nak ambil MUET selepas nih, saya cadangkan baca ebook panduan lulus MUET ni. Ebook ni di tulis oleh penanda kertas MUET dan di antara kandundannya ialah:

Bab 1 : Pengenalan
Bab 2 : Apa itu MUET?
Bab 3 : Speaking Paper (800/2)
  • Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
  • Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
  • Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
  • Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
  • Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking
Bab 4 : Reading Paper (800/3)
  • Panduan Menjawab Soalan Reading
  • Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
  • Contoh Soalan Reading
Bab 5 : Writing Paper (800/4)
  • Cara Menjawab Soalan Writing
  • Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
  • Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing
Bab 6 : Listening Paper (800/1)
  • Panduan Menjawab Ujian Listening
  • Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
  • Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Contoh Soalan Listening
Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan
  • Sebelum Peperiksaan
  • Semasa Peperiksaan
  • Selepas Peperiksaan
Bab 8 : Penutup

Di harap ini boleh membantu anda atau anak-anak anda. Bagi kat couple pun boleh nih.Anda boleh dapatkan ebook Panduan Lulus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang ( Band 6 ) sekarang!

panduan lulus muet band 6


Semuga berjaya!

Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online

PMR pun sudah kan untuk adik-adik. Maka bermulalah kisah mencari tempat belajar yang best untuk masa depan, jangan silap pilih sebab ini akan menentukan masa depan kebanyakkan pelajar. Lepas PMR nak belajar mana? Ada yang terror masuk SBP dan Kolej Mara, serta yang malas sekolah skit ( hohoho) boleh gak masuk ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik. Kat sini best gak ooo... banyak belajar teknikal, takde le teori jer kan. Lagi satu, adik-adik kena perkuatkan bahasa english sebab makin tinggi belajar, makin banyak guna bahasa english nih. Ini untuk bagi keyakinan lebih skit dalam kelas.


Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online.


Bagi pelajar atau calon yang telah mengemukakan permohonan untuk ke tingkatan empat (4) sekolah teknik dan vokasional bagi sesi 2014, semakan keputusan kemasukan boleh diketahui mulai 13  Januari 2014.

sekolah-teknik-2014

Tarikh Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014


Terkini: Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 boleh disemak mulai 13 Januari 2014. Tarikh rasmi tersebut telah diumumkan menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 Online


Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2014/

Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik  2014 secara online

Rayuan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014


Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, calon boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Secara jujurnya...

Kalau dah masuk kolej vokasional atau sekolah teknik, suasana dah lain. Jauh dari rumah, kawan-kawan baru. Dan salah satu cara nak menonjol di tempat baru dengan terror bahasa english. Korang boleh cuba buku belajar grammar english dalam bahasa melayu!

Spesifikasi Perodua Alza 2014 Baru

Perodua Alza baru 2014 dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC 16V DVVT. Di antara ciri-ciri baru Alza 2014 ialah sistem ISOFIX, armrest dengan ruang simpanan dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat.
Kereta ini didatangkan dengan tiga variant iaitu Alza, Alza SE dan Alza Advanced Version. Terdapat 5 pilihan warna: Glittering Silver Metallic, Mystical Purple Metallic, Ebony Black Metallic, Ivory White Solid dan Passion Red Metallic (untuk varian SE dan Advanced Version sahaja).
Di antara ciri-ciri tambahan untuk model SE dan Advanced Version ialah design meter  yang baru, cermin gelap (tinted film) dan suis kawalan audio pada stereng. Manakala untuk model Advanced Version, terdapat sistem multimedia yang dilengkapi navigasi, kamera reverse dan roof-mounted monitor.
Berikut adalah spesifikasi penuh serta gambar-gambar Perodua Alza 2014.
alza advanced version 1
alza advanced version 2alza-2014



Spesifikasi Perodua Alza 2014

Berikut adalah spesifikasi penuh Perodua Alza 2014 (model Advanced Version):
Dimension, Weight, Engine dan Chassis
spesifikasi-1-alza-advanced-version-baru-2014
Exterior, Interior, Comfort, Safety dan Security
spesifikasi-2-alza-advanced-version-baru-2014
ps: Kereta ni cantik dan luas, sesuai sangat untuk pandu semasa bercuti.

Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam

Setiap kali buka sekolah tahun baru, ibu bapa mesti sibuk uruskan hal sekolah anak-anak, yuran la, transport la, buku-buku la, pakaian seragam la, macam-macam dan ini tak boleh di elakkan. Suasana kalat kat bandar lain dari kawasan pendalaman. Kat bandar ni semua melibatkan kos, terutamanya kalau ibu dan bapa bekerja, nak kena ada orang uruskan anak, dan ini kena keluarkan kos la sikit sebanyak. Ini memang normallah, bagi yang belum ada anak, kena stanby benda-benda cam nih. Buat persedian awal-awal, senang skit.Kena le ajar anak jadi soleh.

Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam


Kalau anak sekolah pagi, petang nak kena hantar kelas fardu ain le, kalau larat ajar sendiri boleh juga. Kalau bagi yang profesional ajar, lagi lah bagus kan. Ibu bapa ni kadang-kadang ada yang kelaut je, sian anak-anak nak tuntu ilmu agama. Apa yang aku nak kongsikan ni adalah mengenai bantuan yag di perlukan oleh Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam dimana kos untuk besarkan sekolah fardu ain ni tak cukup lagih. Proses renonya dah mula dah dan kelas-kelas yang lama tak cukup menampung bil.  pelajar fardu ain.

Tengok gambar-gambar bawah ni, kesian kan, dinding kelas belum sempurna lagih, camne budak-budak nak tuntut ilmi. Ilmu agama ni. KAFA ni berada dalam kawasan masjid Al-Muwarrah di Seksyen 27 Shah Alam, dekat-dekat dengan KFC tuh ( kalau yang biasa kawasan ni ).

 
 
 
Psttt... akaun bank ada kat sini.

Kelas fardu ain kat sini, ada sesi pagi dan petang, full. Pelajar ramai, jadi elok sangat lah kalau di besarkan. Tenang skit budak-budak nak belajar agama.

Sumbangan di perlukan, sikit ke banyak ke, janji ikhlas. Hanya Allah yang tahu.