Pages

Nasib Melayu Di Bumi Melayu - Mohd Ridhuan Tee

 
 
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan:Buku Nasib Melayu Di Bumi Melayu
Perbezaan fahaman politik yang berlaku di Malaysia ini merupakan punca utama orang melayu berpecah.Sudah lama saya ingin menulis mengenai perkara ini di blog walaubagaimana pun,kerana kurang mahir untuk menguraikan perkara ini,jadi saya simpan dulu idea untuk menulis mengenai perkara ini.
 
Namun begitu,hari ini saya terbaca mengenai perkara ini di MalaysiaKini dimana Tun Mahathir sendiri yang memberikan komen mengenai perkara ini.Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir.
Dibawah adalah petikan yang diambil daripada MalaysiaKini:-
 
Perbezaan fahaman politik di negara ini menyebabkan umat Islam dikatakan berpecah belah dan bukan kerana agama, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau berkata umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga puak dan telah "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam yang lain.
 
"Umat Islam di Malaysia berpecah bukan dari segi agama tetapi dari segi fahaman politik yang mempengaruhi ahli-ahlinya," kata beliau.
Semata-mata untuk menjayakan fahaman politik mereka, umat Islam di negara ini tidak sanggup solat di masjid yang sama dan mempunyai tanah perkuburan yang berbeza, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di Butterworth hari ini.
 
"Kalau kita sedar, ajaran agama Islam ini adalah persaudaraan dan kita harus memupuk sikap perpaduan lagi-lagi dalam satu agama yang sama," kata Dr Mahathir.
 
"Umat Islam perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah serta bermusuh-musuhan sesama sendiri kerana perpaduan itu adalah asas hidup masyarakat Islam," katanya.
 
Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata umat Islam di negara ini seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan diri kepada dunia tentang kehidupan Islam yang sebenar supaya agama Islam dihormati oleh kaum lain.
 
"Kita akan menjadi lemah akibat daripada persengketan antara umat Islam. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan menentang Malayan Union.
 
"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalahkan Malayan Union," kata beliau.
 
Rasanya ramai diantara kita mengetahui perkara ini tetapi tidak tahu apa yang harus dibuat.Betul tak??Sebagai seorang blogger,kita hanya mampu untuk memberikan pendapat dan pandangan kita di blog sahaja.Namun begitu,itu adalah perjuangan kita untuk menyebarkan dan menyedarkan pengguna Internet mengenai hakikat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan