Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan pembelajaran secara maya menggunakan telefon pintar seperti iPhone dan telefon Windows, pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Katanya, di rantau Asia Pasifik, penggunaan telefon pintar semakin popular dengan kemudahan seperti internet tanpa wayar, rangkaian 3G atau 4G untuk meningkatkan P&P.
Kemudahan 1BestariNet
"Dalam pelan tindakan pendidikan negara, kita akan menyediakan kemudahan 4G melalui 1BestariNet dan persekitaran pembelajaran maya (VLE) membabitkan lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Kita juga menyasarkan semua guru terlatih dan cekap dalam VLE menjelang 2015.
"Pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran dan pembelajaran di mana-mana atau u-pembelajaran adalah dua trend untuk mengukuhkan inisiatif e-pembelajaran kita," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan 'Digital Education Show Asia' 2013 di sini, semalam. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching.
3 gelombang pembangunan
Muhyiddin berkata, kementeriannya sudah menggariskan tiga gelombang pembangunan untuk perubahan sistem pendidikan negara dengan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Katanya, pembabitan guru dan integrasi ICT dalam P&P adalah faktor utama bagi menjayakan matlamat itu dan ia juga sejajar matlamat Wawasan 2020 menerusi inisiatif dalam teleperubatan, e-kerajaan, pendidikan dan industri.
Beliau yakin peningkatan integrasi ICT dalam P&P akan merubah sistem hafalan tradisional kepada pendekatan konstruktivis yang melahirkan pelajar berfikiran kreatif, kritikal dan berinovasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan