Pages

Saman pasal sperma

Hari ni aku suka baca citer yang pelik-pelik jer untuk merehatkan minta aku dan juga memikirkan idea nak tulis pasal top komentar kat blog aku nih untuk bulan ogos, Insyallah petang ni ada le kot entri nih. Sambil-sambil baca kosmo, aku tertarik dengan berita kat bawah nih. Pasal sperma pun boleh saman saman nih, see u in court!
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Bosnia menyaman bekas kekasihnya dan menuntut ganti rugi RM600,000 kerana didakwa mempergunakan dirinya bagi mendapatkan sperma supaya wanita itu memperolehi genetik orang Eropah yang dikatakan lebih berkualiti tinggi.Plaintif yang juga pengarah komersial di syarikat tempatan, Ervin Ahbabovic, 41, memfailkan saman Jumaat lalu menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi di sini.

Kredit: kosmo
Berdasarkan writ saman, Ervin yang telah mendapat status Penduduk Tetap menjalinkan hubungan dengan defendan, 29, sejak 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.
Bagaimanapun, selepas melahirkan anak, defendan didakwa kerap mencari peluang untuk bergaduh malah plaintif menyedari keinginan seksualiti dan dominasi defendan melangkaui kadar biasa sehingga menjadi rutin harian yang terpaksa dipenuhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan