Di Malaysia dua cara melabur emas yang paling lazim adalah:
1. Menggunakan akaun pelaburan emas
2. Melabur dalam emas secara fizikal
Kali ini kita akan cuba dalami apakah perbezaan di antara kedua-dua cara ini. Mana satu yang lebih baik dan mana satukah yang lebih mudah untuk pelabur baharu seperti anda.
1. Menggunakan akaun pelaburan emas
Ini dilakukan melalui pembukaan akaun di institusi kewangan yang menawarkannya. Konsepnya mudah, kita hanya perlu pergi ke institusi berkenaan dan buka akaun dengan mereka. Jumlah pelaburan minimum adalah berbeza daripada satu tempat dengan tempat yang lain.

Melalui cara ini kita tidak mendapat emas fizikal tetapi membeli emas berdasarkan harga semasa yang ditawarkan institusi kewangan terbabit. Jumlah belian (dalam ringgit) itu akan direkodkan ke dalam buku pelaburan tadi. Keuntungan diperolehi berdasarkan capital gain atau keuntungan modal.
Harus diingat akan ada naik turun harga dan satu lagi simpanan dalam bentuk pelaburan emas ini tidak diinsuranskan oleh PIDM. Risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh anda.
Sebelum mempertimbangkan cara pertama ini terdapat beberapa perkara yang mesti dikaji yakni:
- Harga jualan dan belian
- Harga jualan yang ditawarkan
- Spread harga
- Harga jualan yang ditawarkan
- Spread harga
2. Melabur dalam emas secara fizikal
Sementara, menggunakan cara kedua ini lebih mudah. Anda cuma perlu pergi ke institusi yang menawarkan pembelian emas secara fizikal, bayar dan kemudian bawa pulang. Pastikan syiling emas, jongkong emas atau barangan kemas anda itu disimpan dengan baik dan jauh daripada bahaya.

Kelemahan utama pelaburan jenis ini terletak pada harganya yang tinggi. Anda tidak boleh membeli emas fizikal secara kredit (kecuali kes tertentu yang khusus). Jadi anda perlu menyediakan tunai yang banyak. Ada wang, terus sahaja beli kerana stok emas tidak selalunya ada. Emas memang amat laris di Malaysia.
Seterusnya, bukan semua jenis emas fizikal boleh digunakan sebagai alat pelaburan. Hanya emas fizikal pelaburan tertentu yang akan memberi potensi keuntungan yang tinggi.
Sementara kelebihan melabur cara ini:
- Mudah ditunaikan
- Spread rendah
- Boleh digadaikan
- Saiz, bentuk dan berat yang standard
- Spread rendah
- Boleh digadaikan
- Saiz, bentuk dan berat yang standard
Demikianlah dua cara melabur emas di Malaysia yang paling popular. Mungkin sehingga kini, anda sudah mendapat idea untuk menggunakan cara yang mana satu paling sesuai. Jika takut risiko kehilangan emas dan kurang tunai – akaun emas adalah pilihan terbaik. Jika mahu kecairan dan keuntungan modal – pelaburan emas fizikal adalah yang tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan