Pages

Guru Kerja 9 Jam Dibatalkan. Guru Ni Kira Kerja Mulia.

 
Posted: 19 Nov 2011 04:29 PM PST
 
Setelah mendapat banyak bantahan daripada golongan guru mengenai pelaksaaan waktu kerja 9 jam di beberapa buah sekolah,akhirnya kerajaan akur untuk membatalkan projek perintis ini.Pihak kerajaan membatalkan projek ini bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.
 
Namun begitu, projek perintis yang dimulakan di Melaka Tengah dan melibatkan 19 buah sekolah diteruskan seperti biasa.Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin,projek ini bukan untuk membebankan para guru tetapi bagi menambah baik bidang pendidikan.
Seperti mana yang telah dinyatakan didalam artikel-artikel sebelum ini,kami berpendapat bahawa perlaksanaan ini kurang sesuai dilaksanakan kerana selama ini guru sudah berkerja lebih daripada 9 jam.Malangnya cadangan ini dipersetujui oleh golongan sektor awam yang lain kerana berpendapat bahawa kerja guru ini mudah,cuti banyak dan gaji tinggi.
 
Kita harus sedar bahawa kerja seorang guru bukanlah bermula daripada 7.30 pagi hingga 1.30 petang sahaja bahkan lebih daripada itu.Mereka terpaksa berada di sekolah sampai petang untuk mengadakan kelas tambahan atau pun aktiviti sukan di sebelah petang dan mereka juga terpaksa datang pada hujung minggu jika terdapat program di sekolah.
 
Dipersoalkan pula masalah disiplin dikalangan pelajar,mereka menyalahkah guru-guru kerana tidak mendidik para pelajar dengan baik sehingga menyebabkan masalah disiplin meningkat saban hari.Tanggungjawab itu diberikan sepenuhnya kepada guru.Jadi apa tanggungjawap ibu bapa pelajar??Adakah sekadar untuk menambahkan zuriat dan memberi duit belanja kepada anak-anak sahaja??
 
Kita harus bersyukur kerana mempunyai guru-guru yang sanggup berkerja keras untuk mendidik anak bangsa kita.Tidak diakui bahawa ada segelintir guru yang membuat onak terutamanya guru-guru muda.Guru pun manusia biasa,daripada 100 org guru,pasti ada 1 yang teruk sebab manusia tidak dilahirkan sempurna.Betul tak?
 
Bagi kami,ini merupakan tindakan yang bijak oleh kerajaan kerana membatalkan perlaksanaan guru berkerja 9 jam bermula 2012 nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan