Nampaknya kes Selamatkan Madrasah Salihiah ni menjadi semakin panass.. panass berapi. Kalau tak percaya, sila baca dengan teliti dan fahamkan apa yang cuba Mc sampaikan, di samping melihat kepada dokumen-dokumen yang Mc lampirkan bersama.
Anda tahu dokumen apa di atas? Tak tahu? Itu dokumen pengambilalihan tanah dari pemaju cina kapir harbi dari Penang tu. Itu tarikh penjualan Tanah Wakaf kepada pemaju. Tengok tarikh tu betul-betul..
9 JUN 2011 |
Ini dokumen yang lengkap.. carian pada Tanah Wakaf.. |
Takpa rilek dulu.. maknanya.. tanah tu bertukar tangan pada tarikh 9 JUN 2011.. Ingat tarikh tu betul-betul. MAIK menjualkan tanah wakaf khas milik madrasah Salihiah pada 9 JUN 2011.
Tengok dokumen kat bawah pulak!
|
warna kuning fatwa pertama, warna merah fatwa kedua |
Haa.. ini adalah dokumen rasmi pindaan fatwa pertama dari Jabatan Mufti Kedah. Fatwa pertama Jabatan Mufti tidak membenarkan Tanah Wakaf diambil alih oleh pemaju untuk membangunkan kompleks membeli belah.
Namun selepas beberapa ketika, Jabatan Mufti mengeluarkan fatwa kedua dengan membenarkan Tanah Wakaf itu di jual. Fatwa kedua di buat pada tarikh 4 JULAI 2011. Apa tarikh fatwa kedua? yaa 4 JULAI 2011!!
Ini bermakna MAIK jual dulu tanah Wakaf Madrasah Salihiah kepada pemaju pada tarikh 9 JUN 2011. Kemudian Jabatan Mufti memberikan fatwa kedua untuk membenarkan penjualan pada tarikh 4 JULAI 2011.
Sedangkan fatwa pertama pada 21 Jun 2010 tidak benarkan tanah wakaf dijual.
Di sini anda nampak tak dimana penyelewengan dan salahgunakuasa berlaku?
Kerajaan Pas Kedah kata, MUFTI membenarkan tanah wakaf khas itu dijual berdasarkan fatwa, (juga berdasarkan kebijaksanaan dan lebih arif tentang Islam). Sedangkan hakikatnya tanah itu telah pun DIJUAL dahulu kepada pemaju, sebelum MUFTI Kedah mengeluarkan fatwa kedua untuk membenarkan tanah wakaf dijual.
Apakah ada individu tertentu cuba mempengaruhi Jabatan MUFTI? Sehingga Jabatan Mufit terpaksa mengeluarkan fatwa kedua untuk membenarkan tanah wakaf Madrasah Salihiah di jual?
Tanah yang tidak boleh dijual, diHALALkan oleh pihak tertentu dengan mengunakan kuasa AGAMA bagi menghalalkan yang HARAM!!
Sebelum terlupa, siapa agaknya exco yang pegang portfolio Hal Ehwal Agama Kedah? hmm..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan