KEKALAHAN tipis 2-3 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada pasukan Kelantan langsung tidak berbekas di hati penyokong ATM, sebaliknya mereka kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong pihak lawan.
Rata-rata penyokong anak didik B. Satianathan yang ditemui sejurus tamat perlawanan akhir itu menyatakan kekesalan mereka dengan sikap kurang matang ditunjukkan penyokong pasukan The Red Warriors.
Salah seorang peminat pasukan ATM, pelajar IPTS, Ashraff Saadon, 19, berkata, "saya agak bengang dan kecewa dengan kekalahan ini tetapi itu tidak dapat mengatasi kekecewaan saya dengan sikap sesetengah penyokong lawan yang membaling botol minuman, sisa makanan serta mencabut bendera ATM yang dipasang di dalam stadium."
"Saya juga agak kesal kerana pihak FAM tidak mengasingkan tempat duduk di antara kedua-dua penyokong pasukan," katanya.
"Saya juga agak kesal kerana pihak FAM tidak mengasingkan tempat duduk di antara kedua-dua penyokong pasukan," katanya.
Pemain ATM bermain 'not bad'
Ketika ditanya Sinar Harian Online mengenai prestasi yang ditunjukkan pasukan ATM malam tadi, Ashraff menyatakan, "pemain ATM bermain 'not bad', cuma mungkin rezeki tidak menyebelahi kami."
Ashraff yang berasal dari Selayang turut memuji persembahan serta semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh pemain pertahanan ATM, Aidil Zafuan Razak yang dilihatnya cukup bijak mengawal bola serta pertahanan barisan ATM.
Sementara itu, seorang lagi penyokong setia pasukan ATM, Mahani Abu Bakar Sidek, 22, seorang kakitangan swasta berkata, walaupun sangat kecewa dengan kekalahan itu, dia tetap merasakan ATM merupakan sebuah pasukan cukup hebat daripada segala sudut.
"Saya 'enjoy' dengan 'game' tadi dan semua pemain ATM telah mencuba yang terbaik tetapi mungkin nasib kurang menyebelahi mereka kali ini.
"Pada saya, pasukan ATM yang lebih banyak mengawal permainan, cuma itulah... adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah.
Kesal dengan tindakan penyokong Kelantan
"Cumanya saya sedikit kesal dengan tindakan penyokong Kelantan yang membaling botol air mineral yang masih penuh sehingga terkena kepala seorang kanak-kanak dan bagi saya perbuatan ini sangat tidak wajar dan tidak profesional ditunjukkan oleh mereka," katanya.
Norzeri Senawi, 42, seorang anggota tentera darat pula menyatakan dia amat berbangga dengan pencapaian yang dipamerkan pasukan kesayangannya itu.
"Saya akui memang ada rasa sedikit kecewa tetapi ATM sampai ke final ini pun sudah cukup hebat kerana sebelum ini saya cuma sasar mereka dapat pergi setakat peringkat suku akhir sahaja.
"Saya merasakan perlawanan malam ini paling menarik dalam sejarah final Piala Malaysia dan saya berharap ATM dapat meningkatkan lagi prestasi mereka pada masa akan datang," katanya.
Selain itu, terdapat juga peminat ATM yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan pasukan pilihan mereka beraksi secara langsung dari stadium.

Puas dapat menonton live
Salah seorangnya ialah Muhammad Syukri Saidin, 26, iaitu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang datang dari Lumut, Perak bersama-sama rakannya yang lain untuk merasai sendiri kehangatan malam final.
"Walaupun saya kena bergegas balik ke Lumut selepas ini tetapi saya puas dapat menonton live.
"Cumanya saya sedikit kecewa kerana sebenarnya ATM banyak peluang boleh jaringkan gol dan keseluruhan permainan mereka sangat menarik tapi rezeki memang tidak menyebelahi mereka.
"Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana telah memberikan saingan yang cukup sengit sekali gus beroleh kemenangan buat mereka," katanya.
Sementara itu, Nurjihan Lokman, 25, seorang anggota tentera darat yang berasal dari Keramat menyatakan pengadil dilihat seakan-akan berat sebelah.
Pengadil seakan-akan berat sebelah
"Pada pandangan peribadi saya, pengadil seakan-akan berat sebelah terutama ketika pemain Kelantan seolah-olah melengahkan masa pada minit-minit terakhir perlawanan.
"Tetapi nak buat macam mana, adat pertandingan, ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah," katanya.
Nurjihan turut melahirkan kekesalannya di atas sikap segelintir penyokong The Red Warriors yang dilihat tidak menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila terdapat insiden baling botol pada separuh masa pertama perlawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan