JOHOR BAHRU - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berpendapat terowong bawah laut merupakan opsyen lebih sesuai bagi sistem pengangkutan awam Sistem Transit Pantas (RTS) yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim berkata, keputusan akhir sama ada RTS itu akan mempunyai terowong bawah tanah atau jambatan merentasi Selat Johor itu terletak di bahu kerajaan Malaysia dan Singapura.
"Berdasarkan petunjuk awal, pihak Iskandar Malaysia merasakan laluan bawah laut memang merupakan laluan yang paling berdaya maju.
"Tetapi ini terpulang kepada kedua-dua negara untuk menentukan laluan paling sesuai," katanya di sini baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan