SELEPAS lebih setahun di pasaran, Perodua Myvi 1.5 liter menerima maklum balas memuaskan di kalangan pengguna kenderaan.
Kereta dipasang di Sungai Choh, Rawang itu seakan-akan model terbaru Daihatsu Boon selepas diperkenalkan di pasaran Jepun dua tahun lalu.
Kehangatan model itu masih lagi terasa apabila terjual lebih 81,900 unit selepas ia diperkenalkan.
Selepas setahun di pasaran, penulis diberi peluang memandu uji model yang dianggap 'pisang goreng panas' itu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, baru-baru ini.
Selepas setahun di pasaran, penulis diberi peluang memandu uji model yang dianggap 'pisang goreng panas' itu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, baru-baru ini.
Walaupun kenderaan pandu uji itu sudah lama digunakan, keteguhannya masih lagi mantap terutama prestasi enjin dan material dalaman.
Penulis diberi peluang memandu Perodua Myvi 1.5 liter varian transmisi manual kerana mahu menyelami keseronokan pemanduan kenderaan kompak kategori urban itu.
Pemilihan varian transmisi manual ini adalah tepat kerana laluan yang disajikan membabitkan lebuh raya dan jalan persekutuan dengan laluan berselekoh.
Prestasi enjin masih 'meletop' bagi sebuah kenderaan kompak untuk mendaki bukit dan memotong kenderaan lain.
Ketika mendaki bukit, kenderaan ini mampu mengerahkan tenaga memberi pecutan dan kelancaran melalui laluan berkenaan.
Jadi slogannya 'Lagi Power Lagi Best' adalah tepat untuk menggambarkan jentera ini.
Ia dipadankan enjin 1.5 liter DOHC dengan 16 injap DVVT dan difahamkan hampir sama model kereta pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.
Enjin berkenaan mampu menghamburkan kuasa maksimum 103 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm, manakala 136 Nm pada 4,400 rpm bagi kuasa kilasnya.
Kenderaan yang dipadankan enjin 1.5 liter ini dikatakan mampu memecut pada tahap pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dengan hanya mengambil 9.98 saat berbanding 12.49 saat bagi Myvi 1.3 liter SE sebelum ini.
Ketika jarum meter menunjukkan kelajuan 140 km/j, jentera ini masih lagi stabil sekali gus meyakinkan penulis untuk menekan pedal minyaknya.
Bagaimanapun, perlulah berhati-hati kerana kenderaan ini bukannya untuk pemanduan berprestasi tetapi lebih kepada santai.
Suspensinya terasa sedikit keras berbanding model sebelum ini dan ia ditala sedemikian bagi memberi kestabilan ketika di selekoh atau meluncur laju di lebuh raya.
Model ini masih mengutamakan keselamatan apabila didatangkan dengan Sistem Brek Antikelincir (ABS) dan Agihan Brek Elektrik (EBD) serta dilengkapi dua beg udara.
Kit badan yang dipadankan pada kenderaan ini tampak garang dan agresif apabila bampar hadapan dipadankan lampu kabus kelihatan lebih rendah.
Spoiler belakang tinggi dan lebar turut memberi keistimewaan pada jentera ini khasnya bagi meningkatkan kestabilan kereta ketika dipandu laju.
Boleh dikatakan, bakal pemiliknya tidak perlu mengeluarkan duit memasang aksesori tambahan untuk membuat kenderaan itu lebih bergaya dan menarik.
Ketika menerjah bahagian dalamnya, kombinasi warna hitam yang memenuhi ruang kabin nampak sporty dan bergaya.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Perodua Myvi itu bakal di eksport ke Sri Lanka tahun depan selepas memperkenalkan Perodua Viva di negara itu.
SPESIFIKASI MYVI 1.5 SE:
ENJIN: 3SZ-VE, empat silinder, DOHC dengan 16-injap (DVVT)
KUASA MAKSIMUM: 103hp pada 6,000rpm
KUASA TORK: 136Nm pada 4,400rpm
TRANSMISI: Manual lima kelajuan
TANGKI PETROL: 40 liter
CIRI KESELAMATAN: Beg udara berkembar, ABS dengan EBD dan BA, Isofix
HARGA: RM51,413.50
Tiada ulasan:
Catat Ulasan