Pages

Tiga remaja 'berlakon' samun ditahan

HULU LANGAT 10 Dis. - Hanya kerana ingin membeli sebuah motosikal baru, dua remaja sanggup berpakat untuk 'berlakon' menyamun seorang lagi rakannya yang bekerja sebagai juruwang sebuah hotel bagi melarikan wang tunai RM300 di Jalan Mendaling, Kajang, di sini awal pagi ini.
 
Lakonan itu bagi mengaburi mata majikan juruwang terbabit bahawa dia disamun dua remaja berparang ketika sedang bertugas dengan segala kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.
Namun helah mereka terbongkar apabila salah seorang remaja berusia 17 tahun yang menunggu di atas sebuah motosikal diberkas anggota polis yang kebetulan meronda setelah suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan hotel tersebut pada pukul 1 pagi.
 
Suspek berusia 16 tahun yang memasuki hotel tersebut bagaimanapun sempat melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan