HUJAN lebat yang berlaku sejak kebelakangan ini pastinya pastinya menyebabkan beberapa laluan dilimpahi air apabila berlakunya banjir kilat.
Laporan akhbar pada minggu lalu turut melaporkan sekurang-kurangnya 38 lokasi di sekitar ibu kota di kenal pasti berisiko banjir sepanjang musim monsun ini.
Ruangan kali ini mahu berkongsi beberapa langkah perlu dilakukan selepas kenderaan meredah air banjir yang mencecah enjin.
Ramai mungkin tidak menyedari banjir terutama banjir kilat boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin kenderaan jika terendam, disebabkan beberapa faktor.
Ramai mungkin tidak menyedari banjir terutama banjir kilat boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin kenderaan jika terendam, disebabkan beberapa faktor.
Antaranya, hujan mengandungi asid dan kotoran terutama lumpur yang jika memasuki bahagian enjin boleh menye�babkan karat serta meningkat�kan pergeseran apabila ia bercampur minyak pelincir dan minyak gear.
Jika enjin kenderaan anda terendam air meskipun beberapa saat, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan semua minyak pelincir seberapa segera dan menggantikannya dengan baru.
Usah berani mengambil risiko 'menggunakan khidmat' minyak pelincir yang sedia ada dalam enjin kerana ia boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak.
Perlu diingat, kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah menyedari kereta anda 'makan duit'.
Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana minyak pelincir bercampur air lumpur mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan tercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.
Selepas itu, dua perkara penting perlu dilakukan ialah membasuh kenderaan secara menyembur air deras ke semua bahagian yang dirasakan perlu terutama bahagian enjin.
Ketika melakukan kerja semburan air deras ini, elak daripada menghalakan hos ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki tangki minyak pelincir.
Selain itu, cuba elakkan air yang disembur itu terkena bahagian elektronik bagi menge�lakkan berlakunya litar pintas.
Jangan lupa pancutkan air deras pada bahagian brek di roda kereta agar segala keladak yang sukar kelihatan dengan mata kasar, tertanggal sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan