Korang pernah try applikasi Perfect 365 tak? Hebat weh applikasi nih dalam hal nak edit rupa paras yang dah ensem jadi makin ensem yang dah comel jadi makin comel.Jangan tertipu apabila rakan yang anda lihat setiap hari, tiba-tiba wajahnya bertukar amat sempurna, jelita dan begitu menawan ketika melihat potretnya di laman Facebook (FB), Instagram, status profil What's app atau medium sosial. Mungkin dianggap 'syok sendiri'. Tidak kira usia, demam memuat turun aplikasi seperti Perfect 365 dalam telefon bimbit pintar kemudian menyunting wajah yang dirakamkan.
Lebih mengagumkan, aplikasi pada telefon pintar atau 'photo shop' dalam kamera dimuat turun turut boleh secara menyeluruh. Wajah yang tidak begitu cantik, hidung kemek, berjerawat, kulit kusam dan kasar, umpamanya boleh bertukar menjadi mulus dan ayu seperti bidadari.
Menerusi aplikasi itu suntingan boleh dilakukan untuk menukar mata sepet kepada bundar dan seksi. Malah untuk kesan lebih menyerlah di dalam 'photo shop' disediakan kanta lekap pelbagai warna sebagai pilihan mereka.
Bagi mendapatkan muka lebih sempurna, tekan aplikasi berkaitan muka, sunting saja mengikut cita rasa. Wajah bulat menjadi bujur sirih, tona kulit lebih cerah, halus dan berseri tanpa noda. Begitu juga dengan bibir, apa saja bentuk dan warna gincu dikehendaki sunting saja.
Jom try!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan