Apakah keuntungan hasil jualan tiket mengatasi keperluan pemain untuk menikmati kelebihan beraksi di gelanggang sendiri? Itu persoalan yang timbul di sebalik keputusan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan, 18 Oktober ini dipindahkan dari Stadium Selayang ke Stadium Shah Alam.
Selepas permohonan PBAT itu diluluskan FAM, Isnin lalu, anehnya pemain Tentera diketuai kaptennya, Hairuddin Omar pula tampil tidak bersetuju, kelmarin dengan menganggap beraksi di Stadium Shah Alam hanya memberi kelebihan kepada Kelantan kerana pasti lebih ramai penyokong lawan dapat hadir ke perlawanan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan