Peladang itu, Mutaab Al-Othman berkata, pertandingan tersebut diadakan di ladang miliknya dekat ibu kota Riyadh pada hari Jumaat.
"Pertandingan ini akan melibatkan satu acara lelongan untuk ayam yang jarang ditemui. Sebahagian ayam ini pernah menyertai pertandingan yang sama di Jerman dan mendapat kedudukan yang baik," katanya
Al-Othman berkata, ayam yang dipertandingkan mampu mencecah harga di antara SR$2,000 hingga SR$10,000 (RM1,726 hingga RM8,630) setiap seekor di acara lelongan tersebut.
"Sebahagian baka ayam pernah dijual lebih dari SR$35,000 (RM30,208) pada satu acara lelongan sebelum ini," tambahnya yang tidak menjelaskan bagaimana ratu ayam itu akan dipilih kelak dalam acara berkenaan. - Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan