Pages

Gambar - Mat Indera di tabal menjadi pejuang kemerdekaan baru!!

 

Inilah Mat Indera yang diagung-agungkan sangat oleh puak Pakatan Haram. Macam-macam puji-pujian yang Mc dengar dari pihak Pakatan Haram bagi mengangkat martabat komunis Mat Indera ni.

Apa saja kata mereka, Mc tetap memegang teguh bahawa Mat Indera ni pengkhianat Agama dan bangsa kerana dia menyertai komunis dan meneruskan perjuangan PKM untuk menjadikan Malaya sebagai negara komunis yang seterusnya.

Apakah selepas mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, mereka mahu mengangkat Chin Peng pula sebagai Bapa kemerdekaan negara?

Mereka (komunis) mengunakan modal untuk memerangi penjajah bagi mendapat sokongan rakyat. Kemudian meracuni jiwa anggota komunis yang lain dengan mengatakan mereka berada dijalan yang benar dan apa saja yang mereka buat hanyalah untuk mendapat kemerdekaan dan menawan Malaya dari tangan penjajah.

Sebab itu komunis menghalalkan darah orang kampung yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka. Malah mereka membakar kampung yang tidak mahu berikan mereka makanan dan tempat perlindungan.

Malah, apa saja yang menghalang, akan dipanggil sahabat british dan penjajah. Hinggakan Malaya sudah merdeka pun mereka tidak mahu mengiktirafnya kerana perjuangan mereka hanyalah untuk menjadikan negara ini sebagai negara komunis.

Cara dan ideologi mereka ini sama dengan Pakatan Haram sekarang, yang menyebarkan ideologi berbeza dengan apa yang berlaku di dunia realiti.

Kerajaan jahat, BN makan duit, kerajaan sekutu dengan yahudi, pembangkang ditindas dan pelbagai lagi cerita buruk yang disebarkan, malah kini mahu tukar sejarah pula, apabila UMNO bukan lagi sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini boleh dilihat dan dipertimbangkan dengan akal apabila, kerajaan BN dikatakan begitu jahat, sehingga tiada langsung kebaikkan. Manakala, Pakatan Haram pulak, baik - sebaik - baiknya.

Hakikatnya berbeza. Mereka mahu kita hidup didunia fantasi mereka. Sebab itu mereka suka mengada-adakan cerita untuk penyokong pakatan haram gambarkan bahawa DS Najib dan kerajaan BN sekarang teruk.

Itu hanya rekayasa saja. Sebenarnya di dunia realiti. Mereka yang berada di dunia gelap. Iaitu dunia komunis moden yang mahu menjajah Malaysia semula. Dengan cara dan pendekatan yang sama seperti mana komunis yang lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan