Syarikat telekomunikasi Malaysia(Telco) telah pun bersetuju untuk menangguhkan cukai perkhidmatan yang akan dikenakan terhadap setiap pembelian Top Up RM10 dan ke atas.
Menurut laporan Berita Harian, syarikat telekomunikasi (TELCO) telah bersetuju menangguhkan cukai 6% topup telefon prepaid (prabayar) yang sepatutnya bermula 15 September 2011 ini.
Cukai 6% topup telefon prepaid (prabayar) di tangguh sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO dengan SKMM adalah caj 6% itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
TELCO sebelum ini mengumumkan akan mula mengenakan caj cukai perkhidmatan terhadap semua pelanggan pelan prabayar melalui tambah nilai dan pek permulaan SIM sebanyak enam peratus pada 15 September ini.
Tindakan tersebut telah mendapat bantahan perbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan pengguna dan orang ramai malangnya dah ada kedai yg dah kenakan 6% ni... siapa yang ambil kesempatan tu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan