Pages

Majlis Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana di Mekah

 
KUALA LUMPUR – Rata-rata laman blog-blog hiburan tempatan hari ini menumpukan kepada kisah perkahwinan Ashraf Muslim bersama Noor Dayana Hj Lokman di Tanah Suci Mekah, susulan pertunangan keduanya pada 23 April lalu selepas setahun setengah berkenalan.
 
"Selamat pengantin baru buat pelakon Ashraf Muslim. Semoga pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin," kata budiey.com.
 
"Selepas nikah nanti, kami akan lakukan ibadah tawaf dan solat sunat sebelum teruskan dengan acara batalkan air sembahyang." kata Ashraf.
 
Selain itu, Ashraf Muslim & Dayana juga dapat menunaikan umrah bersama-sama.
 
Sementara itu, menurut ohbulan.com, pihaknya mengucapkan tahniah buat Ashraf dan Noor Dayana yang mengikatkan tali pernikahan mereka pada 1 Syawal (30 Ogos 2011) di kota suci, Mekah.
 
"Ashraf Muslim yang kini merupakan pengamal perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pernah berkongsi ciri-ciri isterinya yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya,
"Eksklusif untuk pembaca, beberapa spyshot gambar pernikahan Ashraf Muslim & Noor Dayana dikongsikan bersama oleh seorang Forumer Cari, namun tidak diketahui sumber asalnya,
"Apa yang pasti, majlis pernikahan di Mekah diadakan dalam suasana penuh ringkas tanpa terikut-ikut trend segelintir selebriti Malaysia," kata blog itu lagi.
 
Sekembalinya mereka daripada Mekah, majlis resepsi untuk meraikan kedua-dua pasangan suami isteri ini dijadualkan akan berlangsung pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah bertempat di Melaka International Trade Center (MITC), tambahnya.
Laman blog izyan.com pula menambah, suasana serba sederhana memandangkan buat majlis kat negara orang, namun sungguh bermakna dan besar pengertiannya kerana memilih tempat tanah suci sebagai tempat mengikat tali pernikahan.
 
"Semoga kekal hingga ke akhir hayat yer Ashraf. :)," ujarnya.
Laman blog beautifulnara.com pula turut mengucapkan tahniah setelah Ashraff selamat bergelar suami kepada Dayana.
 
"Majlis pernikahan mereka telah dijalankan secara sempoi di Mekah. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini," katanya.
Kredit gambar kepada Forumer Cari Ues1331.
sumber:mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan