Kemalangan di Kilometer 258.3 Lebuhraya Plus utara Selatan petang tadi sekitar jam 4 petang sewaktu aku seisi keluarga dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Betul betul berlaku depan mata aku dan apa yang aku nak sampaikan disini kepada semua pembaca apabila anda sedang memandu kenderaan di Lebuhraya adalah dinasihatkan agar jangan mengikuti terlalu rapat kenderaan dihadapan anda.
Punca kemalangan kenderaan Myvi yang dinaiki 4 lelaki berbangsa India ini adalah disebabkan mengikuti kenderaan didepannya terlalu rapat sehinggakan apabila kenderaan dihadapan membrek maka myvi yang dipandu tidak dapat dikawal lalu melanggar belakang kenderaan dan seterusnya melanggar pembahagi jalan.
Di Lebuhraya kadar kelajuan yang kita pandu biasanya adalah 80km sejam dan ini merupakan satu hal yang perlu diberikan perhatian kepada para pemandu yang lain.
Apa pun aku yakin kesemua yang ada dalam kenderaan Myvi tersebut selamat dan hanya luka kecil melainkan pemandunya sahaja yang mengalami kecederaan dibahagian Pinggang.
Aku sempat turun membantu mengeluarkan mangsa tadi dan turut sama dengan aku adalah pemandu Van berbangsa Cina. Apa yang aku lihat hari ini kita semua sama sahaja baik Melayu, Cina , India harus saling bantu membantu antara satu sama lain.

Berhati Hati dijalanraya.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan