Setelah sabar menunggu dalam penuh debaran, akhirnya saudara Fadly Hisham Roplay telah menerima semula Proton Saga 1992 miliknya, tetapi kali ini kereta kesayangannya itu telah berwajah baru hasil sentuhan divisyen permotoran Proton R3. Majlis penyerahan Saga 1992 R3 itu telah berlangsung untuk meraikan pemenang pertama program "My Proton Makover" yang diadakan melalui pertandingan Very Important Proton (VIP).
Melihat kepada gambar-gambar tersebut, bahagian interior paling menarik apabila dashboard lama Saga telah digantikan dengan dashboard baru dari model Saga LMST yang dikeluarkan pada tahun 2003-2008. Bahagian luaran juga menerima sentuhan lebih kemas, terutama sekali penggunaan sport rim R3 bersama sistem gantungan berprofail rendah menjadikan penampilan visualnya cukup sporty dan mantap.
Walaupun program 'overhaulin' yang dilakukan R3 masih belum menyeluruh apabila tidak melibatkan pertukaran enjin baru, hasil yang dilakukan tetap memuaskan. Bayangkan kalau Saga 1992 milik juruteknik Fadly Hisham Roplay memiliki jantung baru berupa sebuah enjin CamPro CPS 1.6 yang ditala khas oleh R3, pastinya sangat hebat.
Kepada pemilik-pemilik kereta Proton yang berminat, masih ada lima lagi kereta yang akan ditala oleh R3 dalam program "My Proton Makeover", apa yang perlu anda lakukannya hanya layari http://www.protonvip.com/ , ceritakan pengalaman ketika bersama kereta Proton kesayangan anda dan bagaimana ianya memberikan kesan besar dalam hidup anda.
Pihak Proton akan memilih cerita terbaik dan anda mungkin pemenang seterusnya. Tarikh tamat penyertaan pada 28 Disember 2011.Apa pandangan anda mengenai Proton Makeover Saga R3 ini?
cantik,menarik,tertarik..sunnguhhh menakjubkan..
BalasPadambuat free le katakan kan...hehe... cuba buat sendiri?..payah gak nak carik duit tuh
BalasPadamspotrim tuhhhhhhhhhhh...r3 tu...
BalasPadam