Pages

Google Berminat Untuk Mendapatkan Yahoo!?

Jikalau sebelum ini, ia hanya diura-ura akan yang mana Microsoft berminat untuk membida mendapatkan Yahoo!, kini melalui ura-ura baru, dilaporkan yang mana Google kini dalam perbincangan untuk membida mendapatkan Yahoo!. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dapat disahkan sepenuhnya, dan masih belum rasmi buat masa ini.
 
Yahoo! sebelum ini menghadapi masalah, dimana mereka telah pun memecat CEO Yahoo! sebelum ini, iaitu Carol Bartz, serta pada masa yang sama diperkatakan yang mana mereka dalam perancangan untuk menjual perniagaan mereka. Antara nama-nama yang diperkatakan berminat mendapatkan Yahoo! adalah termasuk AOL, Microsoft, Alibaba, dan terkini adalah Google.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan