Pages

Kecoh Pasal Menu 1 Malaysia


 



Dibawah adalah artikel dan tulisan dari blogger Milo Suam yang bernama Rejam, nama pun macam syaitan yang di Rejam. Confirm geng baik dengan syaitan lanih. Almaklumlah, penganut Pas ni dengan syaitan depa halal berkawan. Baca cerita dibawah,


HEBOH sejak beberapa hari lalu tentang dakwaan pelanggan yang berasa tertipu dengan harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia.

Bagi mengesahkan dakwaan tersebut, semalam ReJaM© bersama beberapa orang rakan telah melawat sendiri restoran tersebut di Lorong Medang Tuanku Satu, Kuala Lumpur.

Di sebelah pintu masuk, tergantung sebuah banner yang menunjukkan harga sarapan pagi RM1.00 jika pelanggan memilih sekeping roti canai / kuih dan secawan teh tarik.

Manakala bagi juadah makan tengah hari, Restoran Rakyat 1 Malaysia ini menawarkan harga RM3.00 untuk nasi campur dengan lauk daging / ayam / ikan serta sayur dan papadom bersama segelas air sirap.

ReJaM© memilih untuk makan nasi dengan sedikit lauk daging masak kari dan telur sambal bersama dengan air teh O ais. Lihat gambar di atas.

Ini bermakna lauk yang ReJaM© pilih jauh lebih murah berbanding makanan yang ditawarkan di dalam banner tersebut.

Malangnya harga yang terpaksa dibayar lebih kurang serupa sahaja dengan harga kedai-kedai lain. Lihat resit di bawah ini, ReJaM© dikenakan bil sebanyak RM5.70 untuk nasi campur (RM4.50) dan Teh O Ais (RM1.20).

Cerita punyalah gempak dalam media-media pengampu, seolah-olah makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia ini semuanya murah. Tapi hakikatnya makanan murah di Restoran Rakyat 1 Malaysia hanyalah propaganda lunak terhadap "Gagasan 1 Malaysia".

Sudah baca artikel ... lihat pula gambar-gambar yang diambil ... perhatikan kotak-kotak merah yang di highlight ...








Nampak apa-apa perbezaan? Nampak Bengong betul blogger pakatan haram ni ...

Bang ... menu sudah tertulis, lu pun dah tulis nasi + lauk daging / ayam / ikan + sayur + papadom + air sirap = RM 3.00 (package price / harga pakej)

Lu pegi melantak nasi + 2 ketul daging + telur sambal + teh o ais ... harga pakej dalam menu ke bang?

Of course lah harga lain ... Astaghfirullahl'azim! Reti ke baca menu ni dalam standing banner? Menu Rakyat 1 Malaysia offer package price (harga pakej) ... package price!

Sama juga jika kita pesan McDonald Value Meal. Jika beli Big Mac, Coke dan French Fries secara berasingan, harga pun berasingan dan mahal ... lu tak faham terminologi harga pakej ke Milo suam!!
 
p/s: aku petik artikel ni dari satu blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan