Pages

Sultan Kedah Dipilih Sebagai Yang Dipertuan Agong Yang Baru-Daulat Tuanku!

 
Setiap 5 tahun, dalam sistem beraja di Malaysia, kita mengamalkan sistem giliran bagi menduduki takhta sebagai Yang Dipertuan Agong.Dan tempoh itu sudahpun tiba.Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya semalam bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
 
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, demikian menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri.
 
Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Baharu, Kelantan pada 6 Oktober1969.
 
Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28  November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950-an.
Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama ditabalkan pada 21 September 1070 sehingga 20 September 1975
 
Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.
 
Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.Terima kasih kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin atas khidmat Tuanku selama 5 tahun ini. kepada Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Daulat tuanku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan