Masalah Power window, ya…. antara yang kerap menjadi bualan bagi pemilik kereta Proton. Tahniah kepada Proton, sekurang-kurang mereka cepat sikit tersedar dan dilihat ada semangat untuk membuat pembaharuan selepas pengumuman CEO Proton yang mana Proton menawarkan Power Window LifeTime Warranty kepada 500,000 kereta Proton……
Pembaharuan yang melibatkan pemberian lifetime warranty untuk power window kepada pemilik kereta Proton ini sebenarnya, ada ceritanya disebaliknya. Semua ini bermula:
Gara-gara CEO Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang pada hari tersebut baru sahaja balik daripada outstation. Dari lapangan terbang KLIA beliau nak balik ke rumahnya di Subang Jaya dengan menaiki teksi model Proton Waja. Episod malangnya bermula dan Datuk Seri Syed Zainal yang sewaktu itu adalah penumpang menjadi pelik, apabila setiap kali teksinya sampai sahaja ke tol, pada waktu itu jugalah pemandu teksi tersebut terpaksa membuka terus pintu untuk membayar tol.Kemudian Datuk Seri Syed Zainal pun tanyalah kepada pemandu tersebut, dan apa jawapan pemandu tersebut? Kata pemandu tersebut, kawannya telah mengingatkan kepada supaya jangan kerap sangat menggunakan cermin, takut-takut cepat rosak pula nanti.Antara syarat & terma skim Lifetime Warranty Power Window ini yang perlu pemilik Proton patuhi, antaranya ialah :
- Hanya dibenarkan bagi kesemua model Proton yang berdaftar mulai dari 1 September 2011 dan model Proton semasa yang masih berada di bawah waranti pengeluar yang bermula pada tarikh sama
- Meliputi empat komponen utama yang berkaitan mekanisme tingkap kuasa kenderaan itu, iaitu pengatur tingkap kuasa (door regulator), motor tingkap kuasa (power window motor), power window switch dan "run channel.
- Power Window Lifetime Warranty juga akan dilaksanakan oleh Proton secara percuma, yang termasuk semua kos buruh dan alat ganti komponen tingkap kuasa
- Jaminan tersebut adalah tertakluk kepada pematuhan penuh jadual berkala perkhidmatan penyelenggaraan yang disyorkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Perkhidmatan (Sercive Booklet) yang akan dijalankan di mana-mana pusat servis PROTON yang bertauliah dan sah.
- Lifetime Warranty Power Window ini juga boleh dinikmati hanya bagi model kereta yang dijual di dalam pasaran domestik seperti Exora, Inspira, Saga BLM, Satria Neo, Persona, Perdana, Waja, Gen.2, Wira, Iswara and Savvy, sama ada milik persendirian atau syarikat besar yang memiliki banyak kereta
- Mana-mana model kereta Proton yang didaftarkan sebelum 31 Ogos 2011 dan masih di bawah waranti pengilang akan memerlukan pendaftaran jaminan sistem power window (Power Window System Warranty Registration) yang sah
- Terhad kepada 250,000km atau 10 tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan, yang bergantung kepada yang mana berlaku dulu
Mungkin selepas Power Window, Proton boleh melihat pula permasalahan yang berlaku kepada gear box pula. Ada sesiapa di sini pemilik kereta Proton yang turut mengalami masalah Gearbox?Selepas kami menyemak semua syarat dan terma untuk pemilik kereta proton menikmati skim Lifetime Warranty Power Window ini, ada satu syarat yang kami kurang bersetuju dan sebenarnya membebankan kepada pelanggan Proton itu sendiri yang mana mereka yang pernah servis kereta di luar walaupun sekali, skim Lifetime Warranty Power Window ini secara automatik terbatal untuk mereka.Berapa keratlah sangat antara pemilik kereta Proton yang masih servis di Pusat Servis Proton selepas menggunakannya 2 hingga 3 tahun? Selalunya selepas setahun, ramai di antara pemilik kereta Proton yang tak pergi ke Pusat Servus Proton. Sebab? Sebabnya….mahal.Apa yang kami perhatikan, Proton untung besar sebenarnya dalam menyediakan skim perlindungan seperti ini kepada Power Window. Untung yang Proton dapat hasil servis seumur hidup itu boleh menampung kos tukar power window penggunanya itu berkali-kali ganda lagi. Waranty yang lain hanya sah utnuk setahun. Cuba anda kira kos yang terlibat untuk servis berjadual di Pusat Servis Proton walaupun selepas 4-5 tahun. Terpaksa mematuhi jadual tersebut semta-mata untuk pastikan skim Power Window Lifetime Warranty masih lagi valid.Cadangan awal sudah cukup bagus dengan pembaharuan yang cuba Proton buatkan ini. Cuma…… kalau boleh elakkan klausa yang sebenarnya "boleh membebankan" pengguna. Harap pengurusan Proton juga pertimbangkan cadangan untuk mengalukan-alukan pemilik-pemilik kereta Proton yang lama untuk berkunjung ke Pusat Servis Proton bagi mendapatkan naiktaraf secara percuma untuk power window kereta masing-masing. Sebagai penghargaan kepada pelanggan tetap mereka juga.Atau paling tidak pun, berikan tawaran potongan sekurang-kurangnya 50% untuk harga power window + pemasangan. Walaubagaimanapun, ini sekadar cadangan. Akhirnya terpulang kepada Proton untuk melaksanakannya atau tidak…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan