Apabila ditanya tentang penendangnnya keluar daripada kumpulan Sepah, Mamat berkata:-
Saya tak mahu komen sebab saya anggap mereka ini sahabat dunia akhirat. Biarlah Jep dan Shuib keluarkan kenyataan mengenai krisis kami. Tak bermakna saya nak tunjuk baik atau sebaliknya, saya tak mahu mengeruhkan keadaan. Biarlah mereka nak kata saya bermasalah, tak berdisplin dan sebagainya, saya tak kisah. Kalau betul saya bermasalah, tak adalah saya dapat tawaran berlakon bukan?Ditanya adakah Mamat tahu punca sebenar dia diasingkan daripada penubuhan kumpulan Sepahtu, Mamat menjawap:-Saya tak tahu apa motif dan saya tak mahu tahu. Malah saya tak mahu membaca apa juga kenyataan yang tertera di media baik di televisyen mahupun akhbar. Terus terang saya sanggup nak tengok dan baca. Saya istigfar banyak-banyak dan anggap apa yang berlakuini sebagai dugaan untuk menguatkan saya.Apabila ditanya adakah Mamat tidak bimbang bergerak secara solo, ini jawapan yang diberikan:-Insya Allah, tanpa mereka saya yakin boleh bergerak solo. Biarlah mereka mahu bergerak bersama Sepahtu, tapi bagi saya Sepah masih ada. Mereka bergerak berdua pun masih menggunakan nama Sepah bukan? Maka jelaslah mereka juga masih mengharapkan tuah nama Sepah itu sendiri. Bagi saya, Sepah itu dah membawa makna yang cukup besar dalam hidup saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan