Pages

3 lelaki 'kacak' dihantar pulang

Dubai: Sekurang-kurangnya tiga lelaki yang menghadiri satu festival kebudayaan tahunan di Arab Saudi terpaksa dibawa keluar dari negara itu selepas pegawai polis agama menyifatkan mereka sebagai terlalu 'kacak' untuk tinggal di negara berkenaan.

Ketiga-tiga lelaki terbabit adalah delegasi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang terbabit dalam Festival Kebudayaan dan Warisan Jenadrivah di Riyadh, apabila anggota mutaween terbabit tiba-tiba menyerbu pusat berkenaan dan membawa ketiga-tiga lelaki terbabit.
Bimbang pengunjung wanita


"Pegawai festival berkata bahawa ketiga lelaki UAE terbabit dibawa keluar kerana alasan mereka terlalu kacak dan Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar dikatakan bimbang pengunjung wanita boleh jatuh hati dengan mereka," lapor akhbar berbahasa Arab, Elaph.

Delegasi negara UAE terbabit terpaksa dihantar pulang ke negara asal mereka.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan delegasi UAE terbabit berikutan insiden itu berkata bahawa, polis agama terbabit sebenarnya terkejut dengan kehadiran seorang artis wanita dari UAE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan