NEELOFA pulang awal dari sebuah majlis anugerah, gara-gara namanya tidak diumumkan sebagai pemenang? Tak habis-habis perempuan seorang dengan cerita panas, sekali gus membuktikan Lofa memang macam 'pisang panas', laris di mana saja'. Ditemui di majlis pelancaran filem Lemak Kampung Santan baru-baru ini, Neelofa memberitahu, tidak ada istilah merajuk atau membawa diri.
Menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka, dengan pengalaman hijau dalam bidang ini, bukan anugerah yang didambakan.
"Keesokan harinya saya terlibat dengan penggambaran filem. Jadi, saya fikir lebih baik saya pulang awal untuk mendapatkan rehat yang mencukupi. Saya tak merajuk pun," katanya.
Ironinya, anugerah kategori yang mempertandingkan nama Neelofa ini disampaikan oleh Tasha Shilla, artis muda yang dikatakan punya 'masalah' dengan Lofa.
Jika diimbau kembali ada 'cerita' ketika mengumumkan nama pemenang anugerah tersebut, menjelaskan keadaan sebenar hubungan antara Neelofa dan Tasha yang masih dingin.
Secara jujur Neelofa berkata, dia sebenarnya lebih senang untuk tidak mengambil kisah dengan apa yang berlaku.
"Saya tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab tengah bersedia di belakang pentas. Keesokan harinya, kak Fara (Fara Fauzana) menghubungi saya dan bertanya: "Adik, awak okay dengan Tasha Shilla?"
"Saya tanya balik, kenapa pula?" Kemudian kak Fara kata tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu... Dia tak tahu ker kita ni baik? Lofa cakap, tak apalah, biar saja."
Menurut Lofa, memang ada pihak memberitahu terdapat komen-komen yang mengatakan Tasha berlaku biadap terhadap dirinya.
"Bagaimanapun, saya tak mahu bersuara apa-apa. Saya tetap hormati dia, kerana dia pernah menegur saya. Bagi saya adalah sesuatu yang baik untuk seseorang yang tidak menyukai kita dan menegur kita dahulu," katanya .
Bercerita mengenai filem terbarunya berjudul Lemak Kampung Santan, membawa watak sebagai seorang gadis kampung bukanlah sesuatu yang sukar kerana pernah tinggal di kampung selama enam tahun.
"Saya tidak tahu ada orang yang mengatakan saya tidak boleh bawa watak gadis kampung. Bagi saya watak sebegini dekat dengan saya memandangkan saya juga berasal dari kampung.
"Di antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah terlibat dengan sebuah babak yang memerlukan saya menunggang motosikal. Pengalaman berlakon bersama pelakon hebat lain seperti Hans Isaac, Khir Rahman dan ramai lagi memberi peluang untuk saya menambah ilmu lakonan," katanya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130423/hi_04/Neelofa-tidak-terasa#ixzz2RT43djGv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan