Kuala Terengganu: Kemelut dalaman T-Team tampak seperti sudah sampai kemuncak apabila Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said diminta memecat jurulatih, Peter James Butler.
Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu, Mohamed Sekanther Abdul Hamid berkata pihaknya ada beberapa alasan untuk meminta Menteri Besar berbuat demikian.
Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu, Mohamed Sekanther Abdul Hamid berkata pihaknya ada beberapa alasan untuk meminta Menteri Besar berbuat demikian.
"Rakyat Terengganu merasakan T-Team di bawah Butler begitu malap sekali," katanya ketika menuntut penyingkiran Butler sebagai jurulatih T-Team pada sidang media di sini, semalam.
Dia menambah, apa yang lebih memalukan adalah kedudukan T-Team dalam carta Liga Super yang kini menghuni tangga ke-11 tanpa mencatat sebarang kemenangan selepas pusingan pertama berakhir.
Turun ke Liga Perdana
Tambah perit, T-Team pada firasatnya akan turun ke Liga Perdana tahun depan andai Menteri Besar tidak tampil dan campur tangan dalam kemelut dihadapi pasukan itu.
Sementara itu dalam perkembangan sama, , bekas jurulatih T-Team, Badrul Hisham Abdullah berkata Menteri Besar harus berbuat sesuatu untuk menyelamatkan pasukan kerana cara Butler mengendalikan skuad bukan membuat pasukan itu semakin menyengat tetapi bertambah malap.
"Jurulatih harus lebih bertanggung jawab.. kalau di Eropah bila pasukan merudum, secara hormat jurulatih mengundur diri," katanya.
Beliau berkata pengurusan T-Team perlu berani menerima risiko dan berani membuat perubahan sekiranya ingin melihat pasukan itu terus kekal dalam Piala Malaysia musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan