Pages

Senjata baru Johor

 
Johor Bahru: Kehadiran pemain import baru Johor dari Argentina, Ezequiel Andrian Gallegos diharap menjadi pertaruhan terbaik skuad itu melayani kunjungan NS Betaria pada aksi Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, petang ini.

Gallegos, 21, yang pernah beraksi untuk kelab Altetico Huracan FC di Liga Primera B, Argentina, sah menjadi milik skuad yang bergelar Merah Biru sehingga tamat saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini akan mengambil alih tugas yang ditinggalkan Andre Francisco Da Silva yang kini beraksi untuk Johor Darul Takzim pada saingan Liga Super dan kelibatnya bakal menguatkan jentera tengah.
Jurulatih, Azmi Mohamad berkata, walaupun Gallegos sudah menjalani latihan bersama skuad itu sebelum pertembungan menentang Sime Darby FC, Jumaat lalu namun Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) ketika itu masih belum diperoleh dan tidak dapat disenaraikan.

Gallegos 'senjata baru' Johor
Lega Khairul kembali

Kini semuanya sudah selesai, kita berjaya mendaftarkan Gallegos sebelum tarikh tamat pemain baru yang ditetapkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) apabila ITC pemain itu diperoleh dan dia akan diturunkan pada aksi menentang NS Betaria, esok (petang ini).

Gallegos menepati ciri-ciri yang saya inginkan terutama teknik kawalan bola yang menarik dan bijak membuat umpana tepat malah memiliki skil yang tinggi namun saya tidak mahu terlalu bergantung kepadanya memandangkan aksi menentang NS Betaria adalah ujian pertama buat pemain itu.

Saya juga lega dengan kembalinya, Mohd Khairul Ismail dalam skuad itu selepas baru pulih daripada kecederaan dan Shoufiq Khusaini yang boleh diturunkan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan dan ia beri banyak pilihan untuk saya membariskan pemain terbaik dalam perlawanan itu nanti, katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan