Pages

139 PENUMPANG TERKANDAS DALAM PESAWAT AIR ASIA DI LAPANGAN TERBANG PULAU PINANG

GEORGE TOWN: Kira-kira 140 penumpang yang tiba dari Jakarta menggunakan penerbangan AirAsia terkandas di dalam pesawat tersebut selama 35 minit akibat gangguan bekalan elektrik di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, Isnin.
Beberapa operasi di LTAPP terganggu selepas bekalan elektrik terputus, Isnin.
Ia dipercayai berpunca daripada sistem pendawaian yang tidak berfungsi selepas kerja pengubahsuaian di terminat tersebut.
Seramai 139 penumpang yang tiba pada pukul 8.45 pagi menggunakan penerbangan AirAsia dari Jakarta tidak dibenarkan meninggalkan pesawat ekoran kesesakan di balai ketibaan.
Mereka hanya dibenarkan keluar pada 9.20 pagi.
Barisan panjang bagi penerbangan antarabangsa dapat dilihat dari kaunter pemeriksaan dan luar balai berlepas.
Mereka kemudiannya diringi ke balai ketibaan untuk ke kaunter imigresen dan pemeriksaan keselamatan sebelum menuju ke pintu berlepas.
Seorang pemandu pelancong, Mohd Syarizal Hasan, 32, berkata, dia dan beberapa penumpang lain bersedia untuk turun dari pesawat sebaik saja kapten mengumumkan bahawa berlaku sedikit masalah di lapangan terbang.
 
Penumpang menunggu giliran di kaunter pendaftaran masuk selepas gangguan bekalan elektrik di LTAPP.
 
"Pertama, mereka memberitahu kami bahawa kelewatan itu hanya mengambil masa selama 15 minit. Namun, kami terpaksa menunggu 15 minit lagi.
"Situasi di dalam pesawat terkawal. Malah, kami dapat melihat juruteknik di lapangan terbang sedang mengisi minyak bagi pesawat itu," katanya.
Mohd Syarizal turut memuji tindakan pantas syarikat penerbangan tambang murah itu kerana sentiasa memaklumkan setiap perkembangan berhubung situasi tersebut.
Pengurus kanan lapangan terbang, Mohd Arif Jaafar berkata, bekalan elektrik terganggu pada pukul 8 pagi kerana kerja pengubahsuaian di terminal.
Bekalan elektrik berjaya dipulihkan kira-kira pukul 9 pagi.
Katanya, tiga penerbangan antarabangsa ke Hong Kong, Bangkok dan Guangzhou yang ditangguhkan kira-kira 20 minit, masing-masing berlepas pada pukul 8.53 pagi, 9.11 pagi dan 9.22 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan