IPOH: Daya kreatif dan inovatif lapan pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah yang mencipta alat membuka nut tayar kereta menggunakan pam hidrolik, melayakkan mereka memenangi pingat emas dalam satu pertandingan pencipta muda di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Alat yang dinamakan "Nutty-Notty" dicipta bagi memudahkan penukaran tayar kereta tanpa menggunakan banyak tenaga dan mengambil masa yang singkat.
Alat itu pada mulanya dicipta menggunakan besi katil sekolah dengan kos RM30 dan dibawa ke pertandingan sempena Pameran Antarabangsa bagi Pencipta Muda 2012 (International Exhibition for Young Inventors 2012) di Bangkok.
Alat itu pada mulanya dicipta menggunakan besi katil sekolah dengan kos RM30 dan dibawa ke pertandingan sempena Pameran Antarabangsa bagi Pencipta Muda 2012 (International Exhibition for Young Inventors 2012) di Bangkok.
Ketua projek, Nor Ameerah Nawi, 17, berkata alat itu sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutama kaum wanita yang kebiasaannya mengalami kesukaran untuk menukar tayar kereta yang pancit.
"Nutty-Notty dapat membantu mengeluarkan nut pada tayar kereta kerana hidrolik dapat membantu menampung beban yang berat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nor Ameerah berkata kebiasaannya untuk menanggalkan satu nut secara manual akan mengambil masa kira-kira enam minit, bagaimanapun penggunaan "Nutty Notty" hanya mengambil masa dua minit.
Beliau berkata alat yang dicipta oleh pelajar tingkatan empat dan lima itu dipatenkan pada 27 Mac lepas.
Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan Noor Aini Zainal Abidin berkata alat itu akan dipasarkan dalam tempoh terdekat.
"Nutty-Notty" akan dijual dengan harga RM100 seunit. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan