Pages

Platini Syor 13 Bandar Tuan Rumah Euro 2020

KEJOHANAN benua Eropah edisi 2020 akan dilangsungkan di beberapa bandar raya utama di Eropah berbanding amalan sekarang, kata Presiden Uefa, Michel Platini.
Secara tradisi, satu atau dua negara menjadi hos kejohanan.
Edisi kali ini, yang perlawanan akhir akan berlangsung esok (awal pagi waktu Malaysia), dianjurkan secara bersama oleh Poland dan Ukraine.
Edisi 2016 akan diadakan di Perancis.
"(Edisi) Euro 2020 kemungkinan akan diadakan di Eropah," kata bekas pemain Perancis ini.
"Ia kemungkinan diadakan di sebuah negara dan 12 stadium, atau satu stadium di setiap 12 atau 13 negara," kata beliau dipetik BBC.
Berdasarkan laporan media sebelum ini, Turki menjadi pilihan untuk menganjurkan kejohanan 2020.
Selain Turki, Scotland, Wales dan Republik Ireland juga melahirkan hasrat untuk menganjurkan Euro 2020.
 
Michel Platini
Menurut Platini, keputusan akhir akan dibuat Januari atau Februari depan.
Katanya, perkara ini akan dibincangkan secara serius kerana langkah itu "akan memudahkan dari segi perspektif kewangan."
"Mudah untuk bergerak dari London ke Paris atau Berlin berbanding Cardiff ke Gdansk. Akan ada empat perlawanan di setiap lokasi. Ia satu debat yang hebat.
"Kami baru fikir mengenainya. Saya telah mengatakan 12 atau 13 bandar raya penganjur. Kemungkinan 24 atau 32. (Ini) tidak mustahil ketika ita ada penerbangan tambang murah pada masa sekarang," katanya dipetik laporan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan