Pages

Celcom tawar Samsung Galaxy Note II

Penyedia telekomunikasi mudah alih utama, Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan Samsung Galaxy Note II dengan pelbagai tawaran menarik di semua rangkaian di seluruh Malaysia.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, promosi itu bermula 19 Oktober hingga 19 November di 20 kedai Blue Cubes.

Katanya, pelanggan berpeluang menikmati keistimewaan Samsung Galaxy Note II di Blue Cubes Pavillion dan Publika, Kuala Lumpur serta cawangan Celcom Taman Molek, Johor Bahru dan Bangunan KWSP, Pulau Pinang.
"Celcom berusaha meningkatkan rangkaian ke arah lebih baik dan pantas bagi pengguna di seluruh wilayahnya.
Samsung Galaxy Note II dikuasakan pemproses quad-core

"Dengan ini, pelanggan dapat menikmati perkhidmatan dan sambungan lebih cepat, lancar serta stabil walau di mana sahaja," katanya.

Zalman berkata, Samsung Galaxy Note II dikuasakan pemproses quad-core bagi menjalankan sistem operasi terbaru Android Jelly Bean dengan paparan skrin 5.5 inci HD Super Amoled.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan