Pages

Hai-O: Bukan rezeki saya

KAPTEN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar (Hai-O) mengakui terkilan di atas kekalahan pasukannya kepada Kelantan pada final Piala Malaysia 2012, malam tadi.
Pada pertembungan akhir di Stadium Shah Alam itu, The Gladiators tumpas 2-3.

Bagaimanapun, Hai-O tetap berpuas hati dengan komitmen dipamerkan rakan-rakannya sepanjang perlawanan berlangsung.
"Saya memang kecewa. Apa pun ATM berjuang hingga saat akhir tapi kemenangan tidak berpihak kepada kami.

 
Hai-O pemain tempatan pertama beraksi lima kali di pentas akhir Piala Malaysia.

"Kepada penyokong ATM yang tidak henti-henti memberi sokongan, saya harap mereka tabah dan teruskan menyokong pasukan ini ," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
Hai-O, 33, melakar sejarah tersendiri pada final edisi ke-86 kali ini apabila muncul sebagai pemain tempatan pertama beraksi lima kali di pentas akhir Piala Malaysia.
Pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu sehingga kini berjaya menjulang 4 kejuaraan Piala Malaysia bersama 3 pasukan berbeza iaitu Terengganu (2001), Negeri Sembilan (2009, 2011) dan Kelantan (2010).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan