SAMSUNG memperhebatkan jenama telefon pintarnya dengan memperbaharui Galaxy Note menerusi versi kedua yang bakal dijual bermula 19 Oktober ini menerusi tiga syarikat telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom dan DiGi.
Syarikat Korea terbabit melengkapkan Samsung Galaxy Note II dengan saiz skrin lebih besar iaitu 5.5 inci berbanding 5.3 inci yang ditetapkan pada versi pertama.
Peranti itu menggunakan kuasa Quad Core 1.6GHz, RAM ditambah kepada 2GB, sistem operasi Android 4.1 (Jelly Bean) dan bateri berkuasa 3100mAh untuk daya ketahanan lama.
Selain itu, Samsung memperkenalkan teknologi Air View yang membolehkan pengguna untuk membaca e-mel, S Planner, galeri imej atau video hanya menggunakan S Pen iaitu pen stylus yang popular untuk pratonton kandungan tanpa perlu membuka aplikasi berkenaan.

Satu lagi ciri baru diketengahkan termasuk konsep membuka nota menggunakan teknik Pop up Play yang akan membuka aplikasi nota pada bila-bila masa dan di mana saja tidak kita apa yang sedang dilakukan dengan butang maya khas.
>SPESIFIKASI:
PRODUK: Samsung Galaxy Note 2
HARGA: RM2,299
OS: Android 4.1 Jelly Bean
SAIZ SKRIN: 5.5 inci
RESOLUSI SKRIN: 1280 x 720 piksel
JENIS SKRIN: HD Super AMOLED
BATERI: 3100mAh
SETORAN DALAMAN: 16/32/64GB
PEMPROSESAN: 1.6GHz Quad Core
RAM: 2GB
DIMENSI: 80.5 x 151.1 x 9.4mm
BERAT: 180g
Tiada ulasan:
Catat Ulasan