Pages

Public Mutual isytihar 8 dana bernilai RM106 juta

PUBLIC Mutual Bhd, anak syarikat milik Public Bank, mengisytihar pengagihan pendapatan lebih RM106 juta bagi lapan daripada dananya.

Pengagihan kasar itu bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2012. Pengagihan kasar seunit bagi lapan dana itu adalah dari RM0.50 hingga RM4.00.

Dana itu adalah Public Select Alpha-30 Fund, Public Far-East Dividend Fund, Public Islamic Sector Select Fund, Public Islamic Alpha-40 Growth Fund, Public Ittikal Sequel Fund, Public Islamic Asia Leaders Equity Fund, Public Islamic Mixed Asset Fund dan Public Islamic Infrastructure Bond Fund.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan