Pages

Cara Guna Google Chrome Dalam Bahasa Malaysia

 

 
Google merupakan salah satu gergasi internet yang menawarkan beberapa produk mereka dalam pilihan bahasa Malaysia, dan ini adalah termasuk pelayar web daripada mereka yang kian meningkat popular dari hari ke hari, Google Chrome.
Sekiranya anda merupakan pengguna Google Chrome, anda turut sama boleh mengubah penggunaan bahasa pada pelayar web anda, kepada bahasa Malaysia dengan mudah. Untuk melakukannya, klik pada ikon tetapan, dan pilih Settings.
Pada halaman Settings, tatal sehingga ke bawah halaman, dan pilih Show Advanced Settings. Seterusnya pilih Language Settings. Secara asasnya, anda akan dapat melihat dua bahasa terdapat padanya, iaitu English (United States) dan juga English. Untuk menambah sokongan bahasa Malaysia, klik pada Add, dan pilih Malay.
Seterusnya klik pada OK, dan pelayar web anda turut sama akan menyertakan sokongan bahasa Malaysia padanya. Buat masa ini, sokongan bahasa Malaysia masih tidak menyeluruh pada pelayar web Chrome, dan mungkin pada masa akan datang, ianya akan lebih menyeluruh.
Jadi, jangan lupa untuk cubanya sendiri hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan