Ini bukan keputusan yang mudah bagi setiap orang untuk menempatkan dirinya pada kedudukan seseorang yang berlainan agama dan kepercayaan yang berbeza.
Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan 'zon keselesaan' (comfort zone) nya masing-masing, yang pada gilirannya akan menumbuhkan perasaan pasif mereka terhadap "orang lain" di sekitarnya.
Tetapi, selalu ada pengecualian!
Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari 'comfort zone' adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia.
Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat. Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang muslim secara langsung.
Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial 'kebiasaanya' dimana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.
Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.
"Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain 'jika kamu (orang muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ', "kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, "Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan dengan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media_red) tidak terlalu benar," katanya.
"Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama." ceritanya.
"Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu," ulasnya.
Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan