Sudah lama kita tidak mendengar lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza yang berunsur dakwah.
Kali ini, Datuk Siti telah berkolaborasi bersama Sami Yusuf dengan menampilkan lagu dakwah terbaru mereka, 'You Came To Me'.
Penyanyi serta komposer yang menerima jolokan 'Islam's Biggest Rockstar', Sami Yusuf telah berbesar hati untuk berduet dengan Datuk Siti dalam lagu itu pada masa yang sama ia dimuatkan dalam album keempatnya, 'Salaam'.
Sebelum ini, Datuk Siti telah merakamkan rasa keterujaan beliau apabila dapat bergandingan bersama Sami Yusuf.
Gabungan suara yang lunak, bait-bait lirik yang amat bermakna serta melodi yang menenangkan jiwa pastinya akan membuat anda terpaku.
Tambah menarik, lagu yang mempunyai gabungan bahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu telah dikompos sendiri oleh Sami Yusuf.
Namun, klip video lagu itu telah menjadi bualan di beberapa blog hiburan apabila ramai peminat Datuk Siti yang kecewa dengan penampilannya yang tidak menutup aurat secara penuh.
Jika dilihat pada maklum balas klip video lagu 'You Came To Me' yang telah dimuat naik menerusi Youtube, rata-rata di antara mereka kecewa dengan penampilan yang dibawa oleh Datuk Siti dalam lagu dakwah tersebut.
Bagi penulis, apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Namun, pada masa yang sama janganlah mengabaikan prinsip dari segi penampilan apabila ingin berdakwah.
Saksikanlah video klip tersebut dan anda menilainya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan