Pages

Gambar - Wang Kertas Baru Diedar Mulai 16 Julai Ini

KUALA LUMPUR – Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, menurut Bank Negara Malaysia hari ini.
Bank pusat itu menyatakan, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu.
Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan
 
.
"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
"Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai.
 
"Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baru itu, hubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepadancs@bnm.gov.my. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan