Lagu Sesame Street sering menjadi siulan kanak-kanak didakwa disalah guna di penjara Guantanamo.
WASHINGTON – Ia mungkin kedengaran pelik kerana lagu berunsur pengajaran kepadakanak-kanak dalam siri terkenal, Sesame Street didakwa telah digunakan sebagai 'alat seksaan' terhadap tahanan di penjara Teluk Guantanamo di Cuba.
Agensi berita, Al Jazeera membuat pendedahan itu menerusi dokumentari susulan daripada dakwaan yang menyatakan lagu berentak rock dan heavy metal pernah dimainkan tanpa henti di penjara tentera tersebut pada 2008.
Laporan itu mendedahkan lagu Sesame Street telah disalah guna untuk tindakan tidak berperikemanusiaan yang diamalkan di penjara tersebut.
Tahanan dipaksa untuk mendengar beberapa lagu menyakitkan telinga termasuk lagu tema Sesame Street hasil ciptaan komposer Christopher Cerf sepanjang hari tanpa henti.
"Saya tidak setuju dengan idea menggunakan lagu dipasang terlalu kuat untuk sesi soal siasat supaya mereka membuka mulut kerana ia memberi kesan kesakitan jangka panjang terhadap tahanan," menurut Cerf.
Difahamkan, dokumen Garis Panduan Kaedah Soal Siasat milik Agensi Perisikan Pusat (CIA) menunjukkan penggunaan lagu bingit selama 18 jam sehari untuk memperoleh maklumat daripada tahanan adalah dibenarkan.
Dalam kenyataan lain, pegawai tentera di Guantanamo tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan laporan itu, sebaliknya hanya memberi ulasan kaedah tersebut kononnya tidak lagi digunakan pada masa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan