Pages

Salam Aidilfitri


Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia (Islam) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:
 
1. PENGURUS KANAN PEMATUHAN
2. PENGURUS NASIHAT KORPORAT DAN GUBALAN
3. PENGURUS UNIT SEKRETARIAL
4. EKSEKUTIF NASIHAT KORPORAT DAN GUBALAN
5. EKSEKUTIF SEKRETARIAL
 
Tarikh Tutup Permohonan : 29 Ogos 2011


Gambar - Salam Rindu Datuk Siti Daripada Mekah

datuk siti

GAMBAR - Berseri-Seri Wajah Marion Caunter Yang Mengandung

marion caunter mengandung

Betul ke - Raja Azmi sudah pun didapati TIDAK BERSALAH


raja azmi
 
Untuk anda yang belum tahu, Raja Azmi sudah pun didapati TIDAK BERSALAH atas tuduhan khalwat bersama Roslin Hashim semalam.  Sebelum ini punca penceraian Roslin Hashim dan bekas isterinya, Norhayati dikatakan berpunca daripada isu khalwat Roslin Hashim dan Raja Azmi. Namun setelah didapati tidak bersalah, Raja Azmi pada petang ini akan membongkarkan segala-galanya yang berkaitan hal ini.

Gambar - Cantik Gila Baju Kahwin Memey Rekaan Hatta Dolmat

baju kahwin memey

Tarikh Perkahwinan Ezlynn

 
pix_gal0
TARIKH 11.11.11 semakin hampir. Buat insan lain barangkali ia sekadar angka menarik namun berbeza dengan penyanyi, Ezlynn apabila pada tarikh itulah dia bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan sekaligus mengucapkan 'bye, bye' kepada zaman solonya.
 
Sejak tahun lalu sememangnya penyanyi lagu lagu Hi! Hi! Bye, Bye itu secara terbuka sudah memilih tarikh untuk hari keramatnya cuma hingga kini masih belum bersedia mendedahkan siapa bakal suaminya.Puas memujuk, si jelita yang bakal menyambut ulang tahun ke-30, September ini masih berahsia malah mengakui hanya bersedia merungkai segala persoalan sebaik kad undangan perkahwinan siap.Adakah si dia jejaka yang sentiasa berada di sisinya sejak dulu atau Ezlynn sudah menemui insan baru? Hanya tawa kecil kedengaran sebaik persoalan demi persoalan diajukan kepadanya.
 
"Ya! Perancangan ke arah (kenduri) itu sedang berlangsung sebab harinya sudah semakin hampir. Saya bersyukur mempunyai ahli keluarga banyak membantu terutama ibu yang menjadi perancang utama majlis.
"Begitupun, siapa bakal suami akan saya perkenalkan kemudian… apabila segala-galanya sudah dipastikan nanti terutama kad jemputan," katanya ketika ditemui selepas majlis peragaan fesyen hari raya di sebuah pusat beli belah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kolam Renang Paling Padat di Dunia

 
 
DAYING, China – Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.
 
Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.
Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.
Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.
 
Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati

Gaji Bawah RM3000 akan Mendapat Imbuhan

 
IPOH: Rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan bakal mendapat bantuan kewangan dalam Belanjawan 2012 berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini, sekali gus meringankan beban terpaksa ditanggung mereka.
 
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu, termasuk menyediakan mekanisme sebagai panduan untuk kerajaan membantu golongan berkenaan."Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan sedang menjalankan kajian bagaimana boleh membantu golongan ini, dengan hasil kajian itu akan digunakan sebagai panduan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012."PEMANDU diberi tanggungjawab mengenal pasti beberapa pilihan bantuan yang boleh diguna pakai dan laporannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperinci," katanya selepas menyampaikan bantuan Teman 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Tambun, di sini, semalam.
 
Seramai 688 penduduk menerima bantuan barangan makanan, wang tunai dan peralatan membantu perniagaan bernilai RM680,000.
Beliau berkata, PEMANDU sedang memperincikan kajian itu untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus, malah proses berkenaan dijangka selesai minggu depan untuk tindakan selanjutnya.
 
"Kajian itu turut membabitkan beberapa aspek penting, termasuk peruntukan diperlukan, sumber peruntukan dan penyampaian inisiatif yang perlu dilaksanakan.

"Ini bertujuan memastikan pembentangan belanjawan nanti dapat dilakukan secara lebih efisyen dan efektif kerana kita tidak mahu apabila diumumkan nanti ia membawa masalah dan hasilnya tidak ke mana," katanya.

Marion Mengandung Anak SM Nasarudin

 
 
Tahniah buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana akhirnya perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.
 
Pasti comel dan 'meletop' wajah anak pasangan sama cantik sama padan ini. Maklumlah gabungan acuan berdarah campuran, si ibu yang jelita dan tampan pula bapanya.
 
Marion sangat gembira apabila dirinya disahkan mengandung kerana dia memang berharap terus mengandung selepas berkahwin. Tetapi berita kehamilannya hanya disahkan sekitar Mac lalu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.
 
Yang pasti, pasangan ini tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka bakal dilahirkan pada penghujung November atau awal Disember nanti. Marion jugak dikatakan sangat 'enjoy' melalui proses kehamilannya yang tidak banyak ragam.
 
Aku berharap Marion selamat melahirkan bayi sulungnya kelak dan kehadiran permata hati mengukuhkan lagi cintanya dan suami. Tahun depan, Aidil fitri pastinya disambut lebih ceria dengan kehadiran anak. Tahniah!

Jawatan Kosong di Amanah Raya Berhad (ARB)

Amanah Raya Berhad or AmanahRaya as we are known, is Malaysia's premier trustee company. Since its establishment as the Department of Public Trustee and Official Administrator on 1 May 1921, AmanahRaya have served the nation for over 80 years and is the market leader in providing trust, legacy management and Will-services.
 
1.  GROUP CHIEF COMPLIANCE OFFICER
2.  GROUP RISK MANAGER
3.  GROUP CHIEF MARKETING OFFICER
4.  GROUP COMPANY SECRETARY
5.  HEAD OF LEGAL DEPARTMENT
6.  HEAD OF GROUP INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
7.  HEAD OF CUSTOMER RELATIONSHIP MANAGEMENT DEPARTMENT
8.  HEAD OF GROUP INFORMATION TECHNOLOGY DEPARTMENT
9.  STUDENT AFFAIRS MANAGER
 
 
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Ogos 2011

Gambar - Spyshot Terbaru Proton P3-21A (Persona) Dan Proton Exora Turbo

 

Gambar - Spyshot Terbaru Proton P3-21A (Persona) Dan Proton Exora Turbo

 

LIRIK LAGU RAYA HARI YANG KU NANTI ADIRA HAZAMA DINA

 
LIRIK LAGU RAYA 2011-HARI YANG KU NANTI
(Adira)
Hari yang ku nanti telah menjelang kini
Kenangan indah yang dulu pasti menjelma lagi
Terpancarlah cahaya Aidilfitri yang ku nanti
Bersama semua gembira hilangkanlah duka
(Hazama)
Hari yang ku nanti telah menjelang kini
Bermaaf maafan kekalkanlah Silaturrahim
Buat ayah dan bonda ampunkanlah tiap dosa
Buat teman hiburkanlah hati semua
(Adira)
Jauh dan dekat semua pulang ke desa
Saling kunjung mengunjungi
Berpakaian serba baru
Sungguh bergaya…
 
(Adira & Hazama,Dina)
Tapi jangan dilupakan
Mereka yang kekurangan
Semoga hari raya kan bermakna
 
(Dina)
Hari yang ku nanti telah menjelang kini
Tua dan muda miskin dan kaya tiada bezanya
Sebulan berpuasa syawal pun telah menjelma
Ucapkanlah kesyukuran pada yang Esa

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
 
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
 
 
Tarikh Tutup Permohonan : 9 September 2011

Gambar - 3 Wanita Paling Cantik Di Asia

Berikut adalah senarai dan gambar 3 Wanita Paling Cantik Di Asia.Majalah online 'Global Beauties' telah mengeluarkan senarai wanita paling cantik di asia melalui undian.

Berikut adalah wajah-wajah mereka yang paling cantik di asia pada waktu ini:
 

1. Nicole Faria dari India
 

2.Venus Raj dari Filipina

3. Diem Huong dari Vietnam

GAMBAR - Nanu Baharuddin Pegang Anjing!

nanu baharudin dan anjing

Perang Twitter Antara Azwan Ali Dan Didie Alias La Pulak.. dah dah le tuh.. dah tua tu kan

Sememangnya tweet Azwan Ali agak pelik dan agak kurang senang untuk dibaca. Yang terbaru, Azwan Ali telah memanggil Didie Alias sebagai "cimpanzi" di dalam Twitternya. Memang agak kasar dan agak kurang sopan tetapi itulah kenyataannya.
 
azwan ali didie alias
Beberapa lagi tweet Azwan Ali dan reply daripada Didie Alias dengan membaca entri ini sepenuhnya.
azwan ali didie alias
azwan ali didie alias
azwan ali didie alias
azwan ali didie alias

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
 
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
 
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2011

Ini le mentega yang tak halal tu ye - Hanya Mentega Golden Churn New Zealand tak Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter – Golden Churn Butter'keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal.
 
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Jakim dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Johor pada 8 Ogos lepas.
 
Sehubungan itu, Jakim menegur media yang menyiarkan maklumat atau memaparkan gambar produk selain keluaran syarikat beralamat di Allen Street Morrinsville 3340, New Zealand berkenaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu, yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis, sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA babi, menyebabkan industri makanan berkenaan terjejas.

Keris Ajaib Peninggalan Kerajaan Sriwijaya

 


TEBING TINGG:
 
Sumatera Utara – Sebilah keris di wilayah ini dilaporkan bukan sahaja mampu berdiri sendiri, bahkan turut mempunyai kuasa ajaib.
Omansyah, 28, pemilik keris yang dikenali sebagai Santan Lanang Betino itu memberitahu, dia memperoleh keris itu daripada bapa saudara sulungnya lima tahun lalu.

Dia bagaimanapun tidak berapa jelas tentang asal usul keris yang mempunyai tujuh luk dan 30 sentimeter panjang itu, tetapi mengikut sejarah, keris itu adalah peninggalan kerajaan Sriwijaya yang dimiliki oleh golongan atasan.
 
"Saya sendiri tidak mengetahui asal-usul keris ini kerana bapa saudara saya enggan menceritakannya," katanya kepada Tribunnews.com.
Omansyah berkata, keris itu mempunyai kuasa ajaib iaitu boleh menenangkan perasaan orang yang sedang marah.
 
"Apabila ada pergaduhan, saya sering gunakan keris ini bagi mendamaikan keadaan kerana ia mampu meredakan kemarahan kepada sesiapa yang melihatnya.
 
"Binatang buas juga akan lari jika melihat keris ini," ujar Omansyah.

“Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) “


 
Ini adalah antara mesej yang sedang rancak disebarkan melalui sms dan juga Facebook:
 
"Salam.
From dato' dr mazlan, our head of astrology dept. Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25am mecca time. Malaysia time will be 8.25am. So London time will be at 00.25am"
"Dr Mazlan, astrologi, bulan mengelilingi kaabah, 10 juta tahun sekali, doa dimakbul, sebarkan"
 
Semua ini karut.
Jangan percaya. Kenapa?

Baca pendapat ini:
 
Apa? Tak betul ke?
Memang la tak betul. Cuba kita tengok satu per satu kenyataan dalam SMS tu..
 
"Daripada Dato Mazlan astrology"
Jika Dato Mazlan yang dirujukkan ini ialah bekas Pengarah Agensi Angkasa Negara , title "astrology" tu pun dah salah! Beliau ialah seorang ahli astrofizik. Astrology tu macam cerita nujum pak belalang! Tukang tilik! Tak pernah saya jumpa mana-mana yang mengatakan Dato Mazlan tu ahli nujum!
 
Dan mempelajari Astrologi adalah haram!
"Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) "
Oppss!!
Bulan mengelilingi Kaabah?
Setahu saya Bulan mengelilingi sebuah jasad bernama planet Bumi, di bawah kesan daya tarikan graviti Bumi. Kaabah berada di atas permukaan Bumi. Ia tidak mempunyai sebarang daya tarikan graviti yang membolehkan Bulan 'mengelilingi'nya.
Tahukah anda, Bulan itu jika 'diletak' atas Bumi, diameternya seluas benua Australia! Bayangkan objek sebesar itu, bergerak-gerak keliling Kaabah? Logik tak?
 
"Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. "
Bab ni, saya berpegang kepada ilmu saya yang sedikit ini dan ketika mengikuti pengajian bersama ustaz-ustaz, setiap perkara yang hendak dilakukan itu kena berdasarkan nas-nas yang sahih. Bukan main tangkap serombono je. Oleh itu, bagi penulis yang memula menyebarkan berita ini, sila berikan nas yang menyatakan doa kita makbul ketika bulan mengelilingi kaabah.. silakan, silakan…
 
"Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun… "
Kenapa selepas 10 juta tahun?
Di mana kiraan falak yang menunjukkan perkara ini boleh 'berlaku' selepas 10 juta tahun? Kajian siapa? Sumber dari mana?
 
"Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan."
Di sini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan para pembaca sekalian, supaya berhati-hati apabila menyebarkan berita dan cerita yang tidak pasti kesahihannya, tidak diketahui nas-nasnya, tidak tahu dari mana faktanya. Kerana ia bukan sahaja boleh memberi maklumat yang salah, malah memberi gambaran yang buruk di mata masyarakat lain yang mana umat Islam ini suka sangat berita-berita sensasi, mistik dan tidak tepat faktanya.
 
Lain kali baca, baca dan baca dahulu.
Lupakah kita ayat pertama yang diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasullullah SAW ialah Iqra, yang membawa maksud "Bacalah!" Di sinilah letaknya nilai ilmu dan kaedah mempelajarinya.
 
* TOLONGLAH SHARE info ini di Facebook dan blog masing-masing sebelum ramai lagi yang terjebak mengedarkannya.

Sempat lagi ni - Resipi Biskut Almond London

 

Sekarang ini sudah melangkah ke 10 hari terakhir Ramadhan.Ini juga bermaknanya Ramadhan akan meninggalkan kita dan hari raya bakal menjelang.
Tidak lengkap rasanya hari raya jika tiadanya kuih raya dan antara yang menjadi kesukaan ramai adalah Biskut Almond London.Best ke biskut Almond London ni??
Baiklah,saya ingin kongsikan resepi ringkas untuk membuat Biskut Almond London bagi mereka yang berminat.Jangan lupa untuk mencuba k. =)

Bahan-bahan

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (Dibakar/digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • 700 gm coklat

Cara-cara

  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  • Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  • Masukkan serbuk badam, kacau
  • Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  • Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  • Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  • Bakar pada suhu 200′c.d selama 20 minit
  • Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  • Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak.Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  • Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Daging kerbau pun ada - Senarai 20 barang terkawal Aidilfitri

 
Pada hari ini aku  ingin berkongsi senarai 20 barangan yang terkawal pada Hari Raya Aidilfitri. Berikut adalah senarai harga barangan terkawal pada Hari Raya Aidilfitri.

Sinopsis Aku Bukan Tomboi , cerita baru nihhh


 
 
 
Sinopsis Filem Aku Bukan Tomboy
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Disebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara 2 lelaki iaitu Harry dan Burn.
 
Senarai Pelakon Aku Bukan Tomboy
Harun Salim Bachik, Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina, Syamsul Yusof dan ramai lagi.
 
Pengarah
Samsul Yusof

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
 
1. PEGAWAI OPTOMETRI U41
2. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
3. PEGAWAI DIETETIK U41
4. JURU X-RAY U41
 
 
Tarikh Tutup Permohonan : 17 Ogos 2011


Ahhh.. best ke Apple iPhone 5 ni ?

Apple iPhone 5 is due to be released in September which is speculated by many people to be the next step in the iPhone's evolution. However, there is cacophony which is building up based on the actual release date of this iPhone. A lot of people have been torn between waiting for the actual release of Apple iPhone 5 or simply choose to purchase an android superphone.
 
Apple iPhone 5 Features
 
While this is the case, the features that are expected to come with Apple iPhone 5 have forced many people to wait patiently for its release date. These Apple iPhone 5 features have been leaked to the public and are readily available. Some of these expected features are as listed below:
  • 8MP Camera: It is rumored that iPhone 5 will come with an 8MP camera linked with a dual LED display. This is expected to provide users with improved low light performance as well as clear shots especially if a user will be capturing objects in a place that has bright light.
  • Dual Core processor: It is believed that Apple iPhone 5 is designed with a dual core processor aimed to provide the necessary power while being used.
  • Curved Glass Exhibit: The rumors about Apple iPhone 5 coming with a curved glass display have been swirling due to the fact that Apple had been discovered placing an order for glass cutting machines which have the ability to make curved glass covers.
  • Glass Free 3D: The information released to the public states that iPhone 5 is likely to feature glasses free 3D viewing capacity to make capturing of videos much easier.
  • Voice Recognition: It is rumored that once Apple iPhone 5 reaches its release date, it is bound to come with voice recognition capabilities where users will have an opportunity to take one shot voice commands using the available buttons


Gambar - Kad Hari Raya Datuk Siti Nurhaliza .. mak aiiii

Dah lama rasanya tak merasa dapat kad raya. Bila tengok kad raya Datuk Siti Nurhaliza nie, terasa macam best pulak kalau dapat. Rasa-rasa sudi ke tak Datuk Siti hantar satu kepada diri ini? Nak simpan buat koleksi.
 
kad raya datuk siti
kad raya datuk siti
Korang ada hantar lagi ke kad raya? Ke sekadar SMS atau buat ucapan ikut Facebook je? Ce citer ce citer.

Abby Dan Zul Saling Sayang Menyayang kat fb

Perghhh. Jiwang karat. Pengakuan paling kacak daripada Zul dan paling cute daripada Abby. Masing-masing meluahkan rasa sayang di Facebook page masing-masing. Kalau tak silap, Zul telah meluahkan rasa sayangnya terlebih dahulu kepada Abby di Facebook Page Zul Ariffin. Memang jantan la lu bro
zul abby
Adakah kasih sayang Zul hanya bertepuk sebelah tangan? Ternyata tidak apabila Abby Abadi turut meluahkan rasa sayangnya kepada Zul di Facebook Page Abby Abadi. Memang romantis la korang dua nie.
zul abby
Sila kahwin cepat-cepat. Rasanya ramai yang merestui perhubungan anda berdua. Tak gitu?

Siti Nurhaliza Akan Menunaikan Umrah Bersama-Sama Suami!

 
"Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa," kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.
Siti dan suaminya akan menunaikan umrah bermula 19 ogos 2011 - 28 Ogos 2011.Walaupun sibuk dengan kerja sehariannya ditambah pula dengan bisnes SimplySiti tetapi beliau masih pandai mencuri masa untuk mengerjakan Umrah.Ini adalah satu sikap artis yang patut di contohi oleh artis-artis yang lain.
"Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah," ujarnya.
Menurut Siti lagi,dia berharap agak semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru dengan pengesahan halal yang telah dilakukan oleh JAKIM.
Kita doakan agak pemergian Datuk Siti  dan suami menunaikan Umrah dirahmati Allah dan selamat pergi dan selamat pulang.Insya-Allah.

60 % Remaja Perempuan Malaysia Hilang Dara Menjelang Umur 18 Tahun.. Best baca ni

 
Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.
Ini merupakan kenyataan yang harus kita hadapi dan kenyataan yang begitu memalukan bagi rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam.Sepatutnya semasa usia remaja inilah mereka harus gunakan sebaik mungkin untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaatkan mereka tetapi lain yang diharap,lain yang dibuatnya.
Kerosakkan akhlak remaja dewasa ini memang sukar dibendung dan masalah sosial seumpana ini,seks bebas sudah begitu menular dikalangan remaja terutama di peringkat sekolah menengah.
Berita mengenai perkara ini juga pernah didedahkan oleh Hmetro.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
"Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
Itu kisah yang diceritakan oleh seorang remaja yang baru berusia 16 tahun.Itu cerita yang kita ketahui @ yang telah didedah,bagaimana pun kisah beratus ribu pelajar remaja diluar sana?Tentu lagi banyakkan?
Ini pula kisah yang diceritakan oleh seorang remaja yang berusia 20 tahun yang hamil setelah melakukan hubungan dengan teman lelakinya:-
"Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.
Itu satu hal,bagaimana pula dengan dosa yang kita tidak dapat lihat itu?Keseronakan yang dicari tetapi dosa yang berlimpah-limpah yang akan datang kepada mereka.Itu nasib baik mereka tidak buang bayi berkenaan ataupun membunuh bayi berkenaan.
Masalah keruntuhan akhlak ini begitu teruk dialami di negara kita.Didalam ibubapa @ orang tua-tua sibuk bergaduh kerana mempertahankan perjuangan politik mereka,mereka lupa tentang keruntuhan akhlak anak-anak muda mereka.
Tindakan yang lebih agresif daripada semua pihak amat diperlukan terutamanya daripada ibubapa supaya kita dapat membendung gejala sosial ini.Bila kita fikirkan masa depan @ masa-masa yang mendatang,kita rasa takut dengan situasi yang membelengu kita ini.Bagaimana kita nak besarkan anak-anak kita satu hari nanti.
Hanya Allah yang faham apa yang terbuku dihati.Astagfirullah.

Lafaz Niat Bayar Zakat Fitrah @ IJAB dan Qabul Bagi Zakat Fitrah

 
 
Semasa membayar zakat fitrah,terdapat adab-adab @ lafaz niat ketika membuat bayaran zakat fitrah.Bagi mereka yang berfitrah @ membayar zakat,hendaklah ia berniat seperti berikut:-
1. Diri sendiri.
"Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala."
2. Diri dan tanggungan.
"Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala."
3. Bagi pihak.
"Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib keatas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala."
 

Gambar - Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana 1 Syawal 2011

 
Saya rasa tidak sabar-sabar menantikan 1 Syawal untuk melihat gambar-gambar perkahwinan Ashraf Muslim dan tunangnya Dayana yang akan berlangsung di Mekah.Jika orang mengatakan majlis kahwin Norman Hakim adalah Wedding of The Year tetapi bagi saya,perkahwinan Ashraf Muslim lah yang layak digelar Wedding of The Year.
 
 
Diatas ini adalah gambar yang diambil ketika majlis pertunangan mereka.Majlis pertunangan pun dah meriah.Apatah lagi dengan majlis perkahwinan nanti.
 
Mari kita sama-sama tunggu majlis perkahwinan Ashraf Muslim ini.

Gambar - Ferrari FF di Malaysia Di Showroom Naza Italia

Ferrari FF 3 (Gambar) Ferrari FF di Malaysia Di Showroom Naza Italia
 
Mengkagumkan, itu saja yang boleh dikatakan apabila Naza Italia telah mempamerkan supercar Ferrari FF kepada media di bilik pameran mereka hari ini.
 
Ferrari FF 7 (Gambar) Ferrari FF di Malaysia Di Showroom Naza Italia
 
Ferrari FF yang direka mempunyai empat tempat duduk, sistem pacuan empat roda 4RM yang dipatenkan, dan enjin V12 6262cc ini mempunyai kuasa buas setinggi 660hp@8,000rpm dan tork maksimum 683Nm@6,000rpm.
 
Ferrari FF 9 (Gambar) Ferrari FF di Malaysia Di Showroom Naza Italia
 
Mampu memecut dari 0-100 km dalam tempoh hanya 3.7 saat dan kelajuan maksima 335 km/j, Ferrari sememangnya sentiasa laju tidak kira apa saja model yang dikeluarkan. Jika anda mempunyai masa, anda boleh lawati bilik pameran Naza Italia di alamat Jalan 51/A 221, Lot 3, Petaling Jaya, Selangor kerana FF akan dipamerkan selama seminggu di situ.
 
Seperkara lagi, jika anda ingin memiliki supercar eksotik ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah melihat kepada angka RM2.8 juta, kerana itu adalah harga yang ditawarkan oleh Naza Italia.Sebelum itu,layankan lagi gambar Ferrari FF di bawah.
 
ferrari ff 10 (Gambar) Ferrari FF di Malaysia Di Showroom Naza Italia
 
ferrari ff 5 (Gambar) Ferrari FF di Malaysia Di Showroom Naza Italia
 
ferrari ff 8 (Gambar) Ferrari FF di Malaysia Di Showroom Naza Italia

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM)  mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :
 
1. PEGAWAI PERUBATAN
 
Tarikh Tutup Permohonan : 1 Januari 2012

Benjy Didenda RM5,000 Kerana Memiliki Syabu, Tiada Hukuman Penjara

benjy
 
Sian mak ko Benjy oooo...

Gambar - Erin Malek Akui Bertatoo Dan Bertindik Di Lidah

erin malek tatoo tindik

Cam siot je kan..

Jadual waktu peperiksaan UPRS 2011

Jjadual waktu peperiksaan UPRS yang akan diadakan pada 13 September 2011 nanti.
SELASA 13 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman (SJKC)
  • 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan (SJKC)
  • 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2 (SJKC)
RABU 14 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1 (SJKC)
  • 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman (SJKC)
  • 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan (SJKC)
KHAMIS 15 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science (SJKC)
  • 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKC)
  • 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKC)
  • 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKC)
Kami doakan adik-adik akan berjaya didalam peperiksaan UPSR 2011 ini nanti.Insya-Allah

Jadual Peperiksaan PMR 2011

Peperiksaan PMR 2011 akan dilansungkan pada 4 – 11 Oktober 2011. Calon-calon PMR mempunyai baki satu bulan lebih untuk memperbaiki kelemahan selepas Peperiksaan Percubaan. Kalau ikut pengalaman aku dahulu biasanya Peperiksaan Percubaan ini soalannya lebih susah dari peperiksaan sebenar dan seharusnya keputusan sebenar akan lebih baik daripada keputusan percubaan.
 
Berikut  :
  • 4/10/2011 : Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am), Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am) dan Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)
  • 5/10/2011 : Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am), Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am) dan Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
  • 6/10/2011 : Science Kertas 1 (8.10 – 9.10), Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm) dan Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
  • 10/10/2011 : Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am), Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm) dan Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)
  • 11/10/2011 : Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am), Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2 dan Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)
Untuk mendapat maklumat lengkap sila ke website Kementerian Pelajaran Malaysia
Selamat menghadapi Peperiksaan PMR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.
 
Pesan Tok Guru supaya ibubapa calon rajin-rajin bagun malam solat sunat Tahajjud dan mendoakan kejayaan anak serta semua calon PMR yang lain. Insyallah sama-sama kita saling mendoakan. Jangan pula mengharapkan orang mendoakan kejayaan anak kita sedangkan kita buat tak tahu je tapi nak sangat anak berjaya. Tiada usaha manakan ada kejayaan.

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
 
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEGAWAI REKOD PERUBATAN
3. WARTAWAN/PENULIS SKRIP
4. PEMBANTU REKOD PERUBATAN
5. KERANI
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
7. PEMBANTU AM PEJABAT
 

 
Tarikh Tutup Permohonan : 27 Ogos 2011

Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad

Pos Malaysia Berhad is the exclusive provider of mail services in Malaysia. With more than 175 years of existence in the country, its vast experience forms a strong backbone, supporting the massive restructuring it underwent when it became a corporate entity in 1992. The blend of its solid market strength and market freedom enables Pos Malaysia Berhad to explore and adapt to new business opportunities beyond the 'traditional postal services' and thus, stay ahead of its competitors.
 
1. Inspektor Polis Bantuan
 
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2011

4 Hot Mom Yang Super Hot, Hot le bulan-bulan puasa ni..

Kalau tak tahu, kemungkinan anda akan mengganggap 4 wanita jelita di bawah ialah anak-anak dara. Hakikatnya masing-masing sudah berumah tangga dan memiliki anak. Paling vogue sudah tentu Kak Ziana Zain yang sudah pun berumur tetapi still maintain macam anak remaja gitu.
 
4 hot mom

Iklan Raya Nurul Yang Tidak Sesuai Pemakaiannya...Agak-agak Le..

Sekali tengok memang dah tahu tak sesuai pakaian dan tajuk iklannya. 2 kali tengok terus geleng-geleng kepala. 3 kali tengok, terus tak tahu nak cakap apa.
 
iklan nurul

Kalau iklan raya kenalah sopan sikit ye tak? Pakai baju kurung pun cantik gak. Tak gitu?

Mungkinkah Anwar Ibrahim Pada Tanggal 22 Ogos Ini... Wajib Baca



Dato Seri Anwar Ibrahim


Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden?
Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa ntah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.
 
Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dgn kehebatan 9 nyawa yg dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu utk meraih simpati khalayak.
Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung utk menyelamatkan nyawanya yg ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.
 
Ikuti urutan hikayat berikut utk mengenali kehebatan Anwar yg di percayai memiliki 9 nyawa sama seperti mito seekor kucing kurap.
1. Propaganda Tumbukan Ketua polis
* Anwar telah di tumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan di bunuh oleh pihak polis.
* Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yg memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yg pertama bagi Anwar Ibrahim.
* Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yg pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yg berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.
2. Drama Keracunan Arsenik
* Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang2 Dr. Mahathir.
* Wan Azizah, para pemimpin ADIL (skang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (skang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.
* Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.
* Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.
* Anwar yg masih hidup selepas setahun di racun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.
3. Sandiwara Suntikan Darah HIV
* Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan azizah suaminya telah disuntik dgn darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yg menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dgn badan yg kurus kering dan berkudis-kudis.
* Tiada ubat atau penawar hingga kini utk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yg mampu diungkapkan utk nyawa ke-3 tersebut. takziah utk keluarganya. huk..huk..
* Tanpa sebarang penawar atau ubat utk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar utk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.
* Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.
4. Lelucon Patah Tengkuk
* Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yg dilengkapi dgn pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mengwar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya di dapati patah dan ada urat yg terkehel.
* Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher utk memperbetulkan kembali lehernya yg patah dan uratnya yg terkehel.
* Secara umumnya dgn keadaan leher yg patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yg ke-5 utk meneruskan kehidupan duniawi.
* Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.
5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang
* Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.
* Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai tangan pada penyokongnya dgn menaiki kerusi roda yg di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.
* Bertebaran berita yg mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan emarahan khalayak yg menyokong bung Anwar.
* Kisah Anwar yg terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 di palu di gendang tiap masa walaupun di masa yg sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL utk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.
* Nyawa anwar yg ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 utk kekal di jasad Anwar. Innalillah.
* Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman utk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan utk bersalaman dgn penyokongnya yg menunggu di lapangan terbang.
* Anwar kembali ke arena politik dgn nyawa ke-6 yg bertenaga luarbiasa selepas pembedahan tulang belakang yg paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.
* Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yg berjaya di bedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan utk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yg complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.
6. Hikayat Ancaman Bunuh
* Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yg mengncam nyawa ke-6 Anwar ibrahim yg secara halusinasi yg tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.
* Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yg rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.
* Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada quality Hotel di Shah Alam utk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yg terletak di KL.
* Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahayang ghaib utk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yg sama.
7- Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah
* Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dgn pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar utk terus menghayati keindahan alam ini.
* Kehebatan inspirasi yg dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat utk para penjenayah utk cuba menggunakan method yg sama yakni menangguhkan sebanyak yg boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.
* Namun disebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.
* Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.
* Pun demikian tidak tahan dgn asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
* Bertiuplah angin-angin spoi yg mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yg dikatakan berlaku 'eksiden mengejut' yg cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.
* Walaupun logiknya patut wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang utk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi utk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.
8- Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011
* Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dgn pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yg ke-8.
* Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yg paling lemah berbanding 7 nyawa yg lain sebelum ini.
* Berita terbaru yg di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.
* Demo haram Bershit 2.0 yg sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.
* Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yg bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nywa yg ke-8, memang bahaya.
* Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.
* Berkemungkinan besar, tarikh 22 Ogos 2011 utk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dgn ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun ada pending & floating macam forex.
9- Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim
* Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.
- Utusan Malaysia


Saiful Bukhari mangsa Liwat

Gedebe: Ini pekara penting yang sewajarnya rakyat Malaysia ketahui bagaimana Anwar Ibrahim yang memang dikenali dengan watak RAJA DRAMA nya menipu rakyat Malaysia berulang ulang kali.

Tak dinafikan itulah kelebihan Dato Seri Anwar Ibrahim yang cukup pandai menipu dalam erti kata lain kalau Anwar pegang buah Epal dikatakan Oren pun pasti ada yang akan percaya dengan apa yang dikatakan beliau.

Dah bertahun tahun rakyat Malaysia malah dunia dimomokkan oleh Anwar Ibrahim dengan penipuan dan rekayasa palsu demi melancarkan dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dah macam tidak ada orang lain lagi yang layak menjadi PM selain Anwar agaknya.

9 Nyawa yang dijelaskan diatas bukan lah satu rekayasa dalam menfitnah Anwar Ibrahim sebaliknya itulah kebenaran yang seharusnya diperhalusi rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang Taksub terhadap Anwar Ibrahim.

Apakah pada 22 Ogos ini Anwar Ibrahim akan menangguhkan lagi Kes Liwat nya?