Pages

REMAJA ALAMI PENYAKIT KETUMBUHAN MISTERI PERLUKAN BANTUAN KEWANGAN

 
KUANTAN 30 Jan. – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah diibaratkan penderitaan yang ditanggung oleh seorang pemuda, Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, yang mengalami penyakit ketumbuhan misteri sejak enam bulan lalu.
Ketumbuhan misteri seberat kira-kira 20 kilogram itu mula dikesan pada Jun tahun lalu dan ia semakin membesar di bahagian bahu kirinya sehingga menyebabkan dia hanya mampu terlantar kesakitan.
Menurut ibunya, Safiah Lebai Yahya, 58, sebelum itu Mohd. Zulhafiz mengadu bahu kirinya sakit sehingga ke bahagian belakang.
"Saya ingatkan dia tersalah tidur, jadi saya urut menggunakan minyak panas namun lama kelamaan sakitnya itu semakin teruk.
"Saya kemudian membawanya mengurut di rumah seorang pengamal perubatan tradisional tetapi lama kelamaan bahunya menjadi bengkak dan semakin membesar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Katanya, dia kemudian membawa anak bongsunya itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapat rawatan lanjut.
"Doktor memberitahu dia mengalami penyakit barah tulang dan dirawat selama sebulan di HTAA sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.
Menurutnya, doktor di HKL telah menjalankan pelbagai rawatan termasuk kemoterapi namun semuanya tidak berkesan.
"Sepanjang tiga bulan menerima rawatan di sana, akhirnya doktor menasihatkan supaya Mohd. Zulhafiz dibawa pulang kerana penyakitnya itu tidak dapat disembuhkan," katanya.
Katanya, dia ada membawa anaknya itu mendapatkan rawatan tradisional selepas keluar daripada HKL namun didapati tidak berkesan.
Menurut Safiah, dia sudah kehabisan ikhtiar apatah lagi dengan kekangan kewangan kerana tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
"Saya harapkan ada pihak yang datang untuk membantu memulihkan penyakit Mohd. Zulhafiz kerana saya sudah kehabisan ikhtiar," katanya.

REMAJA LELONG DARA DI INTERNET UNTUK BAYAR YURAN PENGAJIAN

 
KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.
Lelongan dara pelajar berumur 19 tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi 'tawaran harga tertinggi' di laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti Waikato, 393 kilometer dari sini.
Di bawah tajuk Hubungan Untuk Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu, dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.
"Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya," tambahnya.
Pemilik laman web berkenaan, Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat. – AFP

Neelofa Minta Tidak Dibandingkan Dengan Ogy

 
 
PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa berharap penonton akan lebih bertimbang rasa dalam menilai kemampuannya menggalas watak Azura meneruau filem Azura 2012 berbanding lakonan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dalam filem tersebut terbitan 1984.
Neelofa berkata walaupun dia sudah menjangkakan perbandingan pasti akan berlaku, dia tetap berharap penonton akan bersikap adil kepadanya kerana watak itu adalah percubaan sulungnya dalam dunia lakonan.
"Perbandingan lakonan saya dan Ogy adalah sesuatu yang sudah dijangkakan dari awal lagi apabila saya menerima tawaran ini.
"Sebab itu saya sudah bersedia untuk dikritik dan dinilai oleh penonton yang sudah menonton kedua-dua versi filem ini," katanya ketika ditemui selepas pra-tonton filem itu di GSC One Utama, di sini, Isnin.
Ujar Neelofa, sebagai pendatang baru adalah tidak adil jika penonton menghukum atau memperlekehkan percubaannya menggalas watak itu tanpa memberikan peluang terlebih dahulu.
"Saya begitu sedar watak Azura sangat besar dan keramat kerana impak lakonan yang ditinggalkan oleh Ogy.
"Saya sudah berusaha untuk memberikan penghayatan terbaik tanpa asas dan pengalaman lakonan di dada.
"Tidak adil jika orang membandingkan lakonan saya dengan Ogy kerana beliau hebat dan berpengalaman berbanding pelakon baru seperti saya," katanya.
Neelofa berkata jika dilihat pada sudut positif, cabaran dan kesulitan menggalas watak itu sangat berguna dan baik untuk perkembangan kerjaya lakonannya.
"Selain menjadi profil yang bagus untuk saya, ilmu dan pengalaman dalam menjayakan watak ini sangat berguna bagi memantapkan mutu lakonan.
"Saya berharap ia akan jadi platform yang baik bagi perkembangan karier lakonan," katanya.
Selain Neelofa dan gandingannya Shahrizal Jaszle sebagai Zack, filem arahan Aziz M. Osman itu turut dibintangi Afdlin Shauki, Erma Fatima, Afida Es dan Nini Marlini.
Filem tersebut bukan filem versi baru (remake) tetapi hanya diadaptasi daripada konsep dan idea asal filem 1984 itu dengan olahan berbeza dan mengikut peredaran semasa.
Lakonan Neelofa dalam filem tersebut agak mengejutkan apabila beberapa pihak melihat pelakon itu gagal menghayati watak yang diberikan dengan baik.
Azura 2012 akan ditayangkan kepada umum bermula Khamis ini di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura

FAM Tubuh Pasukan Khas Tangani Rasuah Bola Sepak Negara

 
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang bebas bagi menangani gejala rasuah yang dikatakan kembali menular dalam kancah bola sepak tempatan.
Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata pasukan petugas berkenaan diletakkan di bawah Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan dan dipengerusikan oleh Tan Sri Aseh Che Mat.
"Kita akan menggunakan konsep 3E bermaksud Education (Pendidikan), Engagement (Perhubungan) dan Enforcement (Penguatkuasaan) untuk menangani masalah rasuah ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas FAM bagi menangani rasuah di pejabatnya, sini hari ini.
Mesyuarat khas berkenaan yang berlangsung hampir dua jam itu turut dihadir oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan dan Pengarah Bahagian Risikan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shamshun Baharin Mohd Jamil.
Skandal rasuah yang pernah melanda bola sepak negara pada tahun 1994 dan 1995 dikatakan kembali berulang berhubung dakwaan sembilan pemain skuad Liga Perdana Perlis disyaki terbabit dalam mengatur perlawanan baru-baru ini.
Tengku Abdullah berkata menerusi konsep pendidikan, badan induk bola sepak negara itu berharap dapat mendidik pemain dan pegawai persatuan mengenai kesan daripada amalan rasuah atau mengatur perlawanan.
"Menerusi konsep perhubungan pula, kita akan berbincang secara mendalam dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM tentang keseriusan kita untuk membanteras gejala rasuah," katanya.
Katanya, FAM tidak berkeupayaan untuk membanteras gejala rasuah secara bersendirian kera ianya adalah sebuah organisasi bola sepak.
Tengku Abdullah, yang juga Tengku Mahkota Pahang, berkata menerusi konsep penguatkuasaan, FAM akan berganding bahu dengan kedua-dua badan penguatkuasaan tersebut untuk membanteras gejala itu.
Katanya, FAM akan memperkenalkan peraturan baru dalam masa terdekat di mana kelulusan lesen pemain dan pegawai pasukan hanya diberikan kepada mereka yang bebas dari sebarang tindakan polis dan SPRM.
Baginda berkata FAM juga akan turut memantau pembayaran gaji bulanan oleh setiap persatuan negeri ataupun kelab kepada pemain dilakukan pada
masa yang tepat.
"Minggu pertama, kalau belum bayar, akan dikenakan kad kuning sebagai amaran dan kalau tak bayar bulan kedua, kita akan keluarkan surat amaran.
"Kalau (persatuan negeri atau kelab) masih tidak menjelaskan bayaran kepada pemain pada bulan ketiga, kita akan keluarkan kad merah iaitu pasukan tersebut mungkin digugurkan daripada liga berkenaan," katanya. – Bernama

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2012

 
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.

Institusi Pengajian

Permohonan pinjaman MARA ini hanya untuk pengajian di beberapa institusi dan kolej yang terdapat dalam senarai yang disediakan oleh pihak MARA. Senarai tersebut boleh dilihat di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru permohonan pinjaman MARA.
Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Permohonan Pinjaman

Permohonan pinjaman MARA ini boleh dibuat secaraonline atau dengan secara manual.

Secara Online

  • Permohonan boleh dibuat di EduLoan.
  • Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
  • Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
  • Borang permohoan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.
 

Secara Manual

  • Borang permohonan boleh didapati di EduLoan.
  • Borang boleh dimuat turun di bahagian eForm.
  • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.

Tarikh Tutup

Permohonan pinjaman MARA ini akan ditutup pada 15 Februari 2012.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pinjaman MARA ini boleh dikemukan kepada;
Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854
atau di mana-mana Pejabat MARA Negeri.

Lirik Lagu Sungai Lui – Aizat Amdan

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
 
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
 
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
 
Selama ini ( 7x )

Lirik Lagu Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
 
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
 
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
 
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
 
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
 
Ulang korus
 
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
 
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
 
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
 
Ulang korus 2x

Lirik Lagu Beribu Sesalan – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
 
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
 
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
 
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu

Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini

Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
 
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
 
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
 
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku

Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

Lirik Lagu Cinta Muka Buku – Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
 
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
 
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
 
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
 
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku
 
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
 
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
 
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
 
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
 
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Cara Daftar I-Akaun Dengan KWSP Untuk Semak Baki Akaun 1 Dan 2, Sejarah Pengeluaran KWSP Dan Update Alamat Secara Online

1. Pergi ke kios mana-mana kwsp, guna mesin kios tuh, cari daftar i -akaun.
2. Tetapkan no pengaktifan
3. Pegi http://www.kwsp.gov.my/ klik log in kali pertama
4. Ikut je arahan yang di berikan.
 
Sekejep je nak daftar i-akaun kwsp nih, dalam masa satu hari tu boleh siap la.

Cara Daftar I-Akaun Dengan KWSP Untuk Semak Baki Akaun 1 Dan 2, Sejarah Pengeluaran KWSP Dan Update Alamat Secara Online

1. Pergi ke kios mana-mana kwsp, guna mesin kios tuh, cari daftar i -akaun.
2. Tetapkan no pengaktifan
3. Pegi http://www.kwsp.gov.my/ klik log in kali pertama
4. Ikut je arahan yang di berikan.
 
Sekejep je nak daftar i-akaun kwsp nih, dalam masa satu hari tu boleh siap la.

Tarikh Keputusan SPM 2011 Akan Diumumkan Pertengahan Bulan 3 2012 ?

 
 
Sekarang ini ramai adik-adik yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia @ SPM sedang mencari tarikh keputusan keputusan SPM 2011 akan dikeluarkan.
Seperti kebiasaan,keputusan SPM 2011 akan dikeluarkan pada bulan 3 sama ada pertengahan bulan 3 atau akhir bulan 3.Ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar lepasan SPM 2011 untuk membuat persiapan untuk memasuki IPTA pada bulan jun nanti.

Bukti Dan Lambang Kerajaan Pas Berkebajikan!! Same parking Sajo sampai RM300? teruk Doh Pah kelate Nih. Cari Duit Nok Ngundi Ko?

 

Tudiaaa.. saman parking saja sampai RM300? Ini betui-betui nak perah duit rakyat ni.. memang dahsyat la kerajaan Pas Kelantan. Agaknya, cara ni la kot depa nak kumpul duit untuk pilihanraya Umum nanti?

Inilah lambang kebajikan sebuah negeri Pakatan Rakyat!! Bukan mereka beri kebajikan pada rakyat, tapi rakyat yang beri mereka kebajikan. Itulah maksud sebenar, kerajaan kebajikan Pakatan Rakyat.

SARA 1Malaysia - Apa Tu Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) Dan Cara Memohon

OVERVIEW
 
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) is a special Scheme initiated by the Government of Malaysia aimed at promoting the participation of the low-income group to save and invest; apart from to assist them in managing the impact of the rising current cost of living.
The Scheme will be implemented in collaboration with Permodalan Nasional Berhad (PNB) and selected financial institutions.
Through this Scheme, eligible Malaysians will have the opportunity to apply for a RM5,000 loan from participating financial institution to invest in Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I managed by Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, and will receive attractive incentive payments on their savings and investments.
*ASNB is a wholly-owned subsidiary of PNB responsible for managing the AS 1Malaysia unit trust fund.
 
SCHEME SPECIAL FEATURES
  • Monthly incentives are provided to the participants in the form of additional Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I units.
  • Participants need to pay only the minimum monthly payments for 5 years.
  • Incentive payments are provided every month for 5 years. Participants need to ensure that the minimum 100 units are reserved in the AS 1Malaysia book at any time.
LOAN FEATURES
  • The loan amount is RM5,000 per household.
  • The loan is for the purchase of 5,000 Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I units.
  • Participation will be opened for one year starting from 30 January 2012* or upon full subscription of the total allocation, whichever is earlier.
  • Participation will be disqualified in the event of:
    1. The participant misses three consecutive monthly payments;
    2. The participant provided false information during application;
    3. The participant is declared a bankrupt; or
    4. The participant dies.
SPECIAL FEATURES OF THE SCHEME
 
A total of RM500 million funding is offered to 100,000 households. Allocation is based on first-come-first-served basis. Application is opened for a duration of one year from the date the application is opened to the public or upon full subscription, whichever is earlier.
The distribution of funds is opened to all Malaysians based on the allocation of Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I, i.e. Bumiputera – 50%; Chinese – 30%; Indian – 15%; Others – 5%.
 
Through this Scheme, monthly incentives shall be paid to the participants in the form of additional AS 1Malaysia units.
Participants need to pay only minimum monthly payments for 5 years.
 
DOCUMENTS REQUIRED
Main Documents
  • Application form to participate in Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Loan Form from the participating financial institutions
  • Registration form of Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Additional Investment Form ASNB 21
  • Redemption Form ASNB 31
  • Investment Book Renewal Form BS3
  • Risk Disclosure Statement (RDS)
Supporting Documents
  • Original and 2 copies of Mykad of applicants
  • Original and 1 copy of Mykad of spouses (if applicable)
  • Certified Income document
    • For applicants and/or spouses, please provide original and copies of the latest three months' Pay Slips or Bank Statements.
    • For applicants who do not have Pay Slip or Bank Statement, the income declaration stated in BPPSARA1M Part C will be applicable.
    * BPPSARA1M MUST be signed before a WITNESS - either the Employer/Penghulu/Official at the Department of Orang Asli Development/Government Official in a Managerial Position /Member of State Legislative Assembly/ Member of Parliamen
ELIGIBILITY
  1. Malaysians aged between 18 and 58 years old
  2. Gross household income of between RM500 and RM3,000
  3. Applicants must not be declared bankrupt throughout the loan funding period
  4. Any other terms set by the banks
  5. Applicants and / or spouse must not be a participant or beneficiary of any ASNB-related Government programme:
    • Program Pembangunan Rakyat Termiskin;
    • ASB Sejahtera; and
    • ASW2020-Bandar
  6. Applicants and / or spouse do not have any investments in ASNB unit trust products OR applicants and/or spouse(s) (household) have a combined aggregate investment of less than RM10,000 in all ASNB products
  7. All-clear status for ASNB unit trust account
  8. Application is subject to the distribution of Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I as stipulated and availability:
    • Bumiputera - 50%;
    • Chinese - 30%;
    • Indian - 15%; and
    • Others - 5%
  9. Only one member of the household is eligible to obtain the loan funding
  10. Application is approved for a loan at one bank
DEFINITION OF HOUSEHOLD

Eligible household refers to individuals with gross household monthly income of between RM500 and RM3,000 including the following categories:
  • Married - a combination of gross income of the husband and wife; and
  • Single mothers or fathers - individual gross income.

GENERAL
 
1. What is "Skim SARA 1Malaysia"?
This is a special scheme introduced by the Government of Malaysia aimed at promoting the participation of the low income group to save and invest; apart from assisting them in managing the impact of the rising current cost of living.
The Scheme will be implemented in collaboration with Permodalan Nasional Berhad and selected financial institutions.
Through this Scheme, eligible Malaysians will have the opportunity to apply for a RM5,000 loan to invest in Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I managed by Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, and will receive attractive incentive payments on their savings and investments.
 
*ASNB is a wholly owned subsidiary of PNB responsible for managing AS 1Malaysia unit trust fund.
2. What are the special features of the Scheme?
Participants need to pay only minimum monthly payments for 5 years. Monthly incentives are provided to participants in the form of additional AS 1Malaysia units.
3. What is the total amount of loan available for the Scheme?
The total amount of loan available is RM500 million.
4. How many people are expected to benefit from the Scheme?
The Scheme aims to achieve a participation of 100,000 households with an allocation based on first-come-first-served basis.
5. Is there a limitation to the number of eligible participants per household?
Yes, only one household is eligible to obtain the loan funding. A household refers to individuals with gross household monthly income of between RM500 and RM3,000 including the following categories:
  1. i. Married - a combination of gross income of the husband and wife;
  2. ii. Single mothers or fathers - individual gross income.
 
6. When is the programme launched?
The programme is expected to be launched on 12 January 2012.
APPLICATION PROCEDURE
1. How do I apply for the Scheme?
Interested applicants must obtain forms from participating banks starting from January 30, 2012**. Completed forms together with the required documents are to be submitted to the banks for verification and consideration.
 
**Subject to change
2. Which are the participating banks?
There are four banks namely Maybank, CIMB, RHB and BSN.
3. How long is the application open?
Application will be opened for a duration of one year from the launch date or upon full subscription, whichever is earlier.
4. 4. What is the required documentation for application?
Applicants are required to provide original and certified true copies of the following:
a. Identity card of applicant – 2 copies
b. Identity card of spouses(s) (if applicable) – 1 copy
c. Proof of income:
  • - 1 copy of latest three months' Pay Slip
  • - 1 copy of latest three months' Bank Statement
 
5. How do I know if my application is successful?
Successful applicants will be informed by the banks.
 
PARTICIPATING BANKS
   
Malayan Banking Berhad
Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Malaysia
Call Centre Tel : 03-5891 4789
Website :
www.maybank2u.com.my
CIMB Bank Berhad
Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce
No. 11, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Call Centre : 1 300 880 900 or +603 22956100
Email :
callcentre@cimb.com
Website : www.cimbbank.com.my
   
RHB Bank Berhad
ASB & CPM Fee Operation
Level 2, Tower 2
RHB Centre
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Call Centre : 03-9206 8118
Email :
customer_service@rhbbank.com.my
Website : www.rhb.com.my
Bank Simpanan Nasional
Customer Service Division
Level 4, Block B
Wisma BSN,
117, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2142 5258
Fax : 03-2710 7252
Email :
servicemanager@bsn.com.my
Website : www.mybsn.com.my

BUKTI - MAIK Menjual Tanah Wakaf Khas Milik Madrasah Salihiah Pada 9 JUN 2011 Kepada Pemaju Bukan Islam.

Posted: 20 Jan 2012 08:51 AM PST
Posted: 20 Jan 2012 05:02 AM PST
Nampaknya kes Selamatkan Madrasah Salihiah ni menjadi semakin panass.. panass berapi. Kalau tak percaya, sila baca dengan teliti dan fahamkan apa yang cuba Mc sampaikan, di samping melihat kepada dokumen-dokumen yang Mc lampirkan bersama.




Anda tahu dokumen apa di atas? Tak tahu? Itu dokumen pengambilalihan tanah dari pemaju cina kapir harbi dari Penang tu. Itu tarikh penjualan Tanah Wakaf kepada pemaju. Tengok tarikh tu betul-betul.. 9 JUN 2011

Ini dokumen yang lengkap.. carian pada Tanah Wakaf..

Takpa rilek dulu.. maknanya.. tanah tu bertukar tangan pada  tarikh 9 JUN 2011.. Ingat tarikh tu betul-betul. MAIK menjualkan tanah wakaf khas milik madrasah Salihiah pada 9 JUN 2011.

Tengok dokumen kat bawah pulak!


warna kuning fatwa pertama, warna merah fatwa kedua


Haa.. ini adalah dokumen rasmi pindaan fatwa pertama dari Jabatan Mufti Kedah. Fatwa pertama Jabatan Mufti tidak membenarkan Tanah Wakaf diambil alih oleh pemaju untuk membangunkan kompleks membeli belah.

Namun selepas beberapa ketika, Jabatan Mufti mengeluarkan fatwa kedua dengan membenarkan Tanah Wakaf itu di jual. Fatwa kedua di buat pada tarikh 4 JULAI 2011. Apa tarikh fatwa kedua? yaa 4 JULAI 2011!!

Ini bermakna MAIK jual dulu tanah Wakaf Madrasah Salihiah kepada pemaju pada tarikh 9 JUN 2011. Kemudian Jabatan Mufti memberikan fatwa kedua untuk membenarkan penjualan pada tarikh 4 JULAI 2011.

Sedangkan fatwa pertama pada 21 Jun 2010 tidak benarkan tanah wakaf dijual.

Di sini anda nampak tak dimana penyelewengan dan salahgunakuasa berlaku?

Kerajaan Pas Kedah kata, MUFTI membenarkan tanah wakaf khas itu dijual berdasarkan fatwa, (juga berdasarkan kebijaksanaan dan lebih arif tentang Islam). Sedangkan hakikatnya tanah itu telah pun DIJUAL dahulu kepada pemaju, sebelum MUFTI Kedah mengeluarkan fatwa kedua untuk membenarkan tanah wakaf dijual.

Apakah ada individu tertentu cuba mempengaruhi Jabatan MUFTI? Sehingga Jabatan Mufit terpaksa mengeluarkan fatwa kedua untuk membenarkan tanah wakaf Madrasah Salihiah di jual?

Tanah yang tidak boleh dijual, diHALALkan oleh pihak tertentu dengan mengunakan kuasa AGAMA bagi menghalalkan yang HARAM!!

Sebelum terlupa, siapa agaknya exco yang pegang portfolio Hal Ehwal Agama Kedah? hmm..


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menfailkan saman RM100 Juta ke atas dua Pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Ampang YB. Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

 



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menfailkan saman RM100 Juta ke atas dua Pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Ampang YB. Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.



Saman tersebut dikeluarkan berikutan tindakan kedua-dua individu tersebut yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah ke atas dirinya mengenai Syarikat milik suami Shahrizat iaitu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

Shahrizat yang diwakili Peguam beliau Safie Abdullah mendakwa, saman tersebut merupakan saman yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu sendiri berdasarkan serangan bertubi-tubi sehingga mengaibkan beliau.

Maklumat Lanjut
Sila Layari DISINI

Rahsia Strategi Meniru Utk Pelajar

 

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rahsia strategi meniru untuk semua pelajar. Memang tidak salah dan ini banyak membantu pelajar mencapai kejayaan didalam peperiksaan. Strategi meniru ini boleh anda aplikasikan dimana saja hatta didalam dewanpeperiksaan.

Untuk menguasai strategi meniru ini anda perlu memahami beberapa prinsip agar minda anda memahami apa yang perlu ditiru. Strategi meniru ini bukanlah seperti meniru semasa menghadapi ujian atau peperiksaan seperti membawa nota-nota kecil atau yang sering diistilahkan sebagai 'toyol". Meniru begitu adalah menjadi satu kesalahan.

Prinsip pertama yang pelajar perlu memahami untuk menguasai Strategi Meniru ialah

- " Apa yang orang lain boleh lakukan, saya juga boleh lakukan sebegitu rupa".

Apa yang orang lain boleh capai saya juga boleh capai. Maksudnya disini anda dan sesiapa sahaja adalah serupa dan masing-masing menpunyai peluang yang sama rata untuk mencapai kejayaan.

Untuk masing-masing mencapai kejayaan adalah bergantung kepada STRATEGI yang digunakan. Tanpa strategi anda tidak mampu mencapai kejayaan.

Ramai pelajar yang masih keliru dengan Istilah STRATEGI meskipun didalam pelajaran saban hari guru-guru juga telah menerangkannya. Mungkin anda terlepas pandang.

Bila dikaitkan dengan STRATEGI ramai pelajar yang beranggapan strategi mestilah hebat dan kreatif seperti didalam filem Mission Impossible atau filem aksi yang lain. Setiap strategi memerlukan bantuan alatan canggih seperti didalam filem James Bond. Ramai yang beranggapan begitu dan bila diaplikasikan didalam pelajaran pula alatan seperti komputer atau note book yang mempunyai berbagai jenis tool atau softwear yang canggih yang akan memberi berbagai maklumat dan peringatan seumpama pembantu yang akan mengarahkan dan menyiapkan segala keperluan atau merencanakan startegi untuk kita.Jika begitu anggapan anda, biarkan saja komputer anda menjawab peperiksaan. Dibawah adalah rahsia pelajar cemerlang sebagai renungan untuk semua pelajar.

Sedikit renungan dari pelajar cemerlang 2008 Nik Nur Madihah
Seperti yang tersiar didalam UTUSAN MALAYSIA
Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.


Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.


Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.
Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.
Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.
Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.
Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).


Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?
Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

Lihat setiap pelajar cemerlang mempunyai strategi masing-masing. Tanpa bantuan alatan canggih namun masih tetap menjadi seorang yang cemerlang.

Tiru startegi pelajar cemerlang ini. 

1. Mempunyai matlamat dan keazaman yang kuat
"...timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A".

2. Strategi yang digunakan
"Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal".
"Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan".

3. Meniru dari mereka yang telah berjaya
"...saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat".

Aplikasikanlah Strategi Meniru untuk kejayaan anda. Lihat dan kajilah strategi pelajar cemerlang didalam kelas atau sekolah anda gunakan. Lihat bagaimana mereka belajar seperti mengambil nota. Bagaimana mereka memberi tumpuan pada pelajaran. Bagaimana mereka menjawab soalan-soalan peperiksaan. Bagaimana mereka mengurus masa. Semua ini mampu anda tiru dan tidak menjadi satu kesalahan. Duplicatelah perkara-perkara yang baik dan diredhai yang anda sendiri mampu lakukan serta memahaminya dan bukannya copy and paste bulat-bulat seumpama pak turut.
Jumpa lagi :)

Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee

 
Personaliti TV3, Ally Iskandar akan melangsungkan pernikahannya dengan penulis blog, Farah Lee sebentar lagi di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu. Ini ialah gambar Farah sebentar tadi di Masjid Kristal. Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Close-up gambar Farah. Kredit gambar Twitter @milimilo
Kemaskini 9.33 AM – Suasana dalam Masjid Kristal menjelang pernikahan. Kredit gambar: Twitter @ellarif
gambar nikah ally iskandar farah lee
gambar nikah ally iskandar farah lee
gambar nikah ally iskandar farah lee
gambar nikah ally iskandar farah lee
gambar nikah ally iskandar farah lee
 

9 PEMAIN BOLA SEPAK PERLIS JUAL PERLAWANAN TERIMA RM900000???

 
KANGAR: Sembilan daripada 11 pemain bola sepak Perlis yang beraksi pada perlawanan pertama menentang Majlis Perbandaran Muar, 9 Januari lalu, dikatakan mengadakan pertemuan dengan seorang ejen bookie yang juga bekas pemain bola sepak tempatan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan perkara itu berkata, dalam pertemuan itu pemain terbabit termasuk awang import baru pasukan Perlis musim ini turut ditawarkan RM100,000 setiap seorang sebagai imbuhan menjual perlawanan.
"Semua pemain itu membabitkan pemain baru dan lama mengadakan pertemuan dengan ejen berkenaan di Alor Setar, Kedah, pada malam sehari sebelum perlawanan pertama menentang MP Muar," katanya pada sidang media di pejabat Yayasan Pok Kassim, di sini, semalam.
Menurutnya, maklumat itu diperoleh hasil mesyuarat PFA bersama pemain dan pihak pengurusan selepas kekalahan mengejutkan 2-7 Perlis kepada MP Muar.
"Kita mendapat pelbagai maklumat selepas mesyuarat, antaranya pemain termasuk pemain import ditawarkan RM100,000 bagi menjual perlawanan berkenaan, namun mereka menolak tawaran itu.
"Justeru itu, kami tidak menolak kemungkinan semua sembilan pemain yang bertemu dengan ejen bookie itu ada berbincang sesuatu yang mencurigakan," katanya.

Dr Rani ditolak oleh DYMM Sultan Selangor utk gantikan tempat Hasan Ali.



Sultan Selangor Tolak Dr Rani ganti @drhasanali ? Apa kata @anwaribrahim ?

Hot news dari Selangor - Dr Rani ditolak oleh DYMM Sultan Selangor utk gantikan tempat Hasan Ali.

Angin yg kuat berkencang, ada seorang lagi Dr yang jadi perhatian PAS Selangor dan pihak istana berkenan.

YB Dr Yunus ADUN Sijangkang.

Info : BBM Group

Keputusan ini perlu diterima (jika info ini benar)

Sultan tentu ada sebab menolaknya..

Daulat Tuanku !!!

SELANGOR MALANG !! ADUN-ADUN DAP KATA BAJET TAK DE NAK REPAIR JALAN ?

Rencana 'Insufficient funds for road upgrades' dalam lidah kerajaan negeri –Selangor Times (Nov 4-6, 2011) – melaporkan bahawa lebihan wang ("leftover money") daripada peruntukan tahunan Majlis Perbandaran Subang Jaya bagi penyelenggaraan naiktaraf jalanraya akan digunakan untuk membuat tarring dua batang jalan di kawasan USJ9.
Adun Subang Jaya Hannah Yeoh dipetik Selangor Times sebagai berkata kemusykilan (tak cukup bajet, kononnya) timbul kerana tuntutan yang kian mendesak dari penduduk setempat untuk jalanraya diperbaiki, iaitu kerja menimbus potholes, dsb.

Hannah mendakwa RM5 juta yang diserahkan kepada zon-zon MPSJ itu untuk perbelanjaan kerja-kerja jalanraya (roadworks)tahun 2011 tidak mencukupi.
"The other roads will be identified and resurfaced next year when the new budget is in," she said.
Sebenarnya belanjawan untuk Selangor secara keseluruhannya adalah amat besar kerana ia merupakan negeri terkaya Malaysia.
Belanjawan Selangor tahun 2012 ialah RM1,600,000,000.00

Daripada jumlah tersebut, RM323,085,383.00 diperuntukkan untuk gaji. (Rujuk butir-butir dalam ucapan pembentangan belanjawan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim baru-baru ini.)
Selain itu, sejumlah RM300 juta disalurkan untuk kempen terbaru yang diberi nama 'SelangorKu'. Antara yang menjangka akan mendapat habuan ialah Hannah


Nak tahu wang SelangorKu ditaburkan untuk benda-benda apa?
Salah satu daripada projek ialah mencetak dan mengedar kalendar 'Selangorku Kekal Hijau', kalau masih ingat.
Adakah Elizabeth Wong dibayar modelling feeuntuk mempromosikan kehijauan Selangor (?) namun Pulau Pinang yang "paling hijau dan paling bersih", didakwa ketua menteri negeri utara itu.
Setahunya kita, para politikus dari kedua-dua pihak BN dan Pakatan masing-masing memang pandai memanfaatkan faedah pelbagai bayaran yuran dan upah.
Mat Sabu yang cedera semasa perhimpunan Bersih 2.0 juga boleh bil rawatan perubatannya ditanggung Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang yang dipengerusikan Lim Guan Eng.
Elizabeth memperolehi pendapatan RM17,722.08 sebulan daripada gaji dan elaun-elaunnya sebagai ahli DUN dan jemaah exco negeri (Sumber: Pengisytiharan aset Adun Bukit Lanjan itu pada tahun 2009 terkandung di sini).
Elaun seorang Adun Selangor yang sebelum ini RM4,112 sebulan dinaikkankepada RM6,000 Januari lepas.
Pada bulan Januari 2011 itu juga, menteri besar Khalid Ibrahim telah memberikan peruntukan RM1 juta setiap orang kepada Adun-Adun Pakatan.


Hannah tetap merungut peruntukan tidak cukup?
Akan tetapi kelihatan Adun Subang Jaya tersebut mampu menggaji pembantu-pembantu peribadi yang ramai — Rajiv Rishyakaran (yang begitu rajin mengomenonline mempertahankan bosnya), Shu En, Timothy Ho dan Reuban David serta dia mempunyai setiausaha politik (Edward Ling) lagi.
Inikan 'Dream Team' seorang Adun sahaja dan belum pun kakitangan-kakitangan seorang ahli Parlimen. (Dream Teamialah nama jpeg diberikan oleh laman sesawang Hannah untuk gambar pejabat DAP Subang Jaya di atas).
Nampaknya apa yang Khalid Ibrahim bagi Adun-Adun kesayangannya cukup memadai. Akan tetapi adakah Khalid memberi juga yang sewajarnya kepada Adun-Adun BN?


Betul dan tepatkah slogan 'Selangorku'?
Ataupun layanan baik bagi Adun dan anak watan hanya kepada mereka yang mewakili dan mengundi Pakatan? Yang pro-BN jangan haraplah.

BOCOR !! BUKU PANDUAN PERANG CYBER MILIK PAKATAN TAIK D SEBARKAN ?!!

 

 

 

HIASE UNTUK AZHAR DERUS KEH KEH


Ramai pengguna internet yang membuka akaun facebook, buat laman web, blogspot, wordpress berorientasikan politik. Mereka menulis apa yang mereka mahu tulis. Ada yang memang penulis professional tetapi tidak ramai. Kebanyakannya adalah amatur. Tetapi peranan mereka besar. Semangat mahu jatuhkan Umno BN pun berkobar-kobar tetapi apa yang berlaku ialah kebanyakannya biasa mengikut arus dalam membawa isu. Mereka bersifat reaktif dalam mengutarakan isu, jadi responsif terhadap isu yang dimainkan media arus perdana(a.k.a. media umno BN). Justeru, perlu suatu garis panduan untuk kita bergerak ke arah memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti insyAllah!!!.

Di bawah ini sedikit panduan yang terlintas secara lalu di minda saya untuk dikongsi bersama. Saudara saudari boleh beri cadangan untuk menambah apa yang perlu untuk kebaikan bersama.
1.MENERANG: Sebarkan segala bahan penerangan Pakatan Rakyat kepada pengguna internet terutamanya dari sumber yang rasmi. Antara bahan penerangan yang wajib disebarkan ialah seperti berikut:


1.1. Dasar Parti-parti Pakatan Rakyat dan Dasar bersama Pakatan Rakyat.

1.2.Aktiviti dan Program Parti-parti Pakatan Rakyat di semua peringkat

1.3.Penerangan isu-isu tempatan dan nasional. Ini perlu bagi menjawab tuduhan-tuduhan UMNO BN terhadap parti dan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.


2.MENYERANG: Serang UMNO BN dengan pelbagai cara dan sudut.Antara elemen yang perlu diserang:


2.1.Pembongkaran isu-isu rasuah, penyelewengan dan kezaliman di semua peringkat.

2.2.Pendedahan dasar-dasar kerajaan yang menzalimi dan tidak menguntungkan rakyat.

2.3.'Highlight'kan PEMBOHONGAN2 pemimpin UMNOBN secara berterusan.


3.PERKARA YG WAJIB DIELAKKAN:


3.1.Memberi fokus kepada perbezaan ideologi antara parti-parti Pakatan Rakyat

3.2.Memperbesarkan isu-isu masalah dalaman parti-parti Pakatan Rakyat.

3.3.Menghentam dan memperkecil pimpinan pati-parti Pakatan Rakyat.


4.CARA ATASI 'DIVERSION OF ISSUES' OLEH BLOGGER/UNIT MEDIA BARU UMNO:


4.1.Jangan layan atau jawab isu yang dibangkitkan. Ini kerana masing-masing parti dalam Pakatan Rakyat ada Bahagian Penerangannya. Kita boleh guna jawapan 'standard' yang akan dikeluarkan parti untuk elakkan percanggahan.

4.2.Padamkan dari 'wall' atau 'chatbox' anda. 

4.3.Kembali kepada isu-isu asal seperti NFC dan sebagainya. 


JABATAN MEDIA BARU 

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU


SEKIAN. TERIMA KASIH. 

SELAMAT BERJUANG!!!

WALLAHU A'LAM.


Sebarkan!!!
 
Ahaks, ada panduan rupanya geng2 blogger pembangkang nih