Pages

Pilu! Ibu Meninggal Dunia Dalam Keadaan Memeluk Anaknya Di Syria

Sedihnya melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini.
Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada' yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.
Gambar kanan pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.
Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.
 

Rancang cuti dengan Google

 
SEMPENA cuti sekolah yang masih berbaki, pasti anda merancang bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan tetapi tidak pasti destinasi yang hendak dituju.

Jika sudah mempunyai destinasi yang ingin dijejaki, anda tentu hilang panduan dalam pelbagai perkara. Antaranya tempat menarik yang ingin dilawati, restoran hebat atau petunjuk jalan akibat tidak pernah menjejakkan kaki di lokasi terbabit.
Usah khuatir - semua jawapan ada di hujung jari. Dengan berpaling kepada pelayar internet anda, ia akan menjadi pemandu pelancong terbaik pernah anda temui dan secara percuma!

Inilah perkhidmatan diberi pelayar sistem maklumat Google yang memberi pengalaman baru dalam mengakses aplikasi web. Tidak hanya laman web yang mengandungi maklumat boleh diakses, malah aplikasi web Google mengambil arahan daripada pengguna untuk menawarkan pengalaman pelayaran peribadi termasuk ketika merancang perjalanan.

Pelayar Chrome Google akan berfungsi dengan aplikasi ini untuk mewujudkan web terpantas - suatu pengalaman paling intuitif di web. Pelancong boleh mencari beberapa aplikasi web yang unik untuk membantu semua pelan daripada tempahan penerbangan, hotel hinggalah belajar bagaimana hendak berkhemah dalam hutan dengan selamat.

Apabila anda menggunakan Chrome untuk mengakses Peta Google, anda boleh meneroka dunia dengan pantas. Hanya dengan 'klik', ia akan menyerlahkan alamat dan info perjalanan sama ada anda sedang berjalan, memandu atau mengambil pengangkutan awam.

Kekangan bahasa kini bukan lagi penghalang kerana ia secara automatik menterjemah laman web ke dalam bahasa anda. Sama juga keadaannya ketika anda berada di negara asing, melalui aplikasi ini anda boleh menterjemah bahasa tidak difahami dalam laman web bahasa asing kepada bahasa pilihan.
Store Web Chrome adalah pasaran di mana anda boleh menyemak imbas, menemui dan membeli aplikasi dan lanjutan terbaik di web.

Pengumpulan perjalanan dalam Store Web Chrome menghimpunkan berpuluh aplikasi dan alat yang direka untuk menjadikan perancangan perjalanan anda mudah dan menyeronokkan. Berikut adalah hanya beberapa contoh aplikasi yang memudahkan perjalanan anda:
pix_gal0

TouristEye Planner
Permudahkan perancangan perjalanan dengan membina jadual perjalanan menggunakan daya seret yang mudah dan antara muka. Simpan dalam telefon pintar anda untuk akses yang mudah jika tiada sambungan internet.

Hipmunk
Kunci kepada aplikasi yang memudahkan anda mencari penerbangan dari aspek harga, jadual perjalanan dan tempoh penerbangan.

Wanderfly
Rancang perjalanan yang sepadan dengan bajet dan minat anda. Mencari sesuatu yang lasak dan bersifat pengembaraan, romantik atau mewah? Hanya klik butang dan cari apa yang sesuai dengan keperluan anda.

Dayzipping
Mahukan percutian yang cepat? Dayzipping membantu anda mencari perjalanan sehari di 15 buah negara berbeza.

CardFed
Aplikasi ini membantu menghantar gambar anda umpama poskad di mana-mana lokasi di dunia. Anda tidak perlu risau jika terlepas peluang membeli poskad sebagai kenangan ketika bercuti.

wikiHow Survival Kit
Bersedia untuk apa-apa situasi dengan aplikasi web ini. Diserang binatang buas, tersesat di huan atau mengalami masalah ketika bercuti - semuanya ada penyelesaian!

Amazebuy Hotels
Pilih tawaran pakej penginapan menarik hotel di seluruh dunia.

Weather Window
Ambil sedikit masa untuk melihat secara maya cuaca bandar yang dirancang dilawati. Sehubungan itu, anda boleh bersedia dengan pakaian yang sesuai seperti seorang pakar.

Flight Status
Sentiasa bersedia untuk penerbangan anda. Ini aplikasi mudah membolehkan anda menaip kod penerbangan dan memeriksa statusnya.

Rokok pertama di dunia

 

"Old Joe" merupakan brand rokok yang pertama kali muncul didunia dan pertama kali muncul pada perusahaan rokok RJ Reynolds (Richard Joshua Reynolds) pada tahun 1913.


Camel - Salah satu brand rokok, yang diakui dunia  dan telah menjadi standard kualiti antarabangsa. Kronologi industri tembakau Amerika dan sampai hari ini dibagi kepada dua waktu utama iaitu sebelum "Camel" dan setelah "Camel". Pencipta Camel adalah RJ Reynolds Tobacco Company (RJR), Richard Joshua Reynolds turun dalam sejarah tidak hanya sebagai seorang pengusaha yang berjaya, tetapi juga sebagai pemasar berbakat.

Inilah 3 Wanita Penting di Sejarah Teknologi

 

Ada Lovelace-Grace Hopper-Jean Bartik


Jean Bartik

Bernama panjang Betty Jean Jennings, perempuan yang sering dipanggil Jean Bartik ini adalah salah satu dari ramaiperempuan yang bekerja di ENIAC.

Setelah lulus dari jurusan matematik di Northwest Missouri State Teachers College, ia 'dibeli' oleh University of Pennsylvania untuk bekerja pada Army Ordnance di Aberdeen Proving Ground pada 1945.

Di sana ia bertemu Kay McNulty, dan menjadi salah satu programer pertama ENIAC. Program yang dihasilkannya pertama kali pada waktu itu digunakan untuk menghitung lintasan balistik.

Bartik terus bekerja di ENIAC saat program buatannya itu telah menjadi salah satu program komputer paling penting yang dipasarkan.

Ia juga ikut mengerjakan BINAC dan UNIVAC I, komputer generasi pertama.Ia kemudian menjadi editor untuk Penerbit Auerback, lalu pindah lagi untuk bekerja pada Data Decisions yang didanai oleh Ziff-Davis Publishing).

Namanya diabadikan sebagai nama museum di Northwest Missouri State University.

Grace Hopper

Laksamana Hopper bukanlah programer perempuan pertama, tetapi ia adalah perempuan pertama yang lulus dari Yale dengan gelar Ph.D di bidang matematik. Ia juga merupakan perempuan pertama yang mencapai pangkat Admiral di Angkatan Laut AS.

Selain menciptakan compiler komputer pertama pada 1952, Laksamana Hopper mengembangkan COBOL (Common Business-Oriented Language). Ia pula yang pertama kali mempopularkan istilah bug dan debugging yang istilah itu sebenarnya tersebut saat ia berusaha mengusir seekor penyegat dari komputer yang ia gunakan untuk bekerja.

Ia juga berperanan penting dalam penciptaan bahasa pemrograman FLOW-MATICuntuk komputer UNIVAC I dan II.

Ada Lovelace

Augusta Ada King, atau Countess of Lovelace adalah anak dari penyair Lord Byron dan Anne Isabella Milbanke. Ia adalah seorang ahli matematik yang dikenal dengan julukan "puteri jajaran genjang". Ia mengajar matematik dan ilmu pengetahuan kerana tidak mahu menjadi penyair seperti orangtuanya.
Ia mantap berkecimpung di dunia teknologi pada 1843 saat ia menerjemahkan karya pemrograman komputer Luigi Menabrea di mesin analisis Charles Babbage.

Ketika ini, catatan terjemahannya itu diyakini sebagai algoritma pertama yang berfungsi untuk dapat diproses mesin. Hal itulah yang membuat Ada Lovelace dianggap sebagai seorang programer komputer pertama.
Namanya juga digunakan sebagai nama bahasa pemrograman yang dihasilkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada 1980.Nama Lovelace terkenal di kalangan anak-anak perempuan pecinta teknologi.
 
 

Ikan ni tak berenang tapi berjalan

Inilah Ikan yang yang unik dan aneh, dia tidak berenang seperti ikan-ikan lain, ikan yang memiliki dua tangan dan berjalan seperti makhluk didaratan, ikan aneh  sebesar 4inch atau sama dengan 10cm.




Samsung Bayar Saman Apple USD 1 Billion Guna Syiling 5 Sen Sebanyak 30 Trak!

Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California.
Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.
Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.
Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.
Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan "Geeks dengan gaya" dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
 
 
Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.
Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

Penumpang ‘terbang’

SLIM RIVER: "Kerusi tercabut dan saya tercampak ke bahagian depan bas. Dalam kesakitan, saya terpandang pemandu sudah tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduknya yang remuk."
Demikian kata R Kumutha, 23, seorang daripada 12 penumpang bas yang cedera, empat daripada mereka parah dalam kemalangan meragut nyawa pemandu bas berkenaan di Kilometer 362.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Plaza Tol Slim River, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Pemandu bas ekspres yang terbunuh itu dikenali sebagai Hussain Jaafar, 29 dan ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Butterworth, Pulau Pinang.
Kemalangan berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang sebuah treler dengan muatan besi seberat 30 tan itu sebelum menyeret treler itu sejauh lebih 100 meter.

Kumutha yang juga penuntut Sarjana Sumber Manusia, Universiti Selangor (Unisel) berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tidak jauh dari pemandu bas itu.

"Saya tidak ingat apa yang berlaku dan hanya tersedar apabila saya tercampak. Saya tidak dapat bergerak dan berasa sangat sakit.
"Ketika itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ramai orang menjerit kesakitan serta meminta tolong," katanya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, orang awam dan penumpang bas kemudian membantu memapahnya keluar dari bas berkenaan sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Slim River di sini.
Kumutha yang ditemui di Hospital Slim River (HSR) semalam berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan dan imbasan X-Ray memberitahu tulang pinggangnya patah dan dia perlu menjalani pembedahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu Hussain gagal mengelak treler yang bergerak perlahan di depan.

Menurutnya, impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan kebanyakan kerusi penumpang di bahagian hadapan bas tercabut dan penumpangnya tercampak "Pemandu bas ekspres itu maut di tempat kejadian. Kedua-dua kakinya hancur akibat tersepit.

"Mayat pemandu bas dan empat penumpang yang parah serta lapan yang cedera ringan dihantar ke HSR," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Othman berkata, ada penumpang mendakwa bas itu dipandu keadaan terhoyong-hayang sebelum nahas dan kemungkinan pemandu bas berkenaan mengantuk.

Menurutnya, pemandu kedua bas ekspres itu dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati bas ekspres itu melekat di belakang treler

PRISM saman Sheila Majid

SHAH ALAM: Selepas memberi peluang kepada Datuk Sheila Majid selama seminggu, Badan Pengutip Royalti, Hak Pelaku Dan Persembahan Artis (PRISM) semalam mengambil keputusan menyaman ratu jazz negara itu sebanyak RM6 juta selepas gagal mengemukakan permohonan maaf.
Ahli Lembaga Pengarah yang juga Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian selepas tiada permohonan maaf daripada Sheila selepas tempoh seminggu dari 24 hingga 31 Julai lalu tamat.

Beliau berkata, imej dan reputasi PRISM tercemar dan sehingga semalam, pihaknya tidak dibenarkan membuat kutipan disebabkan dakwaan Sheila, sedangkan bayaran royalti perlu dijelaskan kepada ahli yang masih ada bagi tahun hadapan.
Isu ini timbul selepas penyanyi itu dalam kenyataan akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Julai lalu mendakwa hanya dibayar royalti sekali iaitu RM5,000 pada tahun lalu, itu pun selepas dia meninggalkan persatuan dan menubuhkan badan pemungut royalti baru, Recording Performance Malaysia (RPM).

M Daud berkata, pihaknya tidak mahu berkompromi lagi kerana banyak kesan diterima pihaknya daripada kenyataan Sheila.

"Kesan dakwaan Sheila menyebabkan keahlian PRISM merudum daripada 1,306 ahli kepada hanya 600 orang dalam tempoh sebulan selepas kenyataan berkenaan," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam jam 5 petang, semalam.
Beliau berkata, pihaknya juga akan memanjangkan perkara itu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana isu itu juga membuatkan pembayar royalti tidak lagi percaya kepada persatuan.

M Daud berkata, surat saman akan dikirimkan kepada Sheila dalam masa terdekat, selain akan berbincang memecat keahlian penyanyi itu.
Sementara itu, Sheila gagal dihubungi dan suaminya, Acis memberitahu, kedua-dua mereka kini di Jakarta, Indonesia

Dua pemain Penyu dihukum bawa perempuan balik hotel

DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.
Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.
 
"Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.
"Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.
"Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.
 
"Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan," katanya.
Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.
Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.
Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.
 
"Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.
"Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan," katanya.
Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.
"Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.
"Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini," katanya

2,600 pelajar asing dilema, lesen London Metropolitan University batal

 
LONDON - Sekitar 2,600 penuntut London Metropolitan University berhadapan dengan risiko dihantar balik ke negara masing-masing ekoran tindakan pihak berkuasa Britain membatalkan lesen mengajar dan mengambil penuntut dari negara-negara luar Kesatuan Eropah (EU), termasuk dari Malaysia.
Bagaimanapun tidak pasti jumlah pelajar Malaysia yang terlibat dan berhadapan dengan kesan tindakan tersebut.
UK Border Agency (UKBA) memberitahu bahawa kehadiran pelajar di London Metropolitan University tidak dipantau dan kebanyakan tiada hak untuk berada di pusat pengajian tinggi berkenaan, lapos BBC.
 
Sehubungan itu, universiti berkenaan tidak akan dibenar mendapatkan visa bagi pelajarnya.
Pengurusan pusat pengajian tinggi mahu mencabar tindakan UKBA.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pelajar (NUS)  Liam Burns berkata: "Keputusan berat ini tidak masuk munasabah bagi pelajar, tidak munasabah buat institusi dan tidak masuk akal bagi negara."
 
Data Majlis Bagi Pelajar Antarabangsa UK menunjukkan antara negara bukan EU yang menghantar pelajar masing-masing ke  negara Eropah itu ialah China, India, Nigeria, Amerika Syarikat, Malaysia, Hong Kong, Arab Saudi, Pakistan, Thailand dan Kanada.
Menteri Imigresen, Damian Green berkata, universiti itu telah "kehilangan status diamanahkan" memandangkan satu kajian menunjukkan satu per empat penuntut luar negara tidak ada kebenaran untuk berada di UK.
 
"Kebanyakan penuntut tiada penguasaan standard bahasa Inggeris yang baik," kata Green.
Selain itu katanya, tiada bukti menunjukkan separuh daripada mereka hadir kuliah.
"Pelanggaran itu adalah sesuatu yang serius," kata beliau lagi.
 
Pelajar-pelajar itu mempunyai tempoh 60 hari untuk mencari penaja baru dan jika tidak akan dihantar pulang.
Green berkata, universiti itu telah dilarang mengambil pelajar sejak bulan lalu.
Laporan portal Times Higher Education memetik Menteri Universiti dan Sains UK, David Willetts berkata, sebuah pasukan petugas khas, yang diketuai oleh Majlis Pembiayaan Pendidikan Tinggi bagi England dan UUK - untuk membant penyeliaan pelajar-pelajar yang terejas dengan keputusan ini, yang pertama kali diambil.
"Adalah penting pelajar-pelajar tulen dibantu," katanya lagi.
Keputusan untuk membatalkan lesen universiti itu diputuskan ekoran laporan audit oleh UKBA

Kelebihan solat lima waktu terutama Subuh

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan - perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka." (Riwayat Muslim)

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.
Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: "Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari." (Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).
Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafaqun Alaih)

Sumber: Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

RUMUSAN MUZAKARAH AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA KALI KE-8,TAHUN 2012

 


RUMUSAN MUZAKARAH AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH INSTITUSI
KEWANGAN DI MALAYSIA KALI KE-8,TAHUN 2012
"Memartabatkan Muamalah Islam
Demi Kesejahteraan Ummah"
8 Rejab 1433H/ 29 Mei 2012 | Dewan B1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
 1. Emas merupakan logam yang berharga dan mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Kepentingan dan keistimewaannya juga telah termaktub di dalam al-Quran. Justeru, masyarakat perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan syariah terhadap simpanan, penggunaan serta aktiviti jual beli yang berkaitan dengannya.
2. Muzakarah memperakukan Parameter Pelaburan Emas yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13 hingga 15 Oktober 2011 perlu dipatuhi oleh para pelabur dan peniaga muslim dalam aktiviti pelaburan dan jual beli emas. Namun begitu, masih terdapat isu-isu yang memerlukan kepada kajian lanjut.
3. Muzakarah mencadangkan agar :
a) Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pelaburan emas perlu merujuk kepada pihak berwajib dalam urusan kepatuhan syariah dan undang-undang berkaitan konsep serta modus operandi sesuatu produk dan teknik pelaburan di pasaran. Oleh yang demikian, muzakarah turut mencadangkan supaya penasihat syariah dilantik dalam sesebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan emas yang mengklasifikasikan sebagai patuh syariah;
b) Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya mematuhi syariah dan undang-undang terhadap aktiviti pelaburan emas yang telah mengklasifikasikan sebagai mematuhi syariah. Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang diharamkan oleh syara' dan juga undang-undang. Dalam hal ini, satu garis panduan urusniaga dan pelaburan emas perlu diwujudkan untuk memberi panduan kepada pelabur dan orang awam;
c) Kerajaan, iaitu Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa agama negeri bertindak tegas terhadap aktiviti pelaburan emas yang mengklasifikasikan sebagai mematuhi syariah tetapi tidak mematuhi syariah dan undang-undang. Penguatkuasaan ini boleh mengelakkan berlakunya penindasan dan penyelewengan dalam aktiviti pelaburan emas.
 Untuk makluman, rumusan muzakarah ini boleh dirujuk dalam portal Jakim melalui alamat www.islam.gov.my
Wallahu a'lam.

Reaksi Samsung Setelah Kalah Kepada Apple Di Mahkamah

Selepas setahun perbicaraan di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.
 
Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.
Berikut reaksi Samsung selepas keputusan mahkamah tersebut:
 Today's verdict should not be viewed
as a win for Apple, but as a loss for the American consumer. It will
lead to fewer choices, less innovation, and potentially higher prices.
It is unfortunate that patent law can be manipulated to give one company
a monopoly over rectangles with rounded corners, or technology that is
being improved every day by Samsung and other companies. Consumers have
the right to choices, and they know what they are buying when they
purchase Samsung products. This is not the final word in this case or in
battles being waged in courts and tribunals around the world, some of
which have already rejected many of Apple's claims. Samsung will
continue to innovate and offer choices for the consumer.
Apple pula mengeluarkan kenyataan mereka sendiri, beberapa jam selepas kenyataan Samsung dikeluarkan:
We are grateful to the jury for their service and
for investing the time to listen to our story and we were thrilled to be
able to finally tell it. The mountain of evidence presented during the
trail showed that Samsung's copying went far deeper than even we knew.
The lawsuits between Apple and Samsung were about much more than patents
or money. They were about values. At Apple, we value originality and
innovation and pour our lives into making the best products on earth. We
make these products to delight our customers, not for our competitors
to flagrantly copy. We applaud the court for finding Samsung's behavior
willful and for sending a loud and clear message that stealing isn't
right.
Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.
Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila firma Apple Inc. memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh Samsung pada April 2011.
Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya, Samsung.
Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan inovasinya. Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.
Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung mengalami 'kebuntuan reka bentuk' selepas pelancaran iPhone pada tahun 2007.
Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan ciri-ciri serupa.
Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy.
Peguam-peguam Samsung bagaimanapun berkata, beberapa inovasi seperti skrin besar pada siri telefon Galaxy yang sebelum ini terdapat pada iPhone, diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna telefon pintar.
Panel juri berkenaan yang dianggotai oleh tujuh lelaki dan dua wanita mula bersidang Rabu lepas.
Samsung setakat ini telah menjual 22.7 juta buah telefon pintar dan tablet yang didakwa Apple meniru teknologinya.
McElhinny seterusnya berkata, jualan gajet-gajet berkenaan mencecah AS$8.16 bilion (RM25.55 bilion) sejak Jun 2010.
Sehingga kini, Apple dan Samsung menguasai lebih separuh jualan telefon pintar di dunia. Namun, Samsung muncul sebagai pesaing terbesar Apple dan mengatasi firma AS berkenaan sebagai pengeluar terbesar telefon pintar di
peringkat global.
Model telefon pintar Galaxy dijana perisian Android yang diberikan percuma oleh Google Inc. kepada Samsung dan beberapa pengeluar telefon pintar lain.
Dalam samannya, Apple turut menuntut Samsung menarik kedua-dua jenama telefon dan komputer tabletnya daripada pasaran AS. Saman serupa telah dikemukakan di beberapa negara lain termasuk Australia, Britain dan Jerman.
Pasaran telefon pintar dan komputer tablet global masa kini dianggarkan bernilai AS$219 bilion (RM685.79 bilion).

Penangan PSY, Sindrom “Gangnam Style” Kutip Lebih RM31 Juta!

Dunia hiburan ketika ini dilanda fenomena PSY . Atau lebih tepat,  sekarang ni ramai yang dah diserang sindrom "oppa gangnam style". Termasuklah dua rakan sekerja kami, Faizul dan Ida, sambil ketuk stori, sambil-sambil tu diorang praktis menari. Ida siap dah hafal lirik, bersungguh betul dia. Heh. (Ida jangan marah. Happy besday!:p)
Impresif, gara-gara koreografi single tersebut, PSY bukan saja dah 'merasuk' Faizul, Ida dan terbaru Shaik, bahkan sepertimana yang ramai tahu, menerusi Gangnam Style, PSY telah berjaya meraih lebih 50 juta penonton di YouTube (dalam masa 3 hari). Sekaligus lagu itu menduduki tangga no.2 (dibelakang  Carly Rae Jepsen's menerusi lagu Call Me Maybe) dalam carta muzik YouTube. Serta mendapat liputan pelbagai media dunia seperti CNN dan The Huffington Post.
 
Lihat Video:
Dan tenyata, populariti yang dikecapi empunya nama penuh Park Jae-Sang ni, di seluruh dunia menerusi single hitsnya tu menjadikan rapper sensasi kelahiran Korea Selatan ni berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini.
Tolak darab campur bahagi, pendapatan yang diraih single Gangnam Style melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satunya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan sekarang ni PSY mempunyai 10 kontrak. Pehhh!
Manakala konsert Summer Stand beliau yang berlangsung pada 11 Ogos lalu berjaya membawa masuk lebih 3 juta USD ke dalam poket PSY. Itu baru satu konsert. Kaya… kaya… kaya!
Sementara penjualan lagu dan album terbaru PSY yang memuatkan single Gangnam Style berjaya mengutip hampir US$800,000 dan selebihnya datang dari aktiviti seni berkaitan.
Perkembangan lain, dalam pada khabaranya ramai yang iri hari dengan kejayaan PSY, ramai juga yang nak bekerjasama dengan dengan penyanyi berusia 34 ni.
Difahamkan pengurus kepada penyanyi remaja sensasi Justin Bieber, Scooter Braun telah berjumpa dengan PSY dan kemungkinan besar mereka akan berkerjasama menghasilkan 'sesuatu' dalam masa terdekat ini. Berduet dengan Justin Bieber kah? Tunggu…
Beberapa hari lalu, T-Pain juga telah menunjukkan minatnya mahu berkolaborasi dengan PSY. Rapper popular Amerika ni meluahkan keiinginan tersebut di laman Twitternya.

Permohonan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada kadar, terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas. Fasa pertama KADS1M akan diedarkan kepada pihak IPT pada pertengahan bulan September 2012.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

    En. Abdul Majid bin Abdul Rahim - 03 8882 5889 / 019 802 1668 / abdulmajid@kpdnkk.gov.my
    En. Ahmad Nasrullah bin Abdul Halim - 03 8882 5972 / 019 986 9775 / nasrullah@kpdnkk.gov.my
Atau

HUBUNGI KAMI

Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia

Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kads1m@kpdnkk.gov.my

Bayi perempuan parah diserang kucing jiran ketika tidur

 
LONDON: Seorang ibu dikejutkan jeritan bayi perempuannya awal pagi semalam dan mendapati dia cedera diserang kucing jiran di dalam katilnya.
Menurut Samantha Gittus, ketika dia bergegas memeriksa anaknya, kucing berkenaan masih menyerang muka anaknya, Georgie, 17 bulan.

Samantha, 23, kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital dan doktor terpaksa mengenakan 17 jahitan untuk mencantumkan semula luka berkenaan.
Luka itu dipercayai akan menjadi parut kekal di kening Georgie. Insiden itu adalah yang terbaru membabitkan serangan kucing ke atas manusia. Ia mencetuskan desakan awam supaya ada undang-undang digubal bagi mengawal kucing berbahaya - sama seperti dilakukan ke atas anjing. Kata Samantha, pengalaman itu amat menakutkan.

"Hingga kini kucing itu masih berkeliaran di halaman kami dan tiada apa dapat dilakukan," katanya. Ekoran kejadian itu, Samantha - seorang pelayan sambilan - bercadang berpindah ke rumah lain berhampiran Salisbury.
KESAN luka di kening Georgie.

Katanya, kucing itu masuk melalui tingkap terbuka. "Kejadian berlaku pada tengah malam dan ketika saya tiba di bilik Georgie, dia berlumuran darah," katanya.
Samantha juga bersyukur kerana luka itu tidak menyebabkan mata anaknya terjejas. - TS

Janda angau godaan Dr Clinton

 MELAKA: Cair dengan pujukan 'Dr Michael Clinton' kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kerugian RM233,000.
Mangsa berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial, awal Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, untuk meyakinkan mangsa suspek memberitahu dia akan mengirimkan wang AS$380,000 (RM1,186,38) kepada mangsa untuk disimpan bagi membuka klinik yang dirancang.
RAMPAS...Soh menunjukkan foto  lucah yang digunakan suspek untuk menggoda mangsa.

Menurutnya, selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak, namun untuk mendapatkannya mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai kerajaan.

Telefon je untuk tukar MyKad 03-88808066

PUTRAJAYA: Orang ramai yang ingin menggantikan MyKad terutama yang mengalami kerosakan kini boleh berbuat demikian menerusi panggilan telefon MyPhone-In iaitu satu alternatif terbaru diperkenalkan Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) bagi memudah dan menjimatkan waktu urusan.
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor berkata, melalui inovasi terbaru berkenaan, orang ramai tidak perlu hadir dua kali ke pejabat JPN untuk mendapatkan gantian MyKad.

"Ia masih dalam percubaan, tetapi bagi yang ingin membuat permohonan melalui perkhidmatan ini, mereka dikehendaki mendail talian 03-88808066. Kemudian pihak JPN akan membuat semakan rekod, sebelum memproses secara atas talian atau sebaliknya.
"Apabila MyKad sudah siap, pemohon diminta hadir ke Ibu Pejabat JPN untuk dipadankan cap jari dan selepas itu MyKad sudah boleh diambil. Ketika ini pusat kutipan dibenarkan bagi MyPhone-In di JPN Putrajaya, tetapi kita tidak membenarkan wakil atau pihak ketiga mengambil MyKad berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Jainisah berkata, perkhidmatan MyPhone-In yang dikhaskan bagi gantian MyKad biasa termasuk membabitkan cip beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat. Bagaimanapun, katanya, berkata, urusan gantian MyKad melalui perkhidmatan itu tidak dibenarkan untuk beberapa kategori iaitu bukan warganegara, pemegang kad pengenalan lama (KPP/KPT) dan gantian MyKad hilang.

Katanya, urusan gantian MyKad bawah Peraturan 18 (Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) yang mengkehendaki setiap individu berusia 18 tahun mendaftar semula kad pengenalan sebelum umur 25 tahun juga tidak dibenarkan.
"Selain itu, permohonan gantian MyPhone-In tidak membenarkan pemohon untuk melakukan sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar. "Bagi urusan berkaitan perubahan maklumat itu, mereka perlu berurusan di mana-mana kaunter JPN, sekiranya ingin menukar maklumat dalam kad pengenalan," katanya.

Nama kedai cetus kemarahan

AHMEDABAD, India - Sebuah kedai pakaian lelaki di India diminta menukar namanya selepas nama Hitler yang digunakan membangkitkan kemarahan masyarakat setempat.
Akhbar MailOnline melaporkan pemilik kedai berkenaan, Rajesh Shah mendakwa dia tidak menyedari nama kedainya, Hitler telah mencetuskan kontroversi.
Rajesh berkata, nama tersebut diperoleh daripada gelaran yang diberikan kepada rakan kongsi perniagaan datuknya.
Gedung pakaian itu yang terletak di Ahmedabad, dalam wilayah Gujerat, mencetuskan kemarahan penduduk setempat dan komuniti orang Yahudi di bandar berkenaan.
"Secara jujurnya, apabila saya memohon untuk menggunakan nama Hitler, saya hanya mengetahui bahawa dia seorang lelaki yang tegas," kata Rajesh.
"Cuma baru-baru ini saya tahu cerita tentang Hitler apabila saya melayari internet," tambahnya.
Menurut lelaki itu, dia sanggup menukar nama kedainya yang dibuka sejak dua minggu lalu jika dia dan rakan perniagaannya diberikan sejumlah pampasan ekoran mereka telah kehabisan wang.
Adolf Hitler merupakan diktator Jerman yang banyak melakukan pembunuhan dan jenayah perang semasa Perang Dunia Kedua termasuk dikaitkan dengan penghapusan bangsa Yahudi. - Agensi

NASA siarkan lagu pertama dari planet Marikh

LOS ANGELES - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin menghantar lagu pertama untuk disiarkan dari planet Marikh sebagai sebahagian daripada usaha memberi inspirasi kepada golongan muda supaya berminat terhadap sains.
Lagu bertajuk Reach for the Stars nyanyian Will.i.am daripada kumpulan terkenal Black Eyed Peas itu dihantar semula oleh robot Curiosity yang kini sedang mendarat di planet merah tersebut sejak awal bulan lalu ke Makmal Propulsi Jet milik NASA di Pasadena, California.
"Rasanya seperti bermimpi," kata Will.i.am ketika menerangkan bagaimana pentadbir NASA, Charles Bolden menghubunginya untuk menyatakan cadangan menyiarkan lagu dari planet Marikh ke Bumi.
Lagu yang mengandungi lirik I know that Mars might be far, but baby it ain't really that far itu menggunakan 40 buah orkestra termasuklah hon Perancis dan bukan sekadar bunyi yang dijana secara elektronik.
"Saya mahu menunjukkan kerjasama antara manusia, ada orkestra, lagu yang tidak lapuk dek zaman dan boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai budaya. Bukannya irama hip hop atau dance," kata Will.i.am di hadapan sekumpulan pelajar. - AFP

Buku Tentang Bagaimana Osama Ditembak

WASHINGTON - Seorang bekas anggota Seal, sayap tentera laut Amerika Syarikat (AS), menghasilkan buku berkenaan dengan peristiwa Osama bin Laden ditembak mati dalam satu operasi khas di Pakistan awal Mei 2011 - memberi butiran berbeza dengan kenyataan-kenyataan pegawai tertinggi negara itu sebelum ini.

Menurut buku itu, berjudul 'No Easy Day', Osama ditembak di kepala ketika menjenguk dari biliknya di tingkat dua sebuah rumah besar di Pakistan.

Malah buku itu juga menyebut Osama, yang diburu oleh AS sejak 2001 susulan peristiwa 11 September, tidak bersenjata ketika ditembak.

Buku itu akan berada di pasaran pada 4 September ini.

Pengakuan penulis ini berbeza berbanding apa yang dikatakan oleh pegawai-pegawai AS selepas operasi bahawa Osama ditembak ketika berdiri di pintu bilik dengan senjata.

Penulis buku itu menggunakan nama samaran "Mark Owen". Dia merupakan bekas anggota Seal yang terlibat dalam operasi tersebut.

Jabatan Pertahanan AS sedang meneliti kandungan buku itu sama ada penulisnya telah melanggar terma dan syarat perkhidmatan Seal dalam menghasilkan tulisan tersebut.

Buku-buku sedemikian perlu dikemukakan untuk tujuan penelitian prapenerbitan.

Kata penulis itu, Osama ditembak ketika bekas ketua rangkaian Al-Qaeda menjenguk keluar, sekali gus mencetuskan semula kontroversi lama.

Malah buku ini keluar ketika tinggal tiga bulan sebelum pemilihan jawatan Presiden AS di mana Barack Obama mahu mempertahankan jawatannya.

Selepas operasi itu, penasihat antikeganasan White House, John Brennan berkata, Osama berdepan dengan anggota Seal menyebabkan dia terpaksa ditembak.

Timbul persoalan sebelum ini mengapa Osama tidak ditangkap, bukannya ditembak mati.

Bagaimanapun White House membetulkan kenyataan pada hari berikutnya ketika itu dengan berkata, semasa ditembak Osama memang tidak bersenjata.

Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan, Tommy Vietor enggan mengulas mengenai buku itu.

Enam zoo berhenti operasi dan ditutup

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia ingin memaklumkan bahawa sebanyak 6 zoo telah berhenti operasi dan telah ditutup. Enam zoo terbabit adalah seperti berikut :
1) Lye Huat Garden, Kedah

2) Taman Burung Kuala Krai, Kelantan

3) Countryview Recreation, Pahang

4) PD Mini Zoo, Negeri Sembilan

5) Taman Kuang, Ajil, Terengganu

6) Mines Wonderland, Selangor

Tindakan ini diambil berikutan ketidakpatuhan zoo-zoo tersebut terhadap penilaian pematuhan Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012 yang telah dijalankan terhadap 45 buah premis yang menempatkan hidupan liar di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Daripada jumlah tersebut, 15 buah premis adalah di bawah pengurusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan, manakala 30 buah premis selebihnya adalah milik persendirian, swasta dan persatuan.

Justeru, berdasarkan saringan awal pematuhan yang telah dibuat, sejumlah enam (6) premis zoo telah berhenti operasi dan ditutup.

Kesemua spesies hidupan liar di premis berkenaan telah dan akan diambil untuk dilepaskan semula ke dalam habitat semulajadi selepas proses rehabilitasi (bagi spesies tempatan) atau diserah kepada zoo tempatan yang diberi permit.
Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012 yang telah dilaksanakan menetapkan beberapa kriteria penting dalam memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan hidupan liar dalam kurungan adalah terjamin.
Antaranya yang utama ialah keperluan untuk menyediakan kurungan yang bersesuaian untuk setiap spesies hidupan liar mengikut saiz yang ditetapkan; menyediakan khidmat veterinar; mengadakan kawasan kuarantin; memberikan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan nutrien yang baik dan diberi dalam kuantiti yang mencukupi serta penjagaan kesihatan setiap spesies hidupan liar yang disimpan.
Proses saringan terhadap premis zoo lain masih terus dilaksanakan dengan komprehensif dan berkala.
Pihak pengusaha zoo perlu mengambil perhatian serius akan keperluan pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012.

Walaupun keperluan pematuhan ini akan melibatkan kos yang tinggi, namun, kebajikan hidupan liar yang dipelihara dalam kurungan perlu diutamakan.

Tindakan penguatkuasaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, pihak Jabatan PERHILITAN juga sedang dalam proses pengukuhan perjawatan yang diperlukan dalam usaha mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang yang akan dijalankan. Ini akan membolehkan tindakan yang menyeluruh diambil.

Sebagai langkah susulan, Jabatan PERHILITAN dan Malaysian Association of Zoological Parks and Aquaria (MAZPA) akan membantu ahli-ahli zoo dalam memberikan latihan pengendalian zoo untuk meningkatkan pengetahuan pengurusan kebajikan dan husbandry hidupan liar dalam kurungan.

Berdasarkan keputusan penilaian pematuhan Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo )2012 dan dengan persetujuan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, telah diputuskan bahawa Jabatan PERHILITAN telah meluluskan permit pengendalian zoo kepada Zoo Negara, dan Zoo Taiping & Night Safari.
Jabatan komited untuk terus memantau dan menguatkuasakan peraturan pengendalian zoo melalui penguatkuasaan undang-undang dari semasa ke semasa.

Di samping itu, Program Teman Zoo Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan diteruskan bersama MAZPA dari semasa ke semasa.

Ini bertujuan untuk membimbing pengusaha zoo dalam pematuhan peraturan pengendalian zoo dan pencapaian amalan pengurusan zoo terbaik.
SUMBER : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN)
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Tel  : 03-90866800
Faks : 03-90752873

- Bernama

Berapa Harga Samsung Galaxy Beam ?

Pertama kali nampak iklan Samsung Galaxy Beam di kaca televisyen , agak -agak berapa harga galaxy beam ni ye ? , oooo mak aih !!! canggih sungguh , terpaku , tergoda .. terkujat dek kerana Samsung Galaxy Beam ada projector mini di dalamnya , boleh di jadikan lampu juga .. Zaman semakin canggih. Dua atau tiga bulan lagi entah applikasi apa yang akan di sumbatkan ke dalam " Telefon tangan " kita. Semuanya dalam gemgaman , canggih dan maju.
samsung galaxy beam Berapa Harga Samsung Galaxy Beam ? diari ibu
Teringin nak dapatkan telefon jenama samsung sebiji , waaaa.. tetapi ye lah kehendak tak perlu di penuhi sangat kan. Saya cuba cari maklumat harga samsung galaxy beam ni di internet , semua kurang tepat lagi , tetapi di antara RM1161 ke RM1499. Ada juga yang menganggarkan dari RM 1,600 ke RM1,800 .. Boleh tahan harganya.
Tetapi jika di lihat dari fungsi projector mini nya , haruslah target jualan tertumpu kepada orang yang bekerja .. orang yang selalu membuat perbentangan , ianya menjadi mudah sebab tak perlu usung projector lagi. Suami saya sendiri pun sesuai ni , kerana dia selalu kena ambil gambar tapak projek dan buat pembentangan sikit-sikit. Blogger sesuai tak ? ah .. tapi peduli apa ? kalau dah suka tu .. ahaks…
galaxy beam 02 400x322 Berapa Harga Samsung Galaxy Beam ? diari ibu
Kelebihan yang terdapat di dalam galaxy bean ni sama je dengan telefon pintar yang lain , cuma projector mini dan fungsi torch light aje yang lain.. Sebenarnya saya tengok iklan tu dengan penuh kusyuk sampai tak terkata , dah habis iklan saya cuma mampu geleng kepala , kerana bayangkan teknologi yang semakin canggih dan tak terkejar ni. Dulu duk gila samsung galaxy s11 , pastu iPhone4s , dah la ni samsung galaxy beam pulak..
UPDATE : HARGA RASMI DARI SAMSUNG MALAYSIA – RM1599

Keputusan Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung di beberapa venue malam ini:
KUMPULAN A:
Johor (0) - Lions XII (0)
Selangor PKNS (1) - Johor FC (1)

KUMPULAN B:

Angkatan Tentera (1) - Kelantan (1)
Kedah (2) - Terengganu (1)


KUMPULAN C:

N.Sembilan (0) - Perak (0)
Felda United (2) - Sime Darby (3)


KUMPULAN D:

T-Team (0) - Selangor (1)
Pahang (6) - Sarawak (0)


Sumber Bernama

Produk Baru: Galaxy Note saiz besar

 
SAMSUNG sepatutnya sudah berbangga dengan pencapaian telefon Note bersaiz lebih lima inci, namun syarikat terbabit terus memperkenalkan versi tablet pula yang dilancarkan, baru-baru ini menjadikan saiz peranti itu digandakan kepada 10.1 inci.
Boleh dikatakan, ia tablet berasaskan sistem operasi Android Samsung yang pertama dilengkapi pen digital dan boleh menjalankan dua aplikasi sebelah menyebelah di skrin yang boleh dibahagikan kepada separuh.
Skrin yang boleh dipisahkan terbabit mampu direalisasikan dengan pemprosesan Quad Core dan RAM 2GB membolehkan pengguna mengambil nota ketika menonton video atau melayari Internet.

Produk terbabit mula dijual di Amerika Syarikat untuk versi WiFi dengan kapasiti setoran kira-kira 16GB.

Ia dijual pada harga anggaran RM1,599 untuk model 16GB manakala satu lagi versi 32GB dijual pada harga kira-kira RM1,715.



>Spesifikasi
pix_middle
PRODUK: Samsung Galaxy Note 10.1
HARGA: anggaran RM1599 hingga RM1715
SETORAN: 16GB atau 32GB
RANGKAIAN: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900, HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
SAIZ: 10.1 inci, resolusi 800 x 1280 piksel
RAM: 2GB
INTERNET: Class 12 (4+1/3+2/2+3/1+4 slots), 32 - 48 kbps, Class 12, HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct, dual-band, Wi-Fi hotspot
KAMERA: 5MP
OS: Android 4.0 (ICS)
SET CIP: Exynos 4412
CPU: Quad-core 1.4 GHz
DIMENSI: 262 x 180 x 8.9 mm
BERAT: 600g

Penggali kubur maut tertimbus dalam lubang

TEMERLOH: Seorang penggali kubur maut selepas kubur yang sedang digalinya tiba-tiba runtuh dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak, dekat sini, jam 10 pagi semalam.
Ketika kejadian, mangsa, Mohd Zailan Hitam @ Hamid, 46, sedang menyiapkan liang lahad sambil diperhatikan bapanya yang berusia 60-an serta seorang rakan, Mohd Nasir Musa, 40.

Mohd Zailan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala lehernya patah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood ketika mengesahkan insiden itu berkata, Mohd Zailan sedang menyiapkan kubur seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia malam kelmarin akibat sakit tua.

"Mohd Zailan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan lehernya patah. Insiden itu berlaku ketika mangsa sedang berusaha menyiapkan bahagian liang lahad.

"Secara tiba-tiba, tebing kubur runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa. Mangsa tertimbus lebih setengah meter. Hanya kaki kanan mangsa saja dilihat terjulur keluar.
"Bapa, rakan serta beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan menjalankan kerja awal untuk membantu menyelamatkan mangsa dengan mengorek tanah menggunakan tangan dan berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, semalam.
Zundin berkata, polis menolak kemungkinan unsur jenayah dan menyifatkan sebagai kemalangan biasa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya semalam.

Sementara itu, sepupu mangsa, Zainal Abidin Mohamad Ali, 48, berkata kejadian itu berlaku kira-kira lima minit selepas dia pulang ke rumah Minah memaklumkan perkembangan kubur yang sedang digali.

"Tiba-tiba, saya menerima panggilan rakan memberitahu kubur yang digali itu runtuh dan menimbus arwah. Saya bergegas kembali ke tanah perkuburan dan sebaik tiba, saya lihat tangan dan kaki kanannya terjulur keluar. Kami mengorek tanah dengan tangan kerana bimbang dia cedera jika menggunakan cangkul.

"Ketika itu juga saya terdengar bunyi rengusan yang agak kuat dari arwah. Saya yakin arwah sedang berada dalam keadaan yang sangat sakit serta menderita. Hampir menitis juga air mata saya. Beberapa minit kemudian, kami berjaya mengeluarkannya dan ketika itu dia sudah nyawa-nyawa ikan. Dia meninggal sebelum ambulans tiba," katanya.

Jenazah Mohd Zailan dikebumikan di tanah perkuburan sama.

ROBOCON juarai Anugerah Reka Bentuk

JOHOR BAHRU - Pasukan ROBOCON Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Reka Bentuk Terbaik pada Pertandingan Asia-Pacific Robot Contest 2012 yang berlangsung di Hong Kong, China pada 19 Ogos lalu.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, Dr. Yeong Che Fai berkata, gaya persembahan pasukannya yang selari dengan tema pertandingan iaitu Peng On Dai Gat, In Pursuit of Pursuit of Peace and Prosperity terbukti berjaya menambat hati panel antarabangsa.
 
"Cabaran pada pertandingan tahun ini ialah kolaborasi antara robot manual dan automatik. Pasukan yang berjaya mengumpul semua bun dalam masa terpantas diisytiharkan sebagai pemenang.
"Ketika sesi latihan, pasukan UTM berjaya mengutip semua mata dalam masa 39 saat dan antara yang terpantas berbanding pasukan lain," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam

Bajet 2013 lebih komprehensif

BUTTERWORTH – Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada 28 September ini bakal memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi cabaran dalam tempoh jangka pendek dan panjang, pengagihan kekayaan negara secara adil dan mengekalkan dasar fiskal sedia ada.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, tumpuan terhadap dua aspek itu penting memandangkan ia merupakan asas bagi polisi ekonomi yang telah diamalkan sejak dahulu.
 
Katanya, langkah kerajaan menolak polisi ekonomi Barat sepertimana yang diamalkan pada awal kemerdekaan dengan corak acuan sendiri kini telah terbukti berkesan.
"Kita telah mengubah dasar Barat itu kepada tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi sekali gus mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat secara adil dan ia terbukti membantu membangunkan negara dalam tempoh singkat.
 
"Sehubungan itu, dasar tersebut akan terus menjadi teras utama dalam pembentangan Bajet 2013 yang akan dibentangkan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar di sini semalam.
Turut hadir adalah Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan dan Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusoff.

1.5 juta pelajar mula terima KDS1M

PETALING JAYA - Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) secara berperingkat-peringkat bermula semalam.
Kad diskaun yang diwujudkan sebagai usaha untuk membantu meringankan beban sara hidup pelajar sepanjang pengajian itersebut boleh digunakan di 1,200 cawangan kedai dan pasar raya terpilih bermula 1 September depan.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa pertama pemberian kad tersebut yang dikeluarkan dengan kerjasama Bank Rakyat membabitkan para pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sepenuh masa.
Sehingga kini, katanya, kad yang memberi diskaun atas pembelian barangan dan perkhidmatan itu sudah mempunyai sebanyak 179 buah syarikat yang menjadi rakan dagang meliputi sektor seperti peruncitan, kelengkapan sukan, penginapan dan syarikat penerbangan.
"Kerajaan menjangkakan lebih banyak syarikat korporat akan menjadi rakan dagang menjelang hujung tahun ini dan pelajar bebas menggunakan kad tersebut sehingga tamat tempoh pengajian.
 
"Ini merupakan cadangan yang diutarakan oleh majlis perwakilan pelajar dan ia jelas menunjukkan kerajaan komited untuk membantu golongan ini dengan mendengar suara mereka," katanya.

Pelawak terkenal Imuda kerugian RM7,000 rumah dipecah masuk

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.
   
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
   
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.
   
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
   
Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
   
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
   
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
   
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
   
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. - Bernama

Takdir Pak Mat Bulan

MARANG: "Siapa Pak Mat Bulan?" tanya seorang lelaki sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah Mat Keya Jusof, 54, sebaik mangsa yang sedang bermain dam aji di kedai makan miliknya menjawab pertanyaan berkenaan dalam kejadian di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, Mat Keya yang dikenali sebagai Pak Mat Bulan di kalangan penduduk kampungnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu kira-kira 15 minit kemudian selepas terkena dua das tembakan dilepaskan seorang daripada tiga suspek yang menaiki Perodua Viva.

 
Selepas melepaskan tembakan dari dalam kereta itu, suspek dipercayai bersenjatakan sepucuk pistol bersama dua rakannya memecut kenderaan berkenaan ke arah bandar Marang.

Ketika kejadian, isteri mangsa, Sepiah Mamat, 53, sedang membuat kuih di ruang dapur manakala Mat Keya yang juga bapa kepada lima anak bermain dam aji bersama seorang rakannya berusia 51 tahun di sebuah meja di ruang hadapan kedai makan itu.

Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu 'diharamkan'

SAN FRANCISCO: Apple Inc hari ini menyerahkan senarai lapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati 'meniru' model iPhone dan iPad keluaran Apple.
Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.

Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'. - AP

Mat Sentol pendam rasa

JOHOR BAHRU: "Bapa saya bukannya hidup senang, tetapi dia tidak pernah menerima perhatian mahupun sumbangan termasuk elaun ihsan daripada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
"Dia tidak menyalahkan sesiapa dan beranggapan mungkin disebabkan terlepas pandang, namun sebagai ahli keluarga, kami berasa dia layak menerima bantuan sebagai simbol penghargaan memandangkan dia pernah mengangkat martabat filem Melayu zaman dulu," kata anak bongsu pelawak Mat Sentol, Roswan Abdul Rasip, 32, di sini, semalam.

Pelajar kolej swasta itu berkata, dia agak tersinggung dengan industri hiburan tanah air yang seakan-akan melupakan kewujudan bapanya apatah lagi menzahirkan penghargaan kepada seniman berusia 79 tahun itu yang banyak berjasa dalam dunia perfileman Melayu.
Menurutnya, bapanya memendam kesedihan kerana merasakan dirinya seperti tidak dihargai dunia seni.

"Kami terkilan kerana dia (Mat Sentol) tidak dihargai. Dia sudah lama berkorban untuk industri seni negara.

"Dia memiliki sifat ketulenan, tidak meniru sesiapa dan sentiasa mempunyai ilham menghasilkan karya baru, tetapi orang tidak sedar semua itu. "Dia tidak pernah inginkan pangkat atau pengiktirafan, tapi sekurang-kurangnya penghargaan daripada industri," katanya ketika ditemui bersama Mat Sentol dan ibunya, Jamilah Karsi, 65, di rumah mereka di Larkin, di sini.
Kekurangan tawaran berlakon menyebabkan hero filem Mat Bond dan Mat Raja Kapur itu kerap dilihat menghabiskan masanya di Plaza Larkin kebelakangan ini.

Filem lakonannya yang lain termasuk Mat Tenggek dan Mat Spy popular pada akhir 1960-an selain pernah menghasilkan iklan televisyen dan radio seperti Jojo, Tora-tora, Apollo dan Ding Dang.
Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya yang mempunyai empat anak mengaku berbesar hati jika Karyawan menawarkan elaun kepadanya.

Menurutnya, pada masa ini, dia meneruskan kehidupan dengan bantuan anak-anak, namun sekiranya diberikan bantuan, ia secara tidak langsung meringankan bebannya.

Sementara itu, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan masalah dialami Mat Sentol sebelum ini dan melahirkan kesediaan untuk turun ke Johor berjumpa dan membantu beliau.

Terpedaya helah loteri RM1.2j

GEORGETOWN: Terpengaruh dengan tipu helah seorang lelaki kononnya dia memenangi loteri RM1.2 juta, seorang suami tergamak mengkhianati isterinya dengan mencuri pelbagai jenis deposit tetap serta barang kemas bernilai hampir RM900,000 bagi membayar wang pengurusan, derma serta membeli beras dan kertas azimat sebelum boleh menerima hadiah loteri berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, seorang wanita dari Balik Pulau berusia 60-an membuat laporan polis pada 19 Ogos lalu, mengenai kehilangan lapan keping dokumen deposit tetap CIMB Bank dan Maybank bernilai RM800,000 serta barang kemasnya bernilai RM100,000.
 
Menurutnya, siasatan kemudian mendapati suami mangsa yang berusia 60-an, disyaki mengambil dokumen serta barang kemas berkenaan tanpa pengetahuan isterinya.

Katanya, polis menahan suami wanita itu dan selepas disoal siasat, dia mengaku mengambil semua barangan berkenaan.

Alahan makanan atau mangsa ilmu hitam?

KUALA TERENGGANU: Alahan makanan atau mangsa ilmu hitam?
Itu persoalan yang bermain di fikiran peminat bola sepak Terengganu selepas penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee diserang penyakit gatal seluruh badan secara tiba-tiba ketika beraksi dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu.

Sharbinee yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Selayang selepas pitam seketika di padang pada separuh masa kedua dikatakan mengalami alahan makanan atau ubat walaupun penjaga gol berusia 25 tahun terbabit mengaku yang dia tidak alah langsung kepada sebarang makanan termasuk udang yang dimakannya sebelum perlawanan.
Dia yang dihubungi semalam mengakui masih samar dengan apa yang berlaku tetapi tidak mahu berfikir terlalu jauh termasuk kemungkinan menjadi mangsa ilmu hitam.

"Saya juga tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya ketika diserang kegatalan amat sangat walaupun diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa itu cuma reaksi alahan daripada makanan atau ubatan yang saya ambil.

"Saya tidak mahu memikirkan soal sama ada saya dikhianati dengan ilmu hitam kerana ketika ini saya sudah hampir pulih sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan Piala Malaysia menentang Kedah esok (hari ini)," katanya.
Jurulatih Terengganu, Peter Butler berkata, dia belum membuat keputusan sama ada menurunkan Sharbinee dalam kesebelasan utama di Alor Setar, esok.

"Saya juga hairan dengan kejadian menimpa Sharbinee kerana sepanjang pembabitan saya sebagai pemain dan jurulatih di dalam dan luar negara, belum pernah saya melihat seorang pemain terpaksa dikeluarkan daripada permainan kerana mengalami masalah alahan makanan," katanya.
Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh pula berkata, apa yang penting Sharbinee dapat dirawat segera dan kini hampir pulih sepenuhnya.

"Tidak ada gunanya sekiranya kami menyangka ada perbuatan khianat dalam kejadian itu kerana segalanya sudah selesai dan kami hanya ingin menumpukan perhatian kepada perlawanan akan datang," katanya.

Sementara itu, bekas pemain Terengganu dan Singapura pada 1950-an, Yaacob Salleh berkata, kejadian yang berlaku ke atas Sharbinee akan cepat dikaitkan dengan ilmu hitam jika berlaku di eranya.

"Penggunaan bomoh pada masa dulu memang sudah diketahui ramai namun sekarang di zaman serba moden ini, ramai yang sudah tidak percaya dengan bomoh lagi.

"Tetapi itu tidak bererti bahawa bomoh dan ilmu hitam sudah tidak digunakan lagi sekarang kerana selagi manusia bernama manusia dan rasa tidak puas hati tidak hilang di hati mereka, selagi itulah khidmat bomoh-membomoh ini tidak akan hilang," katanya.

Seorang lagi bekas pemain negeri yang enggan dikenali berkata, sehingga kini masih ada pasukan bola sepak menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan kelebihan buat mereka dalam perlawanan.

"Saya sendiri pernah melihat bomoh yang digunakan oleh satu pasukan bola sepak berjalan mengelilingi padang dan berada dalam pintu gol beberapa jam sebelum perlawanan bermula," katanya