Pages

Kasut sekolah rm5 jer!

Jualan kasut sekolah murah dengan tawaran harga serendah RM5 sepasang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Karnival Jualan Gudang Kedua (FOC ke-2) di Pusat Konvensyen Pameran, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Jalan Duta di sini.
Tawaran sempena musim kembali ke sekolah itu dibuat oleh pasar raya The Store yang mengambil bahagian pada pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 22 Disember ini.
Kasut sekolah rm5 je
Eksekutif Jualan The Store, Nurul Adriana Sim Abdullah berkata, sejak dibuka kelmarin, bahagian produk sekolah menjadi tumpuan orang ramai kerana terpesona dengan harga murah yang ditawarkan - kosmo

Jiran curi pakaian dalam gadis

Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di Kajang, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri. Amboi jahat nya jiran dia.
Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

CCTV


Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.
"Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, "katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan. Macam ni pun ada ooo..

Gambar Mitsubishi Attrage 2013

Dunia kereta makin hangat tahun nih. Selepas toyota kenalkan model vios baru 2013, proton dengan proton Suprima S nya, dan sebulan dua nih, Mitsubishi dengan model  Attrage 1.2 liter 4 varians yang di import sepenuhnya dari Thailand. Banyak pulak kereta di buat dari Thailand, Toyota Altis pun dari Thailand jugak. Harga atas jalan spec paling rendah Mitsubishi Attrage ni hanya rm59 000, wow.. murah ni kan tapi performance pun takde le power cam lancer, dah harga pun murah kan.

Gambar Mitsubishi Attrage 2013


Aku kalau tulis pasal kereta ni, mesti nak tengok gambar kan. Gambar ni aku ambil yang terbaik sahaja daripada beberapa blog kereta tanpa minta kebenaran... hohoho. Silahkan tengok gambar kereta Mitsubishi Attrage ni, tenung-tenung, pikir-pikir kalau dalam bajet, boleh je try order. Bila lagi nak merasa kereta Mitsubishi kan.




Antara tarikan utama Mitsubishi Attrage ialah ia dikuasakan enjin moden 1.2 liter tiga silinder MIVEC dengan kuasa 80PS dan 106Nm tork maksimum, di mana enjin tersebut terbukti cekap dalam penggunaan petrol. Pada kadar 21km per liter, Attrage didakwa sebagai sebuah model sedan paling cekap penggunaan bahan apinya di Malaysia apabila dilancarkan kelak. 






Menurut MMM, nama 'Attrage' terhasil daripada perkataan 'attractive'. Untuk pasaran Malaysia, empat varian akan ditawarkan. Varian pertama iaitu GL akan dilengkapi transmisi manual lima kelajuan. Tiga varian lagi iaitu GL, GS dan SE tersedia dengan pilihan transmisi automatik INVECS-III CVT yang lancar. 

Pe lagi, agak boleh, on je ler. Kalau belum cukup downpayment, silalah buat kerja sampingan ni.

Mungkin syarikat pengeluar rokok ada agenda?


Kementerian Kesihatan Belanda semalam menyatakan terdapat kemungkinan risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik.Penemuan itu dibuat berhubung satu analisis ke atas penyelidikan saintifik yang dibuat sekumpulan penyelidik Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda.Pihak institut itu bimbang mengenai kekurangan bukti berhubung dengan kemungkinan terdapat risiko kesihatan terhadap pengguna rokok elektronik.Akibat kebimbangan itu, pihak institut tersebut meminta wanita hamil tidak menghisap rokok itu atau di dihisap dekat dengan kanak-kanak.

Mungkin syarikat pengeluar rokok ada agenda?

Beberapa pakar kesihatan menyatakan, rokok elektronik yang dilengkapi dengan bateri dan tiub mengandungi nikotin akan membantu berjuta-juta penduduk berhenti merokok.
Perghh... layan habis. Kenapa lepas makan dan masa berak orang suka hisap rokok?
Namun, Timbalan Menteri Kesihatan Belanda, Martin Van Rijn yang memberitahu tentang hasil analisis itu mendedahkan, rokok elektronik juga adalah seperti rokok biasa kerana ia mengandungi nikotin.
Rijn berkata, kandungan itu akan menyebabkan perokok akan menjadi ketagih.
Menurutnya, tidak ada bukti seperti didakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok bahawa rokok elektronik akan dapat membantu perokok berhenti merokok. - Kosmo

utera William menyanyi bersama Bon Jovi

Pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan bintang pop Amerika Syarikat, Jon Bon Jovi serta Taylor Swift beradu tenaga menyanyikan lagu Livin On A Prayer di kediamannya, Istana Kensington kelmarin.
Trio berkenaan mendendangkan lagu klasik Bon Jovi itu pada penghujung majlis gala yang diadakan di istana berkenaan di sini untuk menyokong badan amal Centerpoint.
William, 31, merupakan penaung yayasan berkenaan.
Bon Jovi memulakan persembahan bersendirian dengan memetik gitar sebelum dia disertai oleh William dan Swift di pentas.

Bon Jovi

Mereka diiringi sorakan dan tepukan gemuruh daripada para hadirin.
"Malam seperti ini hanya berlaku sekali dalam seumur hidup," kata Bon Jovi kepada penonton.
Tangan macam dodoi baby jer.

William berehat semalaman daripada menjaga bayi lelakinya, Putera George yang lahir pada Julai lalu untuk menghadiri majlis tersebut.
Pada acara berkenaan, beliau turut menyampaikan anugerah kepada Bon Jovi kerana usaha gigihnya untuk membantu golongan gelandangan dan memerangi kemiskinan. - Kosmo

Moto G - Smartphone Motorola

Motorola Mobility akhirnya secara rasmi memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Moto G. Telefon pintar ini turut tergolong dalam kategori telefon pintar dengan harga yang berpatutan.Tersedia dengan beberapa pilihan cover belakang berwarna-warni, pengguna boleh memilih antara warna putih, hitam, biru gelap, biru terang, kuning, merah serta merah jambu.

Selain itu, Moto G tang dilengkapi skrin 4.5 inci mempunyai resolusi 720 x 1280 piksel di bahagian depan. Skrin tersebut dilengkapi dengan lapisan pelindung Gorilla Glass 3. 

Quad Core Snapdragon


Memiliki prosesor quad core Snapdragon 400 dengan kelajuan 1.2Ghz. Tenaga prosesor tersebut akan dibantu dengan RAM sebesar 1GB. Manakala terdapat kamera 5MP dan kamera 1.3MP di depan. 



Moto G ini menggunakan OS Android Jelly Bean 4.3. Pihak Google sebagai pemilik Motorola Mobility khabarnya bakal menyediakan update Android KitKat 4.4. 

Laporan awal menyatakan, telefon pintar ini akan dijual secara global, mulai dari Brazil dan beberapa negara Eropah pada bulan ini sebelum melanjutkan ke pasaran Asia, Timur Tengah dan Amerika pada Januari 2014.

Malu ada payudara seperti wanita

LONDON - Seorang lelaki Britain, Farshad Hashemzadeh berasa sangat malu untuk berdepan dengan masyarakat kerana memiliki payudara seperti wanita.Hanya payudara kanan Hashemzadeh yang membesar seperti buah dada wanita manakala payudara kirinya normal seperti lelaki lain.
"Saya tidak tahu kenapa ia berlaku kepada saya, payudara saya semakin hari semakin membesar sehingga membuatkan saya berasa rendah diri," katanya kepada akhbar The Sun.
Payudara Hashemzadeh mula membesar sewaktu dia berusia 18 tahun dan pada ketika itu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Saya tidak mahu orang lain melihat 'kelebihan' saya ini. Lelaki lain patut tahu bagaimana keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka," katanya.

Pisau toreh payudara

Ada suatu ketika akibat terlalu tertekan, Hashemzadeh pernah mengambil pisau untuk menoreh payudaranya sendiri sehingga dia dirujuk kepada seorang pakar psikiatri.
Keadaan ganjil yang dialami Hashemzadeh itu dinamakan Ginekomastia iaitu ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron yang menyebabkan organ tersebut membesar secara tidak normal.

Menurut pakar bedahnya, Dr. Azhar Aslam, kira-kira separuh golongan lelaki mengalami Ginekomastia tetapi pada skala yang kecil. Kos untuk dia menjalani pembedahan tersebut agak tinggi iaitu sebanyak AS$5,000 (RM16,000).
Namun, Hashemzadeh bernasib baik kerana dia mempunyai seorang teman wanita yang prihatin dan menolongnya mendapatkan wang untuk menjalani pembedahan tersebut.
"Saya tidak lagi berasa sedih kerana sudah kembali menjadi seorang lelaki normal malahan, saya beruntung mempunyai seorang teman wanita yang sangat baik," katanya.
Tambah Hashemzadeh, selepas parut kecilya sembuh, dia berasa seperti lelaki yang baru dilahirkan semula. - Kosmo

Pemuda gemuk pulang ke Perancis

Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin.Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api.Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil.Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England. Macam tu lah kesusahan kalau berat badan berlebihan, kena berusaha turunkan berat badan segera dengan produk yang membantu kurangkan masalah berat badan dalam masa 25 hari sahaja!
"Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri.

Kisahnya...

Pemuda itu kemudian menaiki ambulans ke bandar Ferney-Voltaire di sempadan Switzerland.Pada mulanya, dia dirawat di Klinik Mayo, Minnesota, AS berhubung masalah kegemukannya.Namun, dia terkandas di AS selepas syarikat penerbangan British Airways enggan membenarkannya menaiki pesawat.Pemuda itu juga tidak dibenarkan untuk sebuah kapal persiaran Queen Mary 2.Chenais perlu kerap untuk menyedut oksigen.

Namun, pemuda berkenaan akhirnya tiba di London selepas syarikat penerbangan Virgin Airlines bersetuju membawanya pada Selasa lalu bersama keluarganya.Apabila tiba di Britain, dia juga tidak dibenarkan untuk menaiki sebuah kereta api bawah tanah ke Perancis atas alasan keselamatan.

Chenais dan keluarganya kemudian bermalam di sebuah hotel dekat Terminal Eurostar di London selepas tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut.Kos penginapannya di hotel itu ditanggung oleh pihak pengurusan Eurostar.Menerusi bantuan beberapa kakitangan konsulat Perancis, Chenais meninggalkan London tengah hari kelmarin dengan menaiki sebuah ambulans ke Dover.
Dia kemudian menaiki sebuah feri menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis. - Kosmo

Kubu perlindungan nuklear bekas Presiden AS di Florida


Sebuah kubu perlindungan yang dibina semasa Perang Dingin untuk bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy berdekatan Palm Beach kini dijadikan sebagai sebuah muzium.
Kubu itu terletak hanya beberapa minit dari Palm Beach yang menempatkan lokasi kediaman keluarga bekas Presiden AS itu.
Ia dilengkapi dengan ruang dewan utama yang ditempatkan 15 buah set katil dua tingkat, sebuah meja untuk Kennedy dan meja persidangan.
Fasiliti itu merupakan tempat persembunyian yang dikawal ketat selain dilengkapi dengan bekalan makanan tentera, tong air dan kelengkapan alat pengesan radiasi.

Gambar kubu



Selain itu, tempat perlindungan tersebut juga boleh dijadikan rumah kediaman untuk 30 anggota keluarga Kennedy dan kakitangan utama selama sebulan sekiranya serangan nuklear berlaku.
"Mereka telah menguji kubu itu dengan membawanya ke sini.
"Ia terletak sejauh 10 minit perjalanan dari pintu hadapan Palm Beach ke kawasan berkenaan," kata Pengurus Besar Muzium Maritim Palm Beach, Anthony Miller yang bertanggungjawab mengawal selia kawasan berkenaan.
Kennedy menjadi Presiden AS dari 20 Januari 1961 hingga 22 November 22 1963.
Beliau mati ditembak di Dallas oleh Lee Harvey Oswald.

Ukiran kayu terpanjang di dunia

Satu ukiran kayu menampilkan lukisan bersejarah, Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai ukiran kayu terpanjang di dunia oleh Guinness World Records baru-baru ini.
Ukiran kayu tersebut memiliki panjang 12.286 meter dan dihasilkan oleh seorang artis seni tempatan, Zheng Chunhui yang berasal dari wilayah Fujian.

Dia mengambil masa empat tahun untuk menyiarkan hasil seni tersebut beberapa teknik ukiran yang berbeza.
Dua versi lukisan tersebut masing-masing dari era Dinasti Song dan Dinasti Qing diukir pada kayu berkenaan.
Lukisan itu diukir pada batang pokok kapur barus berusia 1,000 tahun. - Agensi

Singa jadi simbol status

Seorang pemuda di negara Teluk menyiarkan gambar di laman sosial Instagram yang menunjukkan dia bermain dengan singa di hadapan beberapa buah kereta sport sebagai simbol kemewahannya. Akaun Instagram tersebut yang setakat ini memiliki lebih 250,000 pengikut menggunakan nama Humaid AlBuQaish.
Lelaki berkenaan kerap memuat naik gambarnya berdampingan dengan beberapa ekor singa dan cheetah.Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan tentang pekerjaan AlBuQaish tetapi dia jelas memiliki kekayaan yang didambakan oleh ramai orang.

Simbol status orang kaya

Menurut pengurus Taman Hidupan Liar Ras Al-Khaimah di Emiriah Arab Bersatu, Jasim Ali, binatang buas itu kini dianggap sebagai simbol status dalam kalangan golongan kaya di Teluk.

"Seekor singa putih yang jarang didapati dijual pada harga AS$50,000 (RM159,275)
"Jika seseorang itu membeli haiwan yang amat mahal, dia mahu menunjukkan bahawa dia berupaya membeli apa sahaja yang dia mahu di dunia ini," kata Jasim
"Jika dia menjinakkan binatang buas seperti singa, dia mahu seluruh dunia tahu tentang keberanian dan kejantanannya," tambah pengurus tersebut. - Kosmo

Diabetes semakin menakutkan

Penyakit dewasa ni memang banyak menular, macam-macam jenis. Tapi kencing manis atau diabetes nih dari dulu sampai sekarang, makin bertambah. Orang kata penyakit potong kaki sebab kalau kena diabetes, ada luka kat kaki, susah nak sembuh sebab luka tu dari dalam. Maknya daging dalam rosak dulu, lepas tuh baru le boleh nampak keluar dari kulit. Penyakit ni terbalik skit cara cederanya. Aku pernah dengar kekawan bercerita ler, kalau kena diabetes, buntut jadi jatuh! Kalau sebelum ni buntut bulat jer, bila kena diabetesm jadi kempis. Laki ke perempuan ke, sama jer. Jadi, ingat-ingat kekawan sebab penyakit nih kalau dah kena, tak boleh undur balik, macam resdung gak. Jom layan berita dari kosmo tentang diabetes nih.

Belanja besar untuk rawat diabetes

Kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit diabetes sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan apabila kira-kira RM2 bilion terpaksa dibelanjakan bagi merawat penyakit itu setiap tahun.Ini bermakna setiap pesakit perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM770 bagi merawat penyakit tersebut dalam setahun.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, ia merupakan anggaran kasar bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan dan swasta.Beliau berkata, perbelanjaan yang besar itu merupakan satu bebanan yang secara tidak langsung akan memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sosioekonomi negara.
"Jadi saya menyarankan agar semua individu di Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat tentang penyakit diabetes serta berusaha menangani masalah itu secara menyeluruh.
"Kos rawatan untuk pesakit kencing manis adalah mahal. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu membayar alat rawatan termasuk alatan bagi memeriksa tahap diabetes mereka," katanya.

iPhone 6 dengan skrin melengkung

Telefon pintar dengan skrin melengkung seperti Galaxy Round dan G Flex masih belum memperoleh hasil membanggakan di pasaran. 

Begitu juga penjualan telefon sebegini dengan harga agak mahal. Namun hal ini tidak menghentikan niat pengusaha telefon pintar lain mengeluarkan telefon pintar dengan skrin melengkung.

iphone juga di khabarkan tidak mahu ketinggalan mengeluarkan telefon dengan skrin melengkung. 

Dalam satu laporan oleh Bloomberg, iPhone 6 milik Apple bakal hadir dengan peningkatan aplikasi dan software besar-besaran berbanding iPhone 5S. 

Bloomberg juga melaporkan iPhone 6, tidak hanya bakal hadir dengan rekaan layar melengkung, Apple juga bakal menggunakan sensor tambahan yang mampu mengesan tingkat tekanan yang berbeza. 

Selain itu, Apple juga akan menyiapkan dua model iPhone 6, salah satunya bakal hadir dengan skrin 5.5 inci manakala satu lagi mempunyai skrin 4.7 inci. Kedua model iPhone 6 itu, hadir dengan rekaan.

Gengster Malaysia balik kampung

Anggota kumpulan kongsi gelap yang bersembunyi di negara jiran kerana tertekan dengan Ops Cantas Khas yang dilancarkan polis pada pertengahan Ogos lalu dikesan mula pulang ke negara ini.
Berikutan itu, Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi memburu mereka kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk lain sempadan.
"Maklumat yang pihak kita peroleh mendapati anggota kumpulan kongsi gelap yang sebelum ini lari merentasi sempadan negara mula balik ke Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini semalam.

Mega Sale Lazada

Korang mesti tahu tentang lazada kan? Takkan tak tahu kot... atau pun pernah beli barang kat lazada tuh. Kalau ada barang nak beli, sesuai beli sekarang sebab lazada ada mega sale sekarang. Mesa sale lazada ni di namakan " Online Revolution " dengan tag line nya "We're changing the way you shop". Mega sale ni start 11/11/13 - 12/12/13, cantik nombor nih.

Masa sale ni ada 11 produk dari 11 kategori akan di buat sale gila-gila dalam tempoh seperti di atas.  Makna 11 produk dalam satu masa ikut kategori masing-masing akan di beri harga murah dan produk-produk ni akan di tukar setiap minggu selama 4 minggu le.

Online Revolution di Lazada


Ini lagi best. Korang boleh vote 11 produk di lazada setiap hari dari pukul 11am - 11pm dan produk yang dapat vote tinggi akan di jual pada harga rm1 pada pukul 11am keesokkannya tetapi hanya satu unit shaja di jual. Ini baik punya cara promosi ni, macam-macam idea lah depa nih. Tapi 1 unit, sapa cepat dia dapat ler.



Emm.. aku nak vote pe kali nih ek? Note 3 bulih jadi gak nih, tapi frust 1 unit jer. Seluruh negara nak tunggu rebut 1 unit jer... hehehe.. confirm aku tak dapat. Walau apa pun, kalau korang suka untuk memeriahkan suasana, boleh jer join benda-benda cam nih.

Pengawal Keselamatan jadi pelakon

Tuan ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa tahu ehh. Korang mesti ingat pengawal keselamatan yang di marahi oleh isteri Mak Yo sebelum ni kan. Namanya Azman dan sekarang dah terima tawaran berlakon beb. Fulamakk... jadi pelakon la plak dia, tapi tak tahu menjadi ke tidak kerana lakonan dalam satu cerita ni hanya beberapa minit jer. Harap-harap Azman dapat tawaran berlakon lagi lepas nih dan semuga rezeki bertambah-tambah. Inilah orang kata, setiap kejadian ada hikmahnya.

Cintang Pandang Kedua TV9





Rakaman kekecohan antara dirinya dengan isteri seorang pemain bola sepak terkenal, yang tersebar menerusi internet pada September lalu, membawa pengawal keselamatan, Azman Md Nayan, ke dunia lakonan.
Umpama rakaman semula atau parodi, Azman, 49, muncul menerusi aksi cameo bersama pelakon muda, Izara Aishah dan Dazrin Kamaruddin, dalam drama berjudul, Cinta Pandang Kedua, yang akan disiarkan TV9, bulan depan.
"Saya hanya berlakon beberapa minit. Wataknya juga tidak besar mana. Kalau ada tawaran lagi selepas ini, saya tak tahu sama ada mahu terima atau tidak. Rasanya seperti mahu tapi malu sebab siapalah saya ini. Segan juga apabila berlakon dengan artis popular.

Azman yang bertuga di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Petaling Jaya, tidak menyangka produksi drama terbabit menawarkan peluang berlakon kepadanya.

Servis Toyota Altis 80 000 km, RM1123

Hari aku memang tak kerja. Memang cuti di berikan sebab esok ganti public holiday. Jadi aku pergi servis kereta kat UMW Toyotsu Motor Seksyen 15 Shah Alam. Book pukul 10.00 pagi tapi pukul 9.00 pagi aku dah sampai. Hari ni ialah hari bekerja bagi ramai orangm jadi, takde le ramai sangat orang servis kereta hari nih jika banding dengan hari Sabtu.

Masuk-masuk kat pusat servis tu, terus kekaunter untuk daftar. Aweks tu ambik buku servis tuh, tunggu dalam 10 minit, service advusir panggil untuk daftar dan pergi check kereta. Sebelum service advisor panggil tuh, aku pekena dulu 2 bungkus nasi lemak free kat pusat service toyota nih dengan air milo, layan-layan akhbar jap.

Toyota Vios baru 2013


Sambil-sambil tunggu diorang service, aku usha-usha toyota vios baru jap.... emmm.. boleh tahan. Kalau korang nak tengok gambar, ada kat sini. Tanpa segan silu aku ambik je gambar keta tuh, buat-buat macam biasa jer.

Kereta aku servis tadi, dah siap. Kaunter bayaran, perghhh,,, tukang jaga kaunter, ala-ala pan asia gituh. Untuk servise 80 000 km nih, kena le kos rm1123. Ini service paling mahal untuk kereta aku nih sebab macam-macam minyak di tukar. Aku tak nak ambil risiko service kat bengkel-bengkel lain takut kena tipu dan juga takut spare part takde kualiti. Jadi gores je ler bayaran tuh hoho, nanti baru bayo kad kredit tuh.


Macam-macam tukar, baru selamat skit
Senarai kos
Total kos, pejam mata bayar

Kemudahan Pusat Service UMW Toyotsu Shah Alam



TV, ada
Lepas service guna pass ni untuk keluar dari pusat service
Lepas bayar, dapat le keropok skit free
Tempat main budak-budak
Tempat makan dan minum
Kaunter
Nasi lemak percuma, aku makan 2 bungkus, bolehla
Meja rundingan

Gaya moden Muslimah

Kehadiran rekaan yang menepati syarat pemakaian, bukan saja membolehkan wanita Muslimah bergaya, malahan lebih memikat dalam setiap langkah dipadukan mereka. 

Seiringan permintaan dunia pemakaian Muslimah yang semakin mendapat perhatian, Festival Fesyen Islam (IFF) 2013, acara persembahan fesyen yang tidak asing lagi tampil sekali lagi memperkenalkan rekaan busana dilihat mampu memberi impak dalam industri fesyen. 

Eksklusif, mewah 


Menceriakan pentas dengan rekaan menggabungkan keunikan songket, fabrik batik dan tenunan sentuhan utama, pementasan bertemakan Kelir Sriwijaya di Palembang, Indonesia, barubaru ini, menampilkan rekaan kreatif pereka Indonesia dan Malaysia dalam menyemarakkan lagi dunia hijab Muslimah moden. 

Eksklusif dan mewah, namun masih mengekalkan syarat pemakaian wanita Muslimah moden. Antara pereka yang turut menyumbang sentuhan kreatif mereka ialah tiga dari Malaysia iaitu Datuk Tom Abang Saufi, Nora daripada Galeri Muslimah serta Calvin Thoo. Pereka dari Indonesia pula ialah Zainal Ariffin, Jeny Tjahyawati, Ade Listiani, Dian Pelangi dan Ghea Panggabean. 

Akaun Facebook suspek jadi perhatian

Kuala Lumpur: Akaun Facebook, dipercayai milik Ardi Hamza, 37, suspek utama pembunuhan kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, menjadi perhatian orang ramai sejak kelmarin. 

Laman berkenaan yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela itu, menggunakan gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan pada Rabu lalu. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis yang turut memantau, percaya akaun Facebook terbabit milik suspek. 


Berdasarkan semakan BH terhadap laman itu, pemiliknya memuat naik status terakhir, dua hari sebelum pembunuhan terbabit, dengan tulisan, "Jum Blik kampung kita.... mat mlam all" (jom balik kampung kita, selamat malam semua). 

Sehingga jam 9 pagi semalam, seramai 186 pelayar internet berkongsi status terakhir lelaki itu sambil mengecam pembunuhan yang dilakukan dan mengajak orang ramai membantu polis menjejaki suspek. 

Tunjuk gambar pakai seragam pengawal 

Himpunan gambar yang disimpan dalam akuan itu antara lain menunjukkan suspek memakai seragam pengawal keselamatan, lengkap memegang senjata api jenis Pump Gun dan dipercayai dirakamkan ketika bertugas di bank. 
Antara gambar lain yang dimuat naik lelaki itu termasuklah lebih tiga keping gambar longgokan wang tunai dan aktivitinya bersama rakan ketika bersenam dalam gimnasium. 

Berdasarkan bahasa digunakan pada status dan kebanyakan komen dalam laman itu, menunjukkan pemilik akaun terbabit berasal dari Indonesia, sekali gus menguatkan lagi kenyataan polis sebelum ini bahawa suspek berasal dari Sulawesi, Indonesia. 

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya, jam 6.20 petang Rabu lalu, Norazita, 37, yang juga Pegawai Operasi Ambank Cawangan USJ, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya. 

Larikan wang tunai 

Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang. 

Dalam usaha memburu suspek, setakat ini polis menahan tiga individu termasuk isterinya pada hari kejadian kerana dipercayai turut bersubahat dan menemui wang tunai RM30,000. 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut mengesahkan suspek terbabit menggunakan MyKad palsu berdasarkan nombor dokumen itu tidak wujud dalam sistem maklumat jabatan itu.

IPad Air

Syarikat Apple Inc. kelmarin memperkenalkan komputer tablet iPad yang lebih nipis daripada versi lamannya. Komputer tablet baharu itu diberi nama iPad Air yang seberat hanya 0.45 kilogram (kg) berbanding versi lamanya iaitu 0.64kg. Menurut ketua pemasaran syarikat itu, Phil Schiller, versi baharu itu mempunyai kelajuan pemprosesan lapan kali ganda daripada iPad pertama keluaran tahun 2010.

Namun, komputer tablet baharu itu akan berada di pasaran pada 1 November depan.
Komputer tablet baharu itu akan dijual pada harga AS$499 (RM1,580) untuk versi yang mempunyai memori 16 gigabait.
Bagaimanapun, harga iPad 2 dikekalkan pada AS$399 (RM1,263).
Sebuah lagi komputer tablet iPad mini akan dijual pada harga AS$399 yang mempunyai memori 16 gigabait. - Kosmo

Tengokkk, Perancis pun boikot barang Israel

PERANCIS. Sekumpulan aktivis Perancis bertindak melancarkan kempen memboikot barang keluaran Israel di sini, semalam.

Media tempatan melaporkan, kempen itu berlangsung di pasar raya terkemuka di Perancis dengan disertai lebih 170 pertubuhan bukan kerajaan.

"Kempen itu bertujuan memberi tekanan ke atas Israel supaya menghentikan peneroka haram di wilayah Palestin," memetik laporan itu.


Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) turut mengharamkan 28 negara anggota menggunakan dana EU bagi projek penempatan haram Israel di wilayah Palestin menurut Press TV.

EU juga menambahkan tekanan apabila mensyaratkan semua kontrak dua hala antara negara anggota EU dan Tel Aviv perlu memasukan klausa bahawa Baitulmuqaddis, Genting Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan bukan milik Israel - Sinar

Kafe tema tandas pertama di AS dibuka

Seorang pengusaha restoran dari China menarik perhatian ramai apabila dia membuka sebuah kafe bertema tandas yang pertama di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Daily News.
Restoran Magic Restroom Cafe milik YoYo Li yang terletak di selatan California di sini dibuka sejak 11 Oktober lalu.
Stesen televisyen tempatan, KTLA 5 melaporkan bahawa kafe berkenaan dilengkapi kerusi menyerupai mangkuk tandas.
Makanan di premis berkenaan pula dihidang dalam mangkuk tandas mini.

Kafe tersebut turut dihiasi tempat buang air kecil dan tandas di sepanjang dinding serta dekorasi kelengkapan mandian.
YoYo Li mengambil keputusan membuka kafe itu di AS selepas menyedari konsep restoran tersebut amat popular di China dan Taiwan.
Kafe Magic Restroom menghidangkan menu-menu dari Taiwan termasuk nasi kari 'magic' dan mi sup daging lembu. - Kosmo

Nyaris dihempap batu lima tan

Seorang penunggang motosikal nyaris dihempap batu seberat lima tan yang menggelongsor jatuh dari bukit akibat tanah mendap semasa melalui Jalan Tun Sardon ke Paya Terubong, Balik Pulau di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, simen konkrit penghadang yang dibina di lereng bukit berkenaan pecah akibat pergerakan tanah menyebabkan sebatang pokok tumbang ke jalan raya bersama bongkah batu tersebut.


Keadaan itu menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup selama empat jam bagi mengalihkan bongkah batu itu oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Saksi kejadian, Azhan Sulaiman, 45 berkata, ketika kejadian dia yang dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat bongkah batu besar jatuh dari atas bukit.
Katanya, dia yang memberhentikan motosikal hanya mampu menjerit dan melambai-lambaikan tangan kepada seorang wanita yang menunggang motosikal dari arah bertentangan daripada dihempap batu berkenaan - Kosmo

UNIK! - Jagung Berwarna warni Pertama Dicipta Di Dunia (10 GAMBAR)

SEKALI pandang mungkin jagung ini umpama biji-biji manik yang berwarna-warni dan mungkin ada yang akan menganggapnya sebagai jagung plastik. Hakikatnya, jagung berwarna-warni yang dinamakan Gem Glass ini memang asli dan berasal dari Oklahoma. Ia dihasilkan oleh seorang petani yang bernama Carl Barnes selepas penyelidikan dan usaha selama bertahun-tahun.

Barnes mendapat idea ini selepas menyedari jagung mempunyai biji yang berlainan warna dan mencantumkan benihnya sehingga boleh menghasilkan tongkol jagung yang mempunyai pelbagai warna. Bagaimanapun, beliau tidak sempat melihat hasil benih tersebut kerana meninggal dunia.

Mujurlah Barnes sempat menurunkan pengetahuan itu kepada rakannya, Greg Schoen dan memintanya menjaga tradisi itu.
Pada tahun 2010, Schoen memutuskan untuk memberi benih tersebut kepada seorang pengusaha benih di Arizona, Bill McDorman. "Saya terpesona dan tidak pernah ada orang yang pernah melihat jagung seumpama ini," katanya.
Benih tersebut kini dijual kepada orang ramai melalui laman web dengan harga RM25.47 setiap paket dan mendapat sambutan begitu hangat sehingga kerap kehabisan stok.

Menarik, memang tak pernah ada produk sebegini sebelum ini... tengoklah tak lama lagi ade la sampai kat malaysia jagung dengan pelbagai warna.