Pages

Gambar kereta dihias dengan besi

Bermacam-macam cara nak promosi secara unik. Berita ni dari kosmo dan berlaku di Kemboja di mana sebuha syarikat guna besi tempa untuk hias sebuah kereta ( gambar ) sebagai promosi produk mereka. Kita sebagai blogger kena ada idea kreatif jugak untuk promosi produk dan buat duit dari affiliatte supaya nampaknya hasilnya. Kalau dah buat satu-satu promosi dan takde hasilnya, cuba ubah gaya promosi tersebut dan monitor keberkesanannya. Jom layan berita dari Kemboja nih.
Kereta di hias dengan besi tempa ( kredit kosmo )

PHNOM PENH – Sebuah syarikat di Kemboja menggunakan besi tempa untuk menghias sebuah kereta miliknya.Dekorasi unik itu ditampilkan kepada orang ramai sempena Ekspo Hartanah Kemboja 2013 yang berlangsung di sini selama tiga hari bermula Selasa lalu.Keseluruhan rangka kereta tersebut termasuk bumbung dan pintu digantikan dengan besi tempa bercorak awan larat.
Festival berkenaan diadakan untuk mempromosi besi tempa yang diimport dari China, Thailand, Singapura dan Taiwan.
 

Nabila Huda dan anak cedera nahas dekat Bentong

Kuantan: Pelakon wanita yang juga anak kepada lagenda rock negara Amy Search, Nabila Huda cedera ringan selepas pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dinaiki terbabas di Kilometer 71 Lebuhraya Kuantan-Karak, dekat Bentong, lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut membabitkan anaknya, Keisha Laila, 3, yang juga cedera di tangan, dahi dan mulut.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata seorang pelakon wanita bernama Nabila Huda Suhaimi, 27, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menjalankan urusan kerjanya di Kuantan.


"Kenderaan dinaiki pelakon terbabit bersama anaknya dan dua lagi penumpang terbabas sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Kedua-dua mereka bagaiamanapun selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Kereta Honda Accord Serba Baru

Honda Malaysia Sdn Bhd melancarkan model Accord serba baru yang disasarkannya menguasai 30 peratus daripada pasaran segmen kereta salon eksekutif bukan nasional di negara ini. Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Yoichiro Ueno, berkata pihaknya menyasarkan menjual 2,800 unit model berkenaan tahun ini atau kira-kira 700 unit sebulan.Beliau berkata, Accord generasi kesembilan yang didatangkan dalam tiga varian iaitu 2.0L VTi, 2.0L VTi-L dan 2.4L VTi-L itu menetapkan standard baru dari aspek ciri kemewahan dan teknologi inovatif.

Model terbaru Honda Accord 2.4VTI-L
"Kami yakin Accord baru ini akan menjadi produk yang mendahului segmennya dan disukai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kereta berkenaan di Shah Alam, semalam. Yang hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah. Accord baru itu ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM139,800 untuk varian 2.0L VTi; 2.0L VTi (RM149,800) dan 2.4L VTi-L (RM172,800).
Lima pilihan warna

Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuk satu warna baru iaitu Modern Steel Metallic, Champagne Frost Pearl, Crystal Black Pearl (hitam), Tafetta White (putih) dan Alabaster Silver Metallic (perak). Lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu, Accord baru itu ditampilkan dengan penambahan ciri teknologi termaju dengan rekaan luaran yang dipertingkat melalui badan berbentuk V yang sangat aerodinamik serta menyerlahkan kemewahan dan kualiti yang dicipta Honda untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api.

Ia dibina berdasarkan kemahuan pelanggan terhadap ciri keselamatan pintar dan maju termasuk teknologi bantuan penglihatan seperti kamera LaneWatch yang ada pada varian 2.4VTi-L, iaitu model pertama Honda Malaysia dilengkapi ciri keselamatan terbabit. Varian 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L juga menampilkan kamera pandang belakang pelbagai sudut yang mampu mempamerkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundurkan kenderaan.

Ketiga-tiga varian Accord baru itu dilengkapi mod ECON yang apabila diaktifkan akan menggabung dan mengoperasikan fungsi ECO Assist yang mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan hanya menekan satu butang.

Jaminan lima tahun

Ueno berkata, Honda Malaysia menawarkan jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tidak terhad untuk model Accord baru itu, bertujuan menawarkan pengalaman pemilikan terbaik kepada bakal pembeli.Beliau berkata, pihaknya yakin pakej selepas jualan baru yang kompetitif juga mampu menarik minat pelanggan Honda untuk menjadikan Accord sebagai kenderaan pilihan.

"Di Malaysia, Accord mempunyai ramai peminat setia untuk semua generasinya dan setakat 31 Ogos lalu, lebih 51,000 unit Honda Accord sudah dijual di negara ini," katanya.
*Kalau nak jimat minyak, boleh cuba pakai penjimat minyak nih.

Saman pasal sperma

Hari ni aku suka baca citer yang pelik-pelik jer untuk merehatkan minta aku dan juga memikirkan idea nak tulis pasal top komentar kat blog aku nih untuk bulan ogos, Insyallah petang ni ada le kot entri nih. Sambil-sambil baca kosmo, aku tertarik dengan berita kat bawah nih. Pasal sperma pun boleh saman saman nih, see u in court!
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Bosnia menyaman bekas kekasihnya dan menuntut ganti rugi RM600,000 kerana didakwa mempergunakan dirinya bagi mendapatkan sperma supaya wanita itu memperolehi genetik orang Eropah yang dikatakan lebih berkualiti tinggi.Plaintif yang juga pengarah komersial di syarikat tempatan, Ervin Ahbabovic, 41, memfailkan saman Jumaat lalu menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi di sini.

Kredit: kosmo
Berdasarkan writ saman, Ervin yang telah mendapat status Penduduk Tetap menjalinkan hubungan dengan defendan, 29, sejak 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.
Bagaimanapun, selepas melahirkan anak, defendan didakwa kerap mencari peluang untuk bergaduh malah plaintif menyedari keinginan seksualiti dan dominasi defendan melangkaui kadar biasa sehingga menjadi rutin harian yang terpaksa dipenuhi.

Gambar Si Kucing Yang Glamour

Salah satu label pada blog aku nih ialah mengenai benda yang pelik-pelik yang aku baca dan copy paste, edit-edit sikit sebab aku malas nak menulis semula hoho. Sebelum ni aku ada kongsikan mengenai beratus ikan pari mati di Mexico, dan kali ni mengenai kucing plak yang glamour. Kalau korang ada kucing, boleh lah buat stail cam ni gak dan pastikan kucing ada di jaga dengan baik seperti yang disyorkan di dalam cara-cara mudah jaga kucing kesayangan.
MOSCOW - Seekor kucing menjadi terkenal selepas tuannya memuat naik gambar posisi duduk dan gaya seperti manusia di laman web, lapor akhbar Daily Mail semalam. Kini, kucing yang diberi nama Niki itu menjadi kucing paling popular di Rusia apabila gambarnya dicetak di baju dan muncul dalam beberapa program televisyen di sini. Pemiliknya, Virta mula memuat naik gambar Niki apabila mendapati haiwan kesayangannya itu boleh duduk dan berdiri dengan kedua belah kakinya seperti manusia ketika ia berusia dua tahun.
"Niki boleh duduk sejak dia dilahirkan. Pada mulanya, ia jarang berlaku, kemudian Niki mula duduk seperti manusia pada setiap hari.
"Niki suka duduk di mana-mana sahaja, di atas lantai, bilik air, meja, kabinet dan sofa," jelasnya.
Populariti Niki yang semakin meningkat di Rusia membolehkannya menjana sumbangan untuk mangsa serangan bom maraton di Boston, Amerika Syarikat pada April lalu. Virta memuat naik gambar-gambar Niki di laman sosial Twitter @FamousNiki untuk memuaskan hati peminat kucingnya.Tahun lalu, seekor kucing bernama Tadar Sauce telah menjadi kucing selebriti di internet selepas mencatat jumlah 'Like' sebanyak 1.2 juta di laman sosial Facebook.
 

Pewaris Red Bull dikenakan waran tangkap

BANGKOK - Satu waran tangkap terhadap pewaris empayar minuman tenaga Red Bull akan dikeluarkan selepas dia gagal hadir ke mahkamah berhubung kes langgar lari, kata pihak pendakwa raya semalam.
Suspek, Vorayuth Yoovidhya,  28, dituduh memecut kereta Ferrari yang dipandunya sehingga melanggar dan membunuh seorang anggota polis di sini.
Dia kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian dalam insiden pada 3 September 2012 itu.
"Polis akan mengeluarkan satu waran tangkap terhadap suspek esok (hari ini) dan dia boleh ditahan di mana-mana sahaja di Thailand," kata pendakwa raya awam kanan, Reuchai Krairerk di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok, di sini.
 
Vorayuth dituduh menyebabkan kematian kerana memandu secara cuai dan gagal berhenti bagi membantu mangsa.
Bagaimanapun, satu lagi tuduhan ke atasnya melibatkan memandu melebihi had laju telah digugurkan.
Sementara itu, menurut peguamnya, Tanit Buakeaw, Vorayuth gagal hadir ke mahkamah kerana tidak berada di Thailand sejak Khamis lalu atas urusan perniagaan.
 
Dia dijangka pulang ke Thailand dalam tempoh tiga hari dan akan memberi kerjasama kepada pihak pendakwa raya.
Polis berkata, Vorayuth telah membayar pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak AS$97,000 (RM317,578) selepas kemalangan itu.
Kes terbabit mencetuskan kemarahan banyak pihak berhubung sistem keadilan yang didakwa berat sebelah.
Vorayuth ialah cucu pengasas Red Bull, mendiang Chaleo Yoovidhya.
Chaleo yang merupakan antara orang terkaya di Thailand, meninggal dunia pada tahun lalu. -
 

Hishamudin Rais diberkas

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishamudin Rais bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' di Dataran Merdeka pada ambang sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini.
Sumber memberitahu, kedua-dua lelaki itu diberkas di Jalan Raja Alang di sini pada pukul 8.20 malam tadi.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 505b Kanun Keseksaan.
 

Pendapatan ke 5 Adsense

Ho ho ho.. kali ni aku nak kongsi sikit mengenai pendapatan aku dengan google adsense ni selepas aku dah kongsi pasal pendapatan ke 5 dari nuffnang. Aku tengok-tengok masa blogwalking, tak ramai yang guna google adsense untuk dapat duit secara online ni terutamanya blog wordpress. Ramai yang guna nuffnang dan juga buat duit dengan jomniaga . Kalau blog blogspot ni senang sikit sebab memang dah ada link ke kod adsense, cuma pilih je saiz mana nak guna, 2 ke 3 klik dah masuk kat blog.
Kalau dengan wordpress kena ambil kod dalam akaun google adsense, copy dan paste kat blog. Ini kali ke berapa aku nak bagitahu, aku tak pastilah, tapi untuk perhatian rakan-rakan blogger sekalian, adsense boleh di gunakan dalam blog berbahasa Melayu. Lepas dah ada akaun adsense dan masukkan kat blog, korang apply plak teknik-teknik mudah SEO lelaki sejati ni untuk memberi lebih kuasa pada blog korang.

Pendapatan ke 5 Google Adsense dan Cara tunaikan duit dari adsense guna Western Union

Bab-bab duit nih mesti ramai yang minat kan. Kali ni aku rajin skit nak kongsi pendapatan adsense aku nih dengan korang, harap2 korang boleg juga guna adsense ni sebagai salah satu punca pendapatan korang kat internet.
Ini penyata dalam akaun google adsense, fokus kat bulan berapa. Klik "Detail >>"...
Penyata macam ni akan keluar, Menunjukkan jenis pembayaran ( ini telah di set dalam akaun adsense ). Yang paling penting MTCN tu sebab tu aku terpaksa merahkan. Lepas tu klik "Statement of Earnings".
Di nasihatkan print Statement of Earning ni dan bawak pegi ke mana-mana bank yang ada Western Union ( aku ska guna Bank Rakyat, biasa dekat seksyen 23 Shah Alam ). Jangan lupa bawa fotostat ic depan belakang.
Silalah isi borang untuk terima duit dari Western Union dengan bangganya ( jangan tertukar dengan borang untuk hantar duit )
Teng teng...USD 110.44 telah di tukar ke ringgit jadilah RM364.19. Boleh tahan, tapi ini aku kumpul untuk 3 bulan ya, bukan sebulan.
Molek bbenarlah tu sebab aku memang kering ni sejak lepas raya, banyak belanja keluar beli baju raya dan duit minyak. Pendapatan Google Adsense ni telah mengumbirakan aku bulan nih dan beri aku motivasi untuk lebih aktif dalam tulis blog. Selain adsense, korang boleh cuba dapat duit gak dari jomniaga. Good luck!

 

Banyaknya duit Jennifer Lopez !

Hoho.. korang tengok luar negara punya penangan, rm57.5 juta tuh jadi juri. Mungkin income sms American Idol nih banyak sebab tu bolhe bagi banyak camtuh. Sebagai motivasi hari ni, kita kena popularkan nama kita, then selepas tuh baru duit akan masyuk. Brading penting dan kena sangup keluarkan duit untuk branding jenama kita sendiri. Kalau ada blog, kena promosikan berterusan blog kita, gunakan pelbagai kaedah dan juga melalui facebook. Baca kisah lanjut mengenai JLo ni kat bawah yang aku petik daripada kosmo hari nih.

Jennifer Lopez dibayar RM57.5 juta jadi juri American Idol

Penyanyi lagu Jenny From The Block, Jennifer Lopez dibayar sebanyak AS$17.5 juta, (RM57.5 juta) sebagai juri American Idol musim akan datang, kata satu sumber dalaman kepada akhbar Daily Mail semalam. Jumlah tersebut didakwa telah ditetapkan oleh penerbit selepas berunding beberapa kali dengan penyanyi dan pelakon berusia 44 tahun itu.
"Akhirnya jumlah bayaran telah diputuskan. Lopez akan dibayar sebanyak AS$17.5 juta (RM57.5 juta) dan kembali menjadi juri American Idol pada musim akan datang."Ia adalah jumlah yang besar. Dia (Lopez) pasti teruja dengan bayaran tersebut," katanya.Jumlah itu lebih banyak berbanding bayaran AS$15 (RM49 juta) yang diterima oleh penyanyi terkenal, Britney Spears sebagai juri dalam rancangan realiti X Factor.
Amaun itu juga dikatakan melonjak tinggi daripada bayaran yang diterima Lopez pada 2011, iaitu sebanyak AS$12 juta (RM39 juta), sebelum dinaikkan sekali lagi kepada AS$3 (RM9.8 juta ) untuk musim seterusnya.
Terdahulu, Lopez dilaporkan meminta pihak penerbit American Idol supaya menaikkan bayarannya sebanyak AS$2 juta (RM6.5 juta) untuk musim ketiga penglibatannya dalam program tersebut.
*Jika korang aktif cari duit melalui affiliatte, ada panduan menarik mengenai affilaitte.