Pages

JPJ Disaran Pertimbang Semula Umum Nama Pembida Nombor Plat



KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Khamis disaran supaya mempertimbangkan semula langkah mengumumkan nama pembida yang memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan pada masa depan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abd Rahman berkata langkah mengumumkan nama pembida itu secara tidak langsung mungkin memberi pelbagai tafsiran terutama mengenai kekayaan mereka.

"Saya berpendapat ia mungkin perlu dipertimbangkan semula sama ada pendedahan secara umum seperti ini perlu dibuat pada masa hadapan atau tidak untuk mengelakkan fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Yusof berkata demikian sebagai mengulas siasatan Polis Johor terhadap tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 berharga RM520,000 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.



Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

-- BERNAMA

Harga Saham Felda Naik

Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada pelancaran Prospektus sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad di Dewan Perdana Felda hari ini. – Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR – Peneroka Felda tetap mendapat keutamaan dalam langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) apabila lebih 70 peratus saham terbitan penawaran runcit FGVH diperuntukkan kepada golongan peneroka, warga pekerja Felda dan individu yang menyumbang kepada organisasi itu.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melancarkan prospektus FGVH hari ini sempena penyenaraian gergasi perladangan itu, mengumumkan daripada 255,371,000 saham terbitan penawaran runcit, sebanyak 182,408,000 saham terbitan diperuntukkan kepada peneroka, pekerja dan mereka yang telah memberi sumbangan kepada organisasi tersebut manakala 72,963,000 saham selebihnya adalah untuk pelabur awam.
Sehubungan itu, Najib berkata dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan akan memanipulasikan golongan  peneroka dengan penyenaraian tersebut sebagai tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
 
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sebagai menepati amanah yang ditinggalkan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak
Hussein.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, saya dan rakan-rakan berjanji tidak akan sekali-kali membiarkan kemudaratan bukan sahaja kepada warga Felda tetapi juga kepada generasi terkemudian dan negara. Kita tetap akan memperjuangkan Felda sebagai institusi lambang kejayaan rakyat Malaysia," katanya di sini.
 
Harga saham dijangka naik mendadak
 
Saham FGVH dijangka disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun ini.
Najib berkata penyenaraian FGVH mencatat dua detik bersejarah bukan sahaja kepada Felda tetapi juga negara apabila penyenaraian itu merupakan yang terbesar di Asia pada tahun ini dan tawaran awam permulaan (IPO) itu merupakan yang kedua terbesar di dunia pada tahun ini selepas Facebook.
Beliau turut melahirkan rasa bangga apabila langkah penyenaraian itu telah mencetuskan penerimaan yang luar biasa dan kini pihak Felda berdepan dengan satu masalah baru iaitu memenuhi kepuasan semua pihak yang memohon saham FGVH.

Gambar - Landasan LRT Sentul Timur-Sultan Ismail Disambar Petir

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dari Sentul Timur menghala ke Sultan Ismail dan sebaliknya tergendala selama sejam apabila landasannya disambar petir.
Perkhidmatan yang tergendala sejak pukul 8 malam itu, beroperasi semula selepas sejam.

Peserta Insurans Hadapi Penipuan Dan Tuntutan Keterlaluan



KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Penipuan dan tuntutan keterlaluan adalah antara isu-isu yang dihadapi oleh peserta industri insurans dan ini bukan sahaja menjejaskan proses tuntutan, malah juga melengahkan pembayaran kepada pelanggan, kata Institut Insurans Malaysia (MII).

Naib Presiden Kanan, Pendidikan dan Latihan Insurans Hayatnya, Mohd Taipor Suhadah, berkata usaha berterusan diperlukan untuk mendidik pelanggan tentang hak mereka untuk membuat tuntutan.

Beliau berkata 60 peratus daripada keseluruhan tuntutan insurans berjumlah RM9.6 bilion yang dibuat tahun lepas, adalah daripada segmen kenderaan bermotor.

"Kami telah mengesan banyak penipuan dan tuntutan keterlaluan daripada segmen ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas pelancaran Konvensyen Tuntutan Antarabangsa 2012 oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Donald Joshua Jaganathan, di sini pada Isnin.

Mengenai pertumbuhan industri, Taipor berkata peserta-peserta perlu memperkukuh kedudukan masing-masing dalam pasaran ini kerana bank pusat telah membuka pintu kepada peserta-peserta asing lain.

-- BERNAMA

MYOC Club Members Convoy To Terengganu For Malaysia Book Of Records Feat



PUTRAJAYA, May 25 (Bernama) -- Some 230 Perodua Alza multi-purpose vehicles (MPVs) began a convoy from Putrajaya to Kuala Terengganu today in hopes to put the event in the Malaysia Book of Records as the Longest MPV Gathering.

The convoy, flagged off by Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek from the Youth and Sports Ministry Tower at 10am, involved 450 My Alza Owners Club (MYOC) members who will travel 471km to reach their destination.

MYOC Mega Convoy programme director Khairul Akhmal Mokhtar said the programme, which received cooperation from non-governmental organisation Aman Palestin, was also held to liven up the One Million Youth Gathering 2012.

"We will collect donations from each MYOC member which will help orphanages in Kuala Terengganu," he told Bernama here today.

Meanwhile, Ahmad Shabery presented RM3,000 to 30 students from Sekolah Pondok Agama Bustanul Ariffin in Banting, Selangor, on behalf of World Youth Festival Management Sdn Bhd.

The company is the organiser of the World Jazz Music event being held in conjunction with the five-day One Million Youths Gathering.

-- BERNAMA

GAMBAR REMY ISHAK – LAGU KELIP KELIP

 
KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak mengakui berasa malu menyanyikan lagunya sendiri walaupun single terbarunya iaitu Kelip-Kelip sudah siap untuk di keluarkan.
Remy berkata, dia tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyikan single yang dihasilkan untuk filem 29 Februari itu kerana tiada pengalaman membuat persembahan pentas.
 
"Jangankan membuat persembahan di hadapan penonton, semasa penggambaran babak yang memerlukan saya menyanyi pun saya berasa malu. Bagaimanapun, jika ada permintaan Insya-Allah saya akan lakukan," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Remy berkata, pada asalnya lagu tersebut dirakamkan untuk dimasukkan ke dalam satu babak filem berkenaan namun Edry Abdul Halim yang juga komposer terlibat mahu melancarkannya sebagai single.
 
Bagaimanapun katanya dengan menyanyi ia berjaya meningkatkan keyakinannya untuk bergelar seorang artis.
"Lagu tersebut adalah sebahagian daripada projek filem tersebut dan tidak terlintas di fikiran saya untuk menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun ia adalah satu pengalaman yang cukup berharga buat diri saya.
 
"Filem 29 Februari adalah sebuah karya cinta yang banyak main dengan emosi dalaman tambahan pula saya perlu menghayati lirik lagu berkenaan.

INIKAH ASTRO ON THE GO ? - ASTRO PERKENALKAN ASTRO MUDAH ALIH

 
ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) menyasarkan penembusan 100 peratus pelanggannya dalam tempoh beberapa tahun akan datang bersandarkan pelbagai pengenalan perkhidmatan baru yang menepati kehendak pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata, sebagai peneraju inovasi terkini, Astro mencatatkan beberapa kejayaan yang boleh melonjakkan nama pihaknya dalam industri hiburan termasuk definisi tinggi (HD), 3D, PVR dan Astro First.
"Langkah pertama merealisasikan misi 100 peratus itu dimulakan dengan pengenalan khidmat Astro On The Go yang membolehkan pelanggan mengakses saluran TV Astro bila-bila masa dan di mana saja menggunakan peranti mudah alih mereka.
"Sehingga kini, kami memperoleh 50 peratus penembusan bagi rangkaian di seluruh Malaysia dan Astro On The Go mampu memberikan kami satu langkah ke depan," katanya pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

UPU Fasa 2 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012

 
 
logo upu UPU Fasa 2 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012
UPU Fasa 2 lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012 560x66 UPU Fasa 2 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012
Kemaskini dan Permohonan UPU Fasa 2 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012 dibuka untuk kemaskini Permohonan Fasa 2 UPU. Khas untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012 / 2013 sebelum ini.
Biarpun UPU Fasa 2 tiada kaitan dengan rakan lepasan SPM 2011, tetapi disebabkan dalam blog ini ada banyak entri mengenai UPU, maka aku mahu kongsikan juga tentang permohonan UPU Fasa 2.

Lihat juga entri UPU yang lain

Info Fasa kedua UPU

Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang akan mendapat keputusan peperiksaan semester akhir mereka.

Permohonan Fasa 2 upu

Kemaskini Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu -
Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

UPU

Kemaskini Permohonan Fasa 2 untuk semua universiti kecuali USM perlu dibuat melalui laman web Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM – Fasa 2.
Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2012 sehingga 2 Jun 2012.
*Kemaskini Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

USM

Kemaskini Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my
Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.
*Kemaskini Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup

UPU – 2 Jun 2012
USM – 1 Jun 2012

Masalah atau Pertanyaan

UPU

Telefon: 03 8870 6755/6766, kaunter: 03 8870 6778, faks: 03-8870 6864 atau E-mel : upu@mohe.gov.my

USM

Telefon: 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my

Tambahan

Tarikh tutup untuk permohonan fasa 2 UPU ini haruslah diteliti oleh semua lepasan Matrik dan Asasi uitm 2012. Agar tidak berlaku sebarang masalah tentang kelambatan kemaskini maklumat UPU fasa dua asasi matrik ini.
Selamat maju jaya bagi pelajar yang bakal ke IPTA sesi akademik 2012 / 2013 bagi lepasan Matrikulasi dan Asasi. Semoga entri UPU Fasa 2 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012 ini bermanfaat.

Apa Benda ‘Oh My English!’ - Cecah 50,000 Pengikut Di Facebook!

 
 
Barisan pelakon Oh My English!
 
KUALA LUMPUR: Rancangan terbaru terbitan Astro TViQ iaitu Oh My English! kini diikuti lebih 50,000 pengikut di laman sosial Facebook walaupun program berkonsepkan pendidikan dan hiburan itu baru ditayangkan.
Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, sambutan hangat itu menjadi bukti bahawa program berbentuk pendidikan mendapat tempat di hati penonton di negara ini.
"Tujuan program ini diwujudkan adalah bagi memperbaiki pertuturan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia yang kadang-kala terlepas pandang tentang perkara-perkara remeh dalam penggunaan seharian.
"Dengan sambutan yang cukup memberansangkan itu ia bukti penonton dapat menerima program berbentuk pendidikan tapi dalam format yang menyeronokkan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran program itu di sini pada Khamis.
Oh My English! ke udara pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Prima (105) pada setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam bermula 8 Jun nanti.
Tambah Yasmin, selain Facebook, Oh My English! turut ditonton 900,000 orang di laman Youtube dan masih terus meningkat dan menjadi topik hangat yang kerap diperkatakan di laman Twitter.
Dalam pada itu, Yasmin berkata, Oh My English! mengambil pendekatan yang unik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris yang mana setiap episod sitkom selama setengah jam itu mempunyai tema perbualan yang boleh diguna pakai di dalam kehidupan seharian seperti perhubungan, sukan, muzik dan makanan.
Tambahnya, episod-episod tersebut juga mengandungi tiga kapsul pendek yang menerangkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul sama ada dari segi tatabahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat mahupun sebutan.
Ketua Pegawai Kumpulan The Star Publication, Ho Kay Tat (tiga dari kiri) dan Timbalan Ketua Pengarang II The Star, Leanne Goh (paling kanan) turut hadir ke majlis pelancaran program Oh My English! yang berlangsung di Hotel Hilton di sini pada Khamis. Turut kelihatan adalah Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, (paling kiri) Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan (tiga dari kanan) dan pelakon Harun Salim Bachik dan Zain Saidin.
 
"Sebagai tambahan, Astro juga telah bekerjasama dengan British Council dalam pembangunan kandungan pembelajaran Bahasa Inggeris, termasuk bahan-bahan dan kertas latih tubi lengkap, yang boleh didapati di laman rasmi Oh My English!
"Program itu juga akan dilengkapi pengalaman pembelajaran multimedia melalui internet, butang merah interaktif pada alat kawalan Astro, laman sosial, radio, siri bengkel di sekolah dan dalam bentuk cetakan," ujarnya.
Sementara itu, Yasmin berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam merealisasikan program tersebut yang menggalakkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat di kalangan masyarakat.
Yasmin berkata, kerjasama ini juga sebagai penanda aras bahawa Astro sentiasa menyokong usaha KPM yang ingin memberi informasi berguna kepada masyarakat.
Rancangan 20 episod itu menampilkan barisan pelakon yang berpengalaman dan baru antaranya pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagai pengetua.
 
Tidak ketinggalan pelakon-pelakon komedi dan peserta Raja Lawak Mega Mr. Os dan Harun Salim Bachik. Zain Saidin pula membawa watak Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris baru yang merupakan rakyat Malaysia yang dibesarkan di Britain.
Di samping itu, Oh My English! turut menonjolkan bintang–bintang muda berbakat seperti Izara Aishah, Addy Ashraf dan pasangan adik beradik Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy.
Antara pelakon-pelakon lain termasuklah Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohamad Nazri.
Tidak ketinggalan juga artis-artis tersohor tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak yang akan membuat penampilan istimewa serta memeriahkan lagi episod-episod tertentu.
Sebarang maklumat lanjut mengenai Oh My English! peminat boleh melayari www.ohmyenglish.com.my untuk mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.
Video-video terkini program itu juga boleh dilayari di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris.

Diploma untuk Lepasan PMR

 
 
300810 kemahran Diploma untuk Lepasan PMR
Diploma untuk lepasan SPM Keratan Surat Khabar 2012 560x499 Diploma untuk Lepasan PMR
Diploma untuk Lepasan PMR, Seronok bukan? Hanya lulus PMR sahaja dah boleh ambil diploma selama 4 tahun pengajian. Kira mereka ini sudah pasti hala tuju dan tak perlu lagi untuk menduduki SPM selepas PMR.
Lepasan SPM 2011 bukan main susah nak mohon UPU, biasiswa JPA, Pinjaman boleh ubah MARA, PILN, KPLSPM dan juga diploma. Semua permohonan untuk lepasan SPM benar-benar bergantung pada keputusan SPM 2011 yang mereka perolehi, itu pun belum jamin 100% lagi.

Sekadar info Diploma Lepasan PMR

1. Pelajar Lepasan PMR berpeluang dapat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam pelbagai kursus di 78 Kolej Vokasional Seluruh Negara.
2. Untuk permulaan, hanya ada sebanyak 15 sekolah menengah Vokasional (SMV) untuk lihat program ini berjaya atau tidak untuk kursus Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama 4 Tahun.
3. Pelajar yang mengikuti pelbagai kursus di kolej Vokasional akan dapat DVM yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia.
sumber gambar dan info – Bharian
Lepas ini, Lepasan PMR boleh terus mohon Diploma. Tidak perlu lagi jawab SPM, tunggu result SPM, mohon UPU, minta sana sini, pergi interview, lepas itu masuk Universiti. Itu pun kalau dapat masuk universiti pilihan, kalau yang tidak berjaya itu lagi sedih.
Aku tulis entri Diploma untuk Lepasan PMR pun sebab melihat kepada rakan Lepasan SPM 2011 yang dalam dilema memilih jurusan yang mereka bakal tempuhan. Yang sudah dapat Alhamdulillah, tetapi yang masih 'tanam anggur', aku turut simpati atas nasib korang itu.
Kan lebih baik lepas kita PMR je, boleh terus apply Diploma. Apa-apa pun, aku nak lihat sejauh mana pelajar Lepasan PMR ambil Diploma bagi mencapai masa depan yang lebih cerah.

11,764 Peminjam PTPTN Tidak Perlu Bayar Hutang Pinjaman

Datuk Ismail Mohamed Said
BANDAR TUN RAZAK – Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
 
Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.
Ismail berkata untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.
 
Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.
Ismail berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta.
Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.
 
Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya. — Bernama

Gambar Suspek Utama Pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya

Inilah wajah suspek utama dalam kes kehilangan serta kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawti Lawiya beserta 3 lagi yang lain. Nama suspek utama ni ialah DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (nombor kad pengenalan: 690211-10-5525) dan merupakan seorang peguam serta ahli bar council.
Kami juga ada mendengar 'cakap-cakap kedai kopi' mengatakan yang DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN ni pernah 'menghilangkan' beberapa ahli perniagaan sebelum Datuk Sosilawati Lawiya. Ntah betul atau tidak, itu tak pasti la pulak. Tapi bila difikir-fikir, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Kat bawah ni pulak wajah adik DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN iaitu SURENDREN A/L NALLIANNEN yang juga menjadi salah seorang suspek diatas kematian Datuk Sosilawati Lawiya.

Kolej Matrikulasi Gopeng

Owkeyh, semester sebelum nie Aliran Sains terbahagi kepada dua. Sains Fizikal dan Sains Hayat. Tapi untuk semester nie ada 3 modul untuk Aliran Sains.

Program Satu Tahun (PST)
Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul seperti yang disebutkan di atas. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

Program Dua Tahun (PDT)
Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul seperti yang disebutkan di atas. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

Program Teknikal
Program ini mula diperkenalkan pada sesi 2009/2010 dan dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Progam teknikal hanya menawarkan pengajian selama satu tahun dan struktur pengajian adalah sama dengan apa yang ditawarkan oleh PST 

Program Perakaunan
Program ini hanya menawarkan jangkamasa selama satu tahun sahaja. 

Kalau adik2 masih tak faham pasal PST dengan PDT nie,biar aku explain. PST ialah Program Satu Tahun n PDT ialah Program Dua Tahun. Dalam surat tawaran dia ada statekan kita dapat yang mana 1. Kalau result okay n lepas syarat asas kebiasaannya dapat PST n kalau yang result yang slack sikit selalunya akan dapat PDT.

Pasal modul2 plak. Macam maklumat kat bawah nie. Sebelum nie,ktorang subjek teras ada 3 je. Tapi semester nie 4 subjek teras. Jam kredit pun dah berubah. Campur dengan subjek tambahan (subjek wajib) lagi macam Kokurikulum, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral dengan Kemahiran Dinamika. Seriously,jadual korang akan pack gila. Means dalam seminggu ada 3 hari korang belajar daripada pukul 8-5, sehari belajar 8-4 n jumaat 8-12. Waktu rehat depends on sesetengah Matrikulasi. KMPk masa rehat pukul 1-2.

Modul I
1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Biologi
Modul II
1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Sains Komputer
Modul III
1. Matematik 2. Kimia 3. Biologi 4. Sains Komputer

Confirm Modul I ramai orang. Hu3.. Tapi adik2 jangan risau,walaupun 4 subjek teras tapi lesson dia dah dikurangkan dan senang2 sikit. Macam semester lepas, aku aliran Sains Fizikal n belajar Fizik semester 2 dalam 15 chapter. Bayangkanlah 15 chapter dalam masa 5 bulan lebih nak dihabiskan. Kalau SPM setahun pun 6/7 chapter kan?

K,so adik2 yang dapat Aliran Sains buatlah keputusan bijak nak masuk Matrik ke tak? Kalau nak masuk nak ambik Modul yang mana 1? Tapi,seriously aku nak bagitau yang zaman Matrikulasi best sangat. Based on pengalaman senior2 lepas kat U pun cakap macam tue. Haa..Nak bagitau,walaupun korang ambik 4 subjek wajib,jadual pack giler pun korang punya elaun still sama macam ktorang. RM1250 for 1 semester je. Hu3... Kalau ada apa2 nak tanya or nak suruh story pasal KMPk ke? Rajin2 lah tinggalkan comment kat bawah nie yerk. InsyaAllah,kalau ada masa aku akan update untuk korang buat pilihan yang sewajarnya. Ayat~

P/s; Ada sape2 dapat Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) tak??

MUET

As for the objective section, I got a perfect score here (135/135, I think?) by simply being careful and using every minute I had to go over the questions.

MUET Tips


The only tips I have would be :
  1. Read as much as you can, not just for the exam, but for your own enrichment and enjoyment. This is seriously the best way to prepare yourself for MUET, as it helps you understand the finer nuances of the language and the subtle meanings and slight but critical differences in the meanings of similar words.

  2. Speak English as much as you can. I speak English all the time (and I mean ALL the time) and this has helped me to speak clearly and confidently. Even if you're weak in it, persist at it. There is no better way to better yourself in this area than by speaking the language.

  3. Participate in the UNSW (University of New South Wales) International Competitions for Schools, English. It is an international competition that I participate in every year, and I find it extremely useful as they give you detailed descriptions of your mistakes, how proficient or accurate you are compared to the rest of the country, and how you rank amongst the students in your country.

    I've been taking part in it for 3/4 years now, and every year I rank among the top 2% of the country, getting a Distinction. I find it to be very useful as it is MUCH TOUGHER than MUET, and is great help for your objective section, although it does focus on literature and 'deeper' pieces compared to MUET.

  4. Get involved in English based activities. I was actively involved in public speaking and debating in my secondary school, and this helped to further refine and polish my English speaking skills (plus it helps with the counter arguments during the speaking test - quick rebuttals always save the day!). Also get involved in drama as this helps you think creatively and also to express all sorts of emotions/convince the audience etc.

MUET Experience


My MUET experience was pretty ordinary. I missed my Band 6 the first time by a mere 4 points and that was pretty upsetting - I breezed through the objective part too quickly, I think, causing me to lose those much needed marks.

Second time around, I was more careful. I made sure I went through my objective session thoroughly and also drew on my National Service experience and knowledge to make my essay on firearms convincing. I practiced the speaking section with a group of people on the same level of eloquence and intelligence (such as other national level best speakers + drama champions), ensuring that I wasn't just out talking the rest, but actually facing a challenge with answering their sharp and incisive questions and also thinking on my feet.

When I got my Band 6, I was elated, as it wasn't just a scrape through but a comfortable score of 273. I knew I could do it, and I wish I had been more serious during my first try as it would have saved me RM 60, hee.

All in all, it was a pleasant journey that was not taxed by arduous preparation. technically, I had been getting ready for it all along, as I read a lot, speak English all the time, enter English related competitions and get involved in English related school activities. I'm glad that it has all paid off - the Band 6 truly was the icing on the cake.

About the Author
Michelle Tam is currently an Upper Sixer in St. Paul's Insititution, Seremban. She is an outgoing, creative person who is highly enthusiastic about all life has to offer, yet practical, sensible and mature when occasion calls for it, due to the many responsibilities shouldered in the past (Asst Head Prefect, Editor of the The Paulian, Sports House Captain, Cheer Team Captain etc etc).

She is also an avid reader and writer, as she loves anything and everything to do with the English Language. She takes part in as many writing competitions as she can, garnering Highly Commended's in the international Royal Commonwealth Essay Competition and emerged as runner up in the Oxford-Cambridge Essay Writing Competition in 2005, am the school's drama team's script editor (they are going to the nationals in Langkawi!) amongst a few achievements.

Update: I asked Michelle to share the answers for reading comprehension paper of MUET April/May 2007 and she replied,
heya chong, i'm sorry, i can't find my reading comprehension paper :( you're not the first to ask for it, and i wish i had put it away properly.

my apologies once again!

Kempen Sokongan terhadap Banduan palestin

 
 
Minta TOLONG semua shabat
Menukar gambar profil anda

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media !

Sila pakai Badge ini di profile face book anda.










Dan boleh letak ini ditime line facebook anda, nyatakan sokongan pada tahanan palestin, Jadilah insan yang peduli.


Video Temuramah wartawan alhijrah yang kena belasah masa bersih 3

Di bawah anda akan melihat video penuh 23 Minit menceritakan keganasan perusuh puak pakatan haram yang kononnya mengatakan mereka tidak bersalah di keluarkan khas untuk anda !!! siapa yang mulakan dulu ??? siapa yang musnah kan harta awam ??? siapa yang membelasah dan memijak wartawan ??? semua kisah ada di bawah

http://kedahkekl.blogspot.com/2012/05/panass-benarkah-wartawan-tv-al-hijrah.html

ADAKAH INI DI KATAKAN PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

Pelajar ke tingkatan 6, matrikulasi dan IPT dikecualikan sertai PLKN

KUALA LUMPUR: Pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS dibenarkan menangguh untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang
Kechil, berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, dengan pelatih dibenarkan menyertai PLKN selepas tamat pengajian.

Persetujuan juga dicapai untuk menetapkan had umur maksimum 35 tahun untuk
peserta menyertai program itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan
pergerakan pelatih-pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 9 di Padang Bangunan Zetro,
Wangsa Maju di sini, hari ini.

Program 2 Siri 9/2012 PLKN yang bermula hari ini melibatkan pergerakan 53,348 pelatih di seluruh negara dengan menaiki 906 bas, 46 penerbangan dan
sembilan feri untuk tempoh tiga hari ini.

Pergerakan hari ini membabitkan seramai 19,300 orang dengan menaiki 324 bas, 29 penerbangan dan sebuah feri.

"Penangguhan ini bagi membantu ibu bapa supaya tidak perlu mengambil anak
mereka yang menyertai latihan ini untuk melanjutkan pelajaran dan akan
menghantar anak mereka untuk menyertai latihan ini kembali setelah tamat
pengajian," katanya.

Abdul Hadi berkata, selain itu, calon yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dijangka diumumkan
pada September depan, dibenarkan untuk memohon menyertai PLKN.

Beliau berkata, permohonan untuk menyertai PLKN akan dibuka seawal-awalnya hujung minggu.

Abdul Hadi juga berkata, JLKN juga mengadakan kaji selidik mengenai
status indeks jisim tubuh (BMI) 32,032 orang pelatih PLKN kumpulan satu awal
tahun ini bagi mengenal pasti kesesuaian aktiviti fizikal atau keperluan mereka.

Katanya selepas 10 minggu menyertai PLKN, seramai 397 daripada 2,502
peserta yang di bawah kategori obesiti dan 207 orang daripada 4,003 peserta di
bawah kategori gemuk berjaya menurun berat badan.

Kesemua 504 peserta itu mendapat berat badan yang ideal setelah menamatkan
latihan mereka, katanya.

"Ini adalah kali pertama program itu dijalankan, dan berharap selepas mereka
menamatkan latihan ini, mereka akan terus mengekalkan berat badan yang ideal, "
katanya. - BERNAMA

Semakan Keputusan Matrikulasi 2012/2013 (KPM). Kemasukan Terbaru

Kalau sebelum ini, anda sudah menerima keputusan SPM 2011 dan telah pun menghantar permohonan matrikulasi 2012. Pejam celik pejam celik, cepat rasanya masa berlalu kerana pada minggu hadapan bersamaan 25 April 2012 anda sudah boleh mula membuat semakan keputusan Matrikulasi 2012 (Kemasukan 2012/2013).
Tarikh-tarikh Penting Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2012
    * Semakan Keputusan matrikulasi 2012 : 25 April 2012 (Laman Web KPM : moe.gov.my)
>    * Rayuan Matrikulasi 2012 Ditutup : 13 Mei 2012
>    * Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru : 21 Mei 2012 (Melibatkan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan Sahaja)
>    * Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru : Semua Kolej-kolej yang Lain
>    * Keputusan Rayuan Matrikulasi 2012 dan Ambilan Kedua : 7 Jun 2012
>    * Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan & Ambilan Kedua) : Jun 2012
Cara Semakan Keputusan Matrikulasi Kemasukan 2012/2013
Semakan Keputusan Matrikulasi 2012 boleh dilakukan dengan dua cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
>    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
Pendaftaran Matrikulasi 2012
    * Jika anda berjaya  mendapat tawaran ke kemasukan Matrikulasi 2012, anda perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
>    * Bawa sekali surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian diingatkan perlu dicetak sendiri oleh anda yang berjaya dan dibawa semasa hari pendaftaran kelak
>    * Anda yang berjaya, diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
Rayuan Matrikulasi 2012
    * Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
>    * Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
>    * Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.
P/S : Kami doakan anda semua yang diterima masuk berjaya meneruskan pengajian ke menara gading dengan jurusan yang anda inginkan. Gunakan tempoh sepanjang pengajian di matrikulasi dengan sebaiknya.
PP/S : [UPDATE] Semakan keputusan Matrikulasi 2012/2013 telah pun dibuka

Semakan Keputusan Permohonan IPTA & Politeknik sesi 2012 / 2013

Semakan Keputusan Permohonan IPTA Using SMS :
Type UPU RESULT [No kad pengenalan] and send to 15888.
* After msg is send, just wait, sometime it may take up to 10-30 minutes, pls be patient
Using Hotline :
You can call this special hotline regardless any enquiries to Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi at 03-55692840.

Fasha Sandha Sudah Hamil

 
Fasha Sandha menerusi laman Facebook'nya telah berkongsi satu berita gembira dimana dia kini sudah hamil. Seperti yang ditulis:-
Bunting pelamin, Rezeki dari Allah yg paling bermakna buat setiap pasangan suami Isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami ber2 dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin
Fasha melakukan pemeriksaan doktor sebaik sahaja pulang daripada berbulan madu dan dia disahkan sudah hamil 2 minggu.
Perkara ini turut disahkan oleh pengurus Fasha, Nik Yasmin melalui satu kiriman pesanan BBM yang dihantarkan kepada media.
Tahniah Fasha dan Jejai.

Panas - Saiful Apek Melancarkan Perang Terhadap David Teo

Ini memang panas! Saiful Apek telah melancarkan 'perang' terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.
 
 
Selain isu tidak melunaskan pulangan pelaburan berjumlah RM200 ribu itu, perkara lain dibangkitkan oleh Apek adalah kegagalan David Teo menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun dan ianya ditandatangani pada tahun yang sama.
Menurut Apek, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.
 
Sehubungan itu, pada Ahad ini jam 2 petang, Apek dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David Teo akan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Nur Fathia - Nak cari bf dah ni

Muka depan B*Pop hari ini.
Pelakon baru akui buat kesilapan hingga jadi bahan teguran dalam media massa

HAMPIR dua tahun memilih jalan sebagai anak seni, Nur Fathia Abd Latiff berdikit-dikit mencuri ruang untuk bersaing dengan pelakon sedia ada dan bakat baru yang seangkatan dengannya. Cuma, sejak setahun lalu baru nama si tinggi lampai berusia 24 tahun ini berjaya mencuri perhatian sekali gus dikenali ramai peminat hingga melayakkannya menjadi finalis kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.
Namun, sayang di saat kehadiran gadis berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini semakin mula diperkatakan secara meluas, kerjaya seninya tak semena-mena dilingkari kisah kurang enak. Ia sedikit sebanyak mencalar reputasi dan kredibiliti profil penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini.
Sangkakan 'gerhana' pada tahun lalu dapat ditinggalkan dengan harapan 2012 bakal membuka citra baru dalam hidupnya, hujung tahun lalu dan awal tahun ini, bakal peguam ini sekali lagi dicuit dengan kisah tidak bergaul dan menghormati pelakon senior dan 'mengusung kekasih' di lokasi penggambaran selain bersikap demanding.

Persoalannya yang terus bermain di fikiran, tak serik atau tidak berubah lagi finalis ABPBH 2011 ini? Selesai peperiksaan akhirnya dan sekembali dari percutian ke Phuket bersama keluarga, Fathia diundang ke sesi fotografi B*POP, baru-baru ini.

Terdahulu, Ahad lalu, dia turut bersama beberapa rakan artis lain bertemu peminat di Kuching, Sarawak sempena promosi khas ABPBH 2011 menerusi tajaan Lord's Tailor.

Anggun dengan dua persalinan Ariff Shukor, solekan Valshuq dan dua rekaan barang kemas, Golden South Sea Pearls with Diamonds serta White South Sea Pearls With Diamonds dari Rafflesia The Pearl Centre, Fathia ditanya bagaimana dia mahu kembali menagih kepercayaan yang kian terhakis.
"Mungkin apa yang terjadi selama ini ada yang datang dari silap sendiri dan ada yang jelas di luar kawalan saya sebagai manusia biasa. Kalau ia datang dari kelekaan dan kekhilafan diri, saya tak segan tampil mengaku, contohnya macam isu lambat pulangkan baju sebelum ini.

"Saya sedar kontroversi dan gosip ini sudah menjadi mainan dalam dunia seni. Cuma, pada saat ini dan tempoh mendatang, saya seboleh-bolehnya tak mahu mengulangi kesilapan lama. Saya tak boleh terus di takuk lama, saya kena perbaiki diri dan lebih berhati-hati.

"Saya seperti manusia lain yang tak lepas melakukan kesilapan itu dan ini. Saya bukan malaikat atau bidadari. Setiap nasihat dan teguran teman dalam industri saya jadikan pedoman dan dorongan untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya," katanya saat pertemuan di premis Jewellery Circles Sdn. Bhd berdekatan dengan Rafflesia The Pearl Centre, Grand Plaza Parkroyal, KL.

Jauh sekali mahu menuding pihak lain, Fathia lebih selesa bermuhasabah diri dan enggan lagi menoleh ke belakang kerana minatnya dalam dunia lakonan yang disifatkan sebagai kerjaya sambilan sudah mula bercambah menjadi cinta.

"Apa yang saya persembahkan selama ini sebagai Fathia, bukan plastik. Ia adalah diri saya sendiri. Tapi kita tidak boleh mengharapkan orang di luar mudah menerima cara kita. Itu adat. Dulu saya akui tidak matang dan cepat bertindak apabila dicuit atau tertekan.

"Saya tidak sedar dan rasa diri ini sebenarnya sudah bergelar figura awam dan hampir setiap inci langkah dan perbuatan kita diperhatikan. Jadi, saya perlu sedar ruang, kena relaks dan berfikir panjang dulu sebelum bertindak membuat kesimpulan sendiri. Saya perlu bersikap memerhati dan tidak boleh terlalu galak dalam setiap langkah atau tindakan. Saya tidak mahu mempersiakan kepercayaan orang.

"Malah, saya mula rasa terharu ada remaja yang melihat saya sebagai idola termasuk memberi kata semangat dalam blog dan Twitter," katanya yang sedang sibuk melunaskan baki penggambaran drama Mahabbah untuk slot Samarinda di TV3 arahan Jamal Khan bergandingan Azley Khairi bakal disiarkan tak lama lagi.

Sudah bersedia cari Mr Right

MENYINGKAP sisi peribadinya, ada cerita yang sudah mula kedengaran mengatakan Nur Fathia kini sedang menjalinkan cinta dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati Marsha dikenali dengan pangkal huruf Z. Sebelum ini, pernah timbul cerita kekasihnya yang memandu Lamborghini datang ke lokasi penggambaran membabitkan Fathia.

Hal berkenaan tidak dinafikan pelakon filem Al Hijab itu. Cuma akui Fathia, dia tidak selesa mengkelaskan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta. Mereka hanya sekadar berteman baik. Namun, tanpa berselindung, Fathia mengakui dia kini sudah bersedia dan masa juga sudah tiba untuk mempertimbangkan soal mencari Mr Right.

"Ikutkan sejak usia 18 tahun lagi saya sudah mengenali dia (Z). Memang dia ada datang ke set penggambaran menghantar makanan. Kebetulan saya teringin nak makan, jadi dia sudi belikan dan menghantarnya. Kami kenal dulu pun melalui kawan.

"Masa dia bercinta dengan Marsha, saya menghormati hubungan mereka dan tidak pernah menghubunginya. Jujur saya katakan selepas kami rapat kembali tempoh ini, hubungan itu masih kekal sebagai kawan. Tak berputik apa-apa langsung perasaan. Kami pernah keluar berdua dan beramai-ramai di tempat terbuka," katanya sambil memberitahu baki pengajian tinggal dua tahun lagi.

Fathia menambah lagi, saat ini juga dia sudah bersedia untuk kembali menghangatkan persada seni. Sewaktu berdepan saat getir menghadapi peperiksaan untuk pengajiannya, Fathia tidak menafikan terlalu rindu untuk berlakon balik.

"Paling mengejutkan apabila menerima pencalonan Top 5 dalam ABPBH 2011 kategori Artis Baru Wanita Popular. Sejujurnya, saya tak sangka. Dengan kontroversi dan gosip, ingatkan satu Malaysia tak sukakan saya. Tapi, Alhamdulillah masih ada yang sokong kewujudan saya.

"Bukan mahu berbunyi klise, tapi menjadi finalis sudah saya anggapkan sebagai kemenangan terbesar. Pencalonan ini mengingatkan betapa impian nak dicalonkan untuk ABPBH sudah lama, cuma belum rezeki. Teringat kembali kenangan ABPBH 2009 dan 2010, saya hadir sebagai tetamu dan tahun ini lain macam sebab bertanding sama," katanya yang sedia menerima tawaran untuk watak bertudung.

Dijangka April ini, Fathia akan ke lokasi penggambaran filem keduanya, Kotaraya arahan Idril Minhat. Filem yang diilhamkan Helmy Hamdan dan Pasha Ahmad ini mendapat kerjasama syarikat Angry Men dan Grand Brilliance. Ia akan turut dibintangi Qi dan Sara Ali.


Profil Nur Fathia

Nama sebenar: NUR FATHIA ABD LATIFF
Tarikh lahir: 1 SEPTEMBER 1987
Umur: 24 TAHUN
Asal: AYER HITAM, PULAU PINANG
Keluarga: ANAK SULUNG DARIPADA EMPAT BERADIK
Filem: AL HIJAB
Iklan: SUNSILK, NESPRAY, BRYLCREAM, HOTLINK, PERODUA DAN PANASONIC

REKOD DUNIA: LEMBU SEBESAR GAJAH [GAMBAR]

LONDON – Seekor lembu di Britain mungkin mencatatkan rekod baru dunia sebagai yang terbesar selepas mempunyai ketinggian 1.8 meter dan mempunyai berat hampir satu tan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun mempunyai saiz sebesar anak gajah, lembu yang dinamakan Chilli itu hanya memakan rumput dan kadang-kala diberi makan lobak.
Chilli yang berusia sembilan tahun dipelihara di Pusat Jagaan Haiwan Ferne di Chard, Somerset di Britain selepas diserahkan oleh tuannya ketika berusia enam hari.
"Kami mula menyedari Chilli lebih besar daripada lembu yang lain ketika ia sedang membesar," kata pengurus pusat itu, Naomi Clarke.

GAMBAR - Proton Prevé Turbo CVT and IAFM Manual tested

 
I've had a go at the Proton Prevé, finally. After hearing so much about it from my colleagues (raves and rants, but more of the former) who attended the preview drive, and seeing the latest Proton in the metal at the launch, a drive event to Cherating in THE car of the moment was not to be missed!
The media drive was divided into two groups, and I drove the Prevé on the return leg from the East Coast to KL. Two variants out of three were brought to the event - the range-topping Preve 1.6 CFE (turbo engine and CVT gearbox) and the entry level 1.6 Manual, powered by the Campro IAFM+ engine.

Image - Toyota Estima MPV gets a new facelift for 2012

 
The Toyota Estima has been given a facelift for 2012, about three years after the last update which saw Toyota giving it a minor revision to the shape of the headlamps.
For the 2012 facelift, the Estima's front end has been given a new aggressive look, with a lot of angular detailing on the front bumper, and a front grille design that now follows the bottom edge of the headlamp.
There are not many changes at the rear of the car - the Estima continues to have a sleek silhouette, giving it a sportier look as opposed to the huge boxy "VIP style" look that its bigger brother the Alphard carries.
Engine options also continue to be the same - either a 2.4 litre four cylinder 2AZ-FE making 170 PS and 224Nm mated to a CVT gearbox, or a top of the line 280 PS 344Nm 3.5 litre V6 engine mated to a 6-speed automatic transmission.
Various gadgets that were already on the pre-facelift Estima continue with the new model, such as the Lane-Keep Assist (LKA) system which detects the lane markers on the road and takes control of the electric power steering to keep the car on course, and the Adaptive Front-Lighting System low beam headlamps wihichswivels according to steering position to help light up the upcoming road around a bend.
The Estima is also equipped with a S-VSC system, an enhancement from the regular VSC system, which can use the electric power steering to apply appropriate steering torque to help stabilize the car.
Look after the jump or click any of the images above for a small gallery.

Ketahui Tafsiran Angka 2012 Dalam Al-Quran

 
 
PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub…ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.
Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.
Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.
Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
Penemuan 2012 dalam al-Quran
Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;
13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77
dan jumlahnya
13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433
merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).
Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);
30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h
Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).
Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.
Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.
Apakah Peristiwa Itu?
Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.
"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke – 1433 dalam ayat Quran [2:24]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don't do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke – 1433 dalam ayat Quran [2:86]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.
" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke – 1433 dalam ayat Quran [10:69]
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam.

Cara semak status lepasan SPM

KUALA LUMPUR 7 Mei - Status keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya boleh diketahui mulai hari ini.
Keputusan permohoan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pula boleh diketahui mulai 12 tengah hari esok, demikian menurut kenyataan akhbar ketiga-tiga universiti itu yang dikeluarkan di sini hari ini.
 
Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://www.um.edu.my/
kemasukan, http://www.ukm.my/
kemasukan/tawaran
dan http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM, program Asasi Pintar di UKM dan program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.
 
Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula esok hingga 15 Mei ini.
 
Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM adalah pada 23 Mei bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi, program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei, manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu. - BERNAMA

Dictionary percuma online

Sila download kat sini:
 

Aroma seksi Marsha + Julie Woon



SAMBUTAN Hari Natal yang jatuh pada hari ini tetap disambut dengan cara tersendiri oleh dua selebriti tempatan, Marsha, 26, dan Julie Woon, 27. Malah, tiada apa bezanya dengan penganut Kristian yang lain kerana saban tahun setiap kali perayaan Krismas ini menjelma, meluangkan masa bersama keluarga antara satu kemestian.
Menyatukan kedua-duanya untuk sesi muka depan B*POP kali ini juga atas alasan mereka mempunyai persamaan yang nyata kerana kecenderungan memilih lelaki Melayu sebagai arjuna hati. Selain kedua-duanya juga mempunyai 'aroma' seksi dalam bergaya dan personaliti.
Demi meraikan keghairahan kedua-duanya, tema color blocking dipersembahkan dengan ilham idea pereka fesyen, Hazree Wahid. Warna rona merah menjerit memang cukup sinonim dengan sambutan Krismas, malah turut menjadi pilihan Santa Claus yang sinonim dengan perayaan ini.

Gandingan ini menjadi pertemuan kali kedua untuk bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan personaliti 8TV menerusi program Quickie itu. Kali pertama mereka bersua ketika Marsha menjadi artis undangan program 8TV Whack It yang dihoskan Julie dan Prem Shankar.

Mengimbas kembali sisi peribadi, Marsha pernah diingati dengan cinta bersama rakan seperjuangannya di AF3, Kefli dan jejaka dengan huruf pangkal Z di mana kedua-duanya sudah pun berakhir. Kini, Marsha sedang bahagia dengan kerabat Pahang, Tengku Burn sejak cinta mereka mula bersemi beberapa bulan lalu.

Julie pernah diingati dengan hikayat cintanya bersama Qushairi atau Qi. Namun, cinta itu yang berputik sejak sama-sama berlakon dalam drama Blogger Boy sudah lama berakhir. Kini, Qi diketahui umum sedang meniti bahagia bersama penyanyi popular, Yuna.
Bagi Marsha yang sedang sibuk melunaskan baki penggambaran drama Bicara Hati arahan Osman Ali bagi siaran Astro Prima (Selasa, jam 9 malam bermula 3 Januari depan), saat ditanya mengenai kamar hatinya, dia memilih untuk tidak terus menyembunyikan status hubungannya dengan Tengku Burn.

"Lebih baik saya berterus-terang dan mengaku. Kalau tak cakap perkara betul selagi itu pasti ada yang akan cuba mencari kesahihan. Tak kisahlah kalau ada yang tak suka jika saya memilih untuk tidak berselindung. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira bersamanya selepas tiga bulan kenal rapat," katanya yang merancang lebih-lebih mengenai fasa hubungannya dengan Tengku Burn kerana bimbang apa dirancang tak menjadi.

Dalam sisi lain, 2011 turut dicemari kontroversi buat wanita kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini. Gimik kononnya berkahwin secara rahsia di di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan dituduh cuba melakukan cubaan membunuh diri dengan mengambil pil secara berlebihan antara contoh.

"Ada yang positif dapat saya raikan tahun ini terutama memiliki album dan tidak kurang juga kontroversi yang cukup menyesakkan jiwa. Tahun 2011 tahun cukup mencabar diri. Kontroversi yang terjadi bukan dibuat-buat atau disengajakan terutama berkaitan gimik kahwin itu.

"Tiada niat pun untuk saya mencipta publisiti murahan sebegitu. Cuma apabila disalah tafsir dan jatuh hukum, ia jadi lain. Tapi saya tidak mahu lagi mengenang kisah lalu. Saya nak buka buku baru sempena kedatangan 2012 beberapa hari lagi.

"Musim 2012 juga menjadi tahun untuk saya terus memberi tumpuan terhadap kerjaya. Banyak lagi saya ingin capai sejak tahun lalu, namun belum menjadi kenyataan. Perniagaan jeans saya pun belum terbukti dan lagu dihasilkan pun tidak memberi impak. Harap-harap saya tidak terus dibayangi dan dihantui kontroversi lalu," katanya yang bergandingan dengan Sharnaaz Basir Ahmad dam Cris Cempaka dalam drama Bicara Hati.

Ditanya mengenai sambutan Krismas tahun ini, Marsha yang berada di bawah pengurusan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment Sdn Bhd diberi pelepasan bercuti daripada berlakon sejak 23 hingga 27 Disember ini. Bagaimanapun tahun ini, Marsha hanya menyambutnya di Kuala Lumpur saja.

"Selalunya saya sambut Krismas di Sabah dan kadang-kadang keluarga saya pun turun Kuala Lumpur. Cuma tahun ini kami tak beraya sakan sangat sebab masih dalam proses berkabung sejak kematian datuk, Basanda Ponguk, dua bulan lalu. Kehilangannya masih dirasai apatah lagi saya cukup rapat dengannya.

"Saya hanya beraya dengan abang dan mungkin lepak dengan kawan-kawan. Rutin biasa bertukar-tukar hadiah tak dilupakan. Mujur saya sempat belikan hadiah sejak dua minggu lalu kerana ada undangan persembahan di Sabah. Jadi alang-alang sudah tahu tak balik beraya, saya sudah belikan hadiah untuk keluarga.

"Sekarang kalau beli hadiah untuk perayaan ini, saya sudah mula merancang bajet. Tidak seperti awal kemunculan AF3, saya memang boros dan beli hadiah sesuka hati. Kenangan bersama mendiang datuk juga masih terasa hingga kini," katanya yang turut diundang berlakon dalam telefilem Penjara arahan Michael Ang bersama pelakon seperti Erra Fazira, Elliza Razak, Zarina Zainoordin, Sharifah Shakinah dan Azza.

Julie tak kisah dapat jodoh lelaki Melayu

BAGI Julie Woon, seperti biasa dia akan menyambut Krismas di Kuala Lumpur. Kali ini, dia meraikannya bersama ibu tersayang kerana bapanya berada di Sabah, abangnya di Manchester, England. Tiada persiapan khusus dilakukan kerana apa yang penting baginya ialah mensyukuri nikmat kehidupan yang dilalui ini.

Kata Julie, makan besar antara yang dinanti-nantikan setiap kali tiba Krismas. Rutin bertukar hadiah sesama sendiri tak sesekali dilupakan. Krismas ini juga masa terbaik untuknya memberi hadiah kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Makan besar selalunya bukan hanya pada malam Krismas bersama keluarga dan sanak saudara. Empat hari sebelumnya pun sudah ada sesi makan besar dengan kawan-kawan. Saya juga bercadang untuk menurut jejak kawan untuk membuat amal menjelang Krismas.

"Kawan saya setiap tahun akan membeli apa saja makanan atau barangan untuk dikongsi dengan mereka yang memerlukan atau tidak mempunyai tempat tinggal. Tahun lalu, kawan saya membeli 200 burger untuk diagihkan kepada masyarakat miskin di sekitar tempat tinggalnya. Jadi, saya pun nak buat benda yang sama tahun ini.

"Selain itu, kenangan bertukar hadiah yang dipanggil Secret Santa juga masih diingati. Dulu saya sesama kawan akan melakukan cabutan bertuah dengan bertukar hadiah secara rahsia dengan bajet paling maksimum sebanyak RM50. Bererti, kami menerima hadiah tanpa mengetahui siapa pemberinya," kata pengacara Take Me Out versi Malaysia itu.

Musim 2012 juga menjadi tahun ketiga Julie bersama 8TV Quickie. Julie juga menjadi antara pengacara perintis program berkenaan bersama Prem dan Zher. Kini bilangan hos program terbabit turut bertambah, selain hubungannya dengan kru dan hos 8TV Quickie semakin erat.

Julie mula membabitkan diri dalam bidang pengacaraan sejak enam tahun lalu dan mengakui peluang dibuka 8TV kepadanya menjadi landasan terbaik memasarkan diri dalam liga seni. Selain mengacara, berlakon iklan dan drama, Julie juga aktif menjadi pengacara majlis.

"Kerjaya ini juga membuka ruang mengembara ke negara orang. Tahun ini saja saya dapat ke Sepanyol dan Itali kerana terbabit dalam kerja mengacara. Tahun depan, saya mahu mengembara lagi untuk menimba pengalaman," katanya yang meletakkan soal cinta di tangga kedua selepas kerjaya.

Sambil berseloroh, Julie memberitahu, dia merancang bertunang pada 2013 dan berkahwin sekitar 2014.

Difahamkan selepas putus cinta dengan Qi, dia sempat bertemu pengganti dengan lelaki Cina yang juga kawan kepada pengurusnya. Mereka saling mengenali ketika Julie terbabit dalam penggambaran telefilem Qalbu di Ipoh, Perak. Lelaki itu bukan orang seni dan tinggal di Australia dan sesekali pulang ke Malaysia.

"Tapi hubungan itu sudah putus sejak dua bulan lalu. Kini saya ada berdating dan terbuka dalam soal berkawan. Saya pun tak kisah berkawan dengan lelaki Melayu atau Cina. Kalau ada jodoh dengan lelaki Melayu atau disyorkan sesiapa, saya OK saja," katanya yang cuba berselindung mengenai status sebenar dirinya kini sama ada sudah bertemu pengganti atau tidak.

PROFIL Marsha
Nama: MARSHA MILAN LONDOH
Tarikh lahir: 6 DISEMBER 1985
Tempat lahir: MICHIGAN, AMERIKA SYARIKAT
Filem: CUN, 4 MADU, MAGIKA, SENARIO EPISODE 2: BEACH BOYS, SAUS KACANG, MISI 1511
Drama: MIMI MENCARI CINTA, KUM KUM, AWAN DANIA 3, SERIBU KALI CINTA, DOTTIE, K.I.T.A, HOTEL MANIA, MEGA SEKEPING HATI, KORBAN 44, KERANA KARINA

PROFIL Julie Woon
NAMA KOMERSIAL: Julie Woon
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Julai 1984
PENDIDIKAN: Diploma Pemasaran & Perakaunan Kolej Metropolitan
KARIER: Pengacara, pelakon dan model
IKLAN: HSBC, Sony Handycam, Maxis, Volkswagen, 1Utama, Canon, Myeg

ANTARA DRAMA & TELEMOVIE: Tin Kei Bin, Like Sunshine After Rain (drama Mandarin), Perfect Match (drama Taiwan), Blogger Boy musim pertama dan kedua, Rembak, Qalbu

PENGACARA PROGRAM: Absolute Football menerusi saluran Astro SuperSport (2006), Championship Gaming Series (Astro Star World/ 2007), Motorsports@Petronas (ESPNStarSports/ 2008), Motorsports@ Petronas (ntv7/ 2009), 8TV Quickie, Looking Good With Watson.

Penghargaan
Solekan: Marsha (Jijie Zainal, gg_dayantee@yahoo.com, www.facebook.com/jijie.zainal) dan Julie Woon (Chomel Redza, chomel.redza@gmail.com)
Busana: Hazree Wahid (hazreewahid@yahoo.com, www.twitter.com/hazreewahid

LAWAK - KEDAI PAKAIAN LELAKI

Seorang pengurus pusat membelibelah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.

Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.

"Itu bagus", kata pengurus tersebut. "Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?" "Pakaian Lelaki", kata lelaki tersebut.

Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin "Pakaian Lelaki" pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. "Tidak masalah", kata lelaki tersebut.

Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab "Pintu Masuk".

Ciri orang yang cinta korang

 
 
Dalam kehidupan seharian, pasti anda tidak akan sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri anda merupakan satu petanda bahawa si dia sebenarnya mencintai diri anda dan ramai yang tidak menyedarinya lebih-lebih lagi pada mereka yang telah berkawan sejak dari kecil lagi.
Mungkin si dia tidak ingin anda tahu secara terus daripada mulut si dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan dan mungkin anda tidak sedar dengan perbuatan yang dilakukannya sebenarnya menunjukkan bawaha si dia ingin meluahkan rasa cinta pada diri anda. Berikut merupakan ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai diri anda.
  • Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada anda sahaja.
  • Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting anda bahagia dan anda tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai anda selalu menerima anda apa adanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda merasa berat badan anda sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai anda selalu ingin tahu tentang apa saja yang anda lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan anda.
  • Orang yang mencintai anda akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun anda tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika anda menyambut hari jadi dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang anda adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  • Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama anda, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  • Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai anda.
  • Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran anda, bahkan mungkin meminjam CD milik anda, kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda – kesukaan anda kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan anda, tapi akhirnya dia berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu anda mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda, kerana dia bimbangkan tentang anda, peduli tentang anda.
  • Jika anda mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada anda.
  • Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat anda itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai anda selalu ingin berada di dekat anda dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan anda.
  • Jika suatu saat anda harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar anda waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada anda dan jauh.
  • Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan anda, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  • Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai anda sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon anda 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan anda di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan anda.
  • Orang yang mencintai anda kadang-kadang merindukan anda dan melakukan hal-hal yang membuat anda pening kepala. Namun ketika anda mengatakan tindakannya itu membuat anda terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  • Jika anda memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu anda. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan anda walau sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau anda melihat handphone-nya maka nama anda akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari anda walaupun ia anda kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat anda di tempat khas dan segala pemberian anda menjadi benda-benda berharga buatnya.
  • Dan jika anda cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan anda, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu anda kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu anda.
  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa anda memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu anda terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan anda, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Tempahan Proton Preve Cecah 6,000 Unit

 
TEMPAHAN kereta global pertama keluaran Proton Holdings Berhad (Proton), kini mencecah 6,000 unit sejak dibuka April lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Ahmad Suhaimi Anuar berkata, sambutan memberangsangkan itu menandakan permulaan baik buat Proton Preve yang dilancarkan bulan lalu dan mampu duduk sebaris dengan jenama kereta antarabangsa.
"Kami jangkakan jumlah itu terus meningkat," katanya.
Proton Preve dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) Seri Kembangan, Selangor.

Bojan: Kelantan Fokus Piala FA, Bakal Menentang Ayeyawady Utd. Piala AFC

 
KOTA BHARU – Kelantan tidak akan memberi tekanan kepada pemain menjelang perlawanan terakhir kumpulan H Piala AFC menentang Ayeyawady United dari Myanmar di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam ini kerana menumpu perhatian kepada perlawanan akhir Piala FA. Siaran langsung di RTM1 pada pukul 8.45.
Ketua jurulatihnya Bojan Hodak berkata ini adalah bagi memastikan pemain tidak berada dalam tekanan menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby pada 19 Mei ini.
Walaupun bagaimanapun, kami tetap berusaha memenangi perlawanan esok, katanya pada sidang media praperlawanan Piala AFC di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Jurulatih Ayeyawady United, Josef Herel.
Kelantan menduduki tangga teratas dalam kumpulan H dan telah mengumpul 10 mata selepas menang tiga perlawanan, satu seri dan satu kalah.
Ayeyawady United pula berada di tangga ketiga dengan tujuh mata selepas menang dua perlawanan, satu seri dan dua kekalahan.
Bojan berkata beberapa pemainnya cedera dan terlalu letih selepas mengharungi banyak perlawanan dalam saingan Liga Super.
Sementara itu, Herel berkata pihaknya turut mengalami perkara yang sama apabila ramai pemainnya yang cedera dan keletihan berikutan jadual perlawanan yang padat di tempat sendiri.
"Peluang kita untuk menang bermain di sini amat tipis walaupun pernah menewaskan Kelantan 3-1 di tempat sendiri baru-baru ini.
"Kita juga mengalami masalah yang sama dengan Kelantan apabila tiga tonggak utama pasukan turut tercedera," katanya. — Bernama

FAM: Harga Tiket RM40 Piala FA Tidak Bebankan Penonton

KUALA LUMPUR, -  Harga tiket bagi semua tempat duduk untuk perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan pasukan kelab Sime Darby pada 19 Mei ini ditetapkan sebanyak RM40.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzudin Ahmad berkata harga tiket itu telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Harga tiket itu tidak membebankan penonton dan terpulang kepada kemampuan masing-masing, katanya ketika dihubungi oleh Bernama hari ini.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan memutuskan venue perlawanan akhir itu minggu depan.

Ditanya penetapan harga tiket itu boleh mencetuskan kemarahan penonton, Azzudin berkata keputusan untuk membeli tiket bergantung kepada penonton sama
ada mereka sanggup membayar atau sebaliknya.

Pada perlawanan akhir Piala FA tahun lepas, harga tiket bagi tempat berbumbung ialah RM30 dan RM50 bagi pentas utama.

Pada tahun lepas, tindakan FAM menaikkan harga tiket kepada RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu telah menimbulkan kemarahan peminat sukan bola sepak di negara ini.- Bernama

Didie Alias Fan Club

MELALUI pelbagai dugaan sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni, pelakon yang kini semakin dikenali sebagai pelawak, Didie Alias, tidak pernah berputus asa dalam melayari perjalanan hidup sebagai selebriti biarpun ada kalanya jalan yang dilalui penuh berliku.

Begitu sabar melalui banyak cemuhan dan kadangkala kata-kata nista masyarakat yang mengkritik penampilannya sebelum ini, Didie bagaimanapun tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Percaya akan kesetiaan peminat yang menilainya dari segi bakat, pelawak berusia 38 tahun ini bersyukur apabila usahanya selama ini berhasil dengan kemenangannya sebagai Artis Komedi Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011) yang berlangsung awal bulan April lalu.

Menyedari kemenangan yang diraih adalah hasil undian peminat, Didie berhasrat ingin menubuhkan kelab peminatnya sebagai tanda menghargai para peminat yang selama ini setia menyokong kerjayanya.

"Alhamdulillah, rezeki yang datang semakin bertambah selepas kemenangan pada hari itu. Namun, saya masih lagi Didie yang dulu dan tidak pernah meletakkan harga yang tinggi hanya kerana kejayaan yang saya raih.

"Sebagai menghargai peminat, saya berhasrat ingin menubuhkan kelab peminat, Lady Didie's Fanclub supaya peminat-peminat saya mudah untuk mengetahui aktiviti yang saya lakukan.

"Sebagai permulaan, saya akan mengambil 50 orang pertama yang akan menyertai fanclub ini untuk menjadi kumpulan pertama Lady Didie's Fanclub," katanya yang berhasrat membuat majlis kesyukuran sempena kemenangannya di ABP2011.

Didie yang ditemui semasa Minggu Setiausaha Datuk Shake baru-baru ini berkata, dia bagaimanapun tidak pernah meletakkan setiap kerjanya semata-mata untuk meraih anugerah.

"Saya sedar selama ini ramai peminat yang menyokong dan saya juga tahu bukannya mudah untuk mereka ini melakukan tugas undian kerana perlu mengumpul keratan akhbar dan ada juga yang menghantar SMS dan mengundi menerusi online.

"Namun, saya anggap ini sebagai hasil usaha keras saya setelah 22 tahun berada di dalam industri. Bukannya saya bermaksud usaha untuk mendapatkan anugerah tetapi pada saya, peminat sudah ramai yang melihat usaha yang saya lakukan selama ini," katanya lagi.

Bakal berganding dengan pelawak terkenal

Bekas pengacara program game show, Kalau Berani 1 VS 0 ini juga sempat memberitahu mengenai tawaran terbaru yang diterimanya.

Katanya, tawaran tersebut bakal menggandingkan dia dengan seorang pelawak lelaki terkenal untuk sebuah rancangan bual bicara.

"Sebuah stesen televisyen swasta ada menawarkan saya untuk bergandingan dengan seorang pelawak terkenal sebagai pengacara sebuah talk show. Namun, kami masih lagi belum sempat berbincang," katanya yang kadangkala terpaksa menolak beberapa tawaran lain kerana terikat sebagai pengacara.