Pages

1BestariNet - belajar dengan iPhone & telefon windows

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan pembelajaran secara maya menggunakan telefon pintar seperti iPhone dan telefon Windows, pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Katanya, di rantau Asia Pasifik, penggunaan telefon pintar semakin popular dengan kemudahan seperti internet tanpa wayar, rangkaian 3G atau 4G untuk meningkatkan P&P.


Kemudahan 1BestariNet

"Dalam pelan tindakan pendidikan negara, kita akan menyediakan kemudahan 4G melalui 1BestariNet dan persekitaran pembelajaran maya (VLE) membabitkan lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Kita juga menyasarkan semua guru terlatih dan cekap dalam VLE menjelang 2015.

"Pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran dan pembelajaran di mana-mana atau u-pembelajaran adalah dua trend untuk mengukuhkan inisiatif e-pembelajaran kita," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan 'Digital Education Show Asia' 2013 di sini, semalam. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching.

3 gelombang pembangunan
Muhyiddin berkata, kementeriannya sudah menggariskan tiga gelombang pembangunan untuk perubahan sistem pendidikan negara dengan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Katanya, pembabitan guru dan integrasi ICT dalam P&P adalah faktor utama bagi menjayakan matlamat itu dan ia juga sejajar matlamat Wawasan 2020 menerusi inisiatif dalam teleperubatan, e-kerajaan, pendidikan dan industri.

Beliau yakin peningkatan integrasi ICT dalam P&P akan merubah sistem hafalan tradisional kepada pendekatan konstruktivis yang melahirkan pelajar berfikiran kreatif, kritikal dan berinovasi.

Peluang lepasan SPM, STPM lanjut pelajaran ke IPMa

KOTA BHARU 17 April - Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan semua pelajar di Kelantan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di bawah Institusi Pendidikan Mara (Ipma) tanpa mengira keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012.
 
Pengarah Bahagian Kewangan Mara, Abdul Rashid Mohd. Said berkata, sehubungan itu, ibu bapa digalakkan mengunjungi Karnival Pendidikan Mara (KPM) yang dianjurkan selama dua hari bermula hari ini di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung peluang tersebut.
 
Beliau berkata, melalui Ipma, Mara mempunyai program pendidikan dan latihan kemahiran yang begitu meluas iaitu melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Jerman Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Profesional Mara (KPM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan GiatMara.
"Saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui betapa luasnya peluang pendidikan yang disediakan Mara, maka melalui karnival ini saya mahu kaum bumiputera mengetahui mereka berpeluang melanjutkan pengajian di bawah Ipma," katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Mara 2013 Peringkat Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
 
Karnival itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Dalam karnival itu, Mara menjalin kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan untuk membuka sebanyak 140 ruang pameran yang kesemuanya memberi fokus kepada peluang pendidikan dan pekerjaan.
Sementara itu, Abdul Rashid berkata, penganjuran karnival itu tahun ini dijangka mampu mencatat rekod kehadiran sebanyak 70,000 pengunjung berdasarkan sambutan menggalakkan tahun lalu.
"Secara keseluruhannya, tahun lalu KPM mencatat kehadiran sebanyak 270,000 pengunjung di seluruh negara dan di Kelantan sahaja kira-kira 60,000 pengunjung hadir.
"Sebab itu jugalah kami jadikan KPM ini sebagai acara tahunan," katanya
 

Perempuan di larang masuk ke gunung ni

Gunung Omine adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pegunungan Omine makanya disebut Gunung Omine.
gunung-omine-jepang_1
Di puncak gunung ini terdapat kuil Ominesanji, pusat agama Budha Shugendo di Jepun. Seluruh bahagian gunung ini adalah tempat suci untuk ziarah dan pelatihan biarawan kuil tersebut.
Pada 2004, UNESCO menjadikan gunung ini sebagai situs Warisan Dunia. Namun anehnya, perempuan tidak diperbolehkan masuk. Tak hanya perempuan, orang yang keluarganya baru meninggal pun diminta tidak masuk kawasan gunung ini.
gunung-omine-jepang_2
Selama 1.300 tahun, hanya lelaki yang diperbolehkan masuk dan melihat Kuil Budha yang terkenal di ketinggian 5.640 kakinya ini. Alasannya sama dengan tempat wisata lain yang melarang perempuan masuk, yakni kehadiran mereka dianggap dapat mengganggu kekhidmatan peziarah yang mengunjungi gunung ini.
gunung omine