Kesucian hukum wajar dipertahan elak dimanipulasi pihak tertentu
Kebelakangan ini terdapat ramai pihak membincangkan mengenai undang-undang jenayah syariah, terutama hudud. Jika diperhatikan, pihak yang membincangkan mengenai hudud ini boleh dibahagikan kepada empat kategori.

Pertama, golongan ilmuwan Islam; kedua, golongan Islam yang tahu mengenai hudud tetapi terlalu cetek; ketiga, golongan Islam yang langsung tidak faham apa itu hudud dan keempat, golongan bukan Islam yang cuba bercakap mengenai hudud.
Apabila isu hudud ini dibincangkan dan dihujahkan tanpa berdasarkan ilmu mendalam, ia boleh mendatangkan fitnah terhadap Islam. Kesannya, Islam akan dianggap agama yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Lebih parah lagi jika isu hudud dibincangkan atas dasar kepentingan politik.
Jika isu hudud ini dibincangkan golongan ilmuwan Islam yang benar-benar mempunyai ilmu mengenainya, ia tidaklah membimbangkan. Apa yang membimbangkan sekarang ini adalah apabila isu hudud ini dibincangkan golongan yang kurang ilmu mengenainya.
Lebih membimbangkan lagi apabila ia cuba dibincangkan golongan Islam yang tidak berilmu dan bukan Islam.
Hujah tanpa ilmu
Apabila isu hudud ini dibincangkan dan dihujahkan tanpa berdasarkan ilmu mendalam, ia boleh mendatangkan fitnah terhadap Islam. Kesannya, Islam akan dianggap agama yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Lebih parah lagi jika isu hudud dibincangkan atas dasar kepentingan politik.
Ingin dijelaskan bahawa hudud adalah salah satu komponen dalam undang-undang jenayah syariah selain qisas dan takzir. Undang-undang jenayah syariah salah satu daripada empat cabang ilmu fiqh, selain ibadah, muamalat dan munakahat.
Dalam pada itu, ilmu fiqh pula adalah salah satu daripada tiga cabang ilmu fardu ain, selain tauhid dan akhlak. Dari perspektif hiraki, ilmu undang-undang jenayah syariah terletak di ranting ilmu fardu ain yang wajib dipelajari dan diamalkan.
Tiada hak bercakap
Justeru, tidak ada sesiapa pun yang berhak bercakap mengenainya kecuali benar-benar berilmu dan tidak mempunyai niat selain untuk kebaikan agama.
Meskipun memberi pandangan atau bercakap itu adalah kebebasan individu, namun bercakap sesuatu perkara yang kita tidak mempunyai ilmu mengenainya, lebih-lebih lagi membabitkan hukum disyariatkan Allah SWT, tidak termasuk dalam skop kebebasan sebenar.
Tidak mungkin dan mustahil seseorang manusia itu dapat mengetahui semua perkara sehingga dia boleh bercakap mengenai segala-galanya. Lagipun, al-Quran telah jelaskan bahawa Allah SWT mengurniakan sedikit saja daripada ilmunya kepada manusia.
Firman Allah SWT: "Mereka bertanya kepada engkau mengenai roh. Katakanlah: Roh itu daripada urusan Tahunku. Kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sikit saja." (Surah al-Israk, ayat 85)
Bagi meningkatkan ilmu, al-Quran mengajar kita supaya belajar dengan cara menjadikan orang yang berilmu sebagai rujukan.
Firman Allah SWT: "Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu melainkan daripada kalangan orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (Surah al-Nahl, ayat 43)
Jelaslah bahawa walau sebijak mana pun seseorang itu, dia tetap tidak mengetahui semua perkara.
Justeru, adalah bahaya jika seseorang itu bercakap mengenai hudud sedangkan dia tidak mempunyai ilmu atau cuma mempunyai sedikit ilmu saja.
Jika dia bercakap juga mengenai hudud dibimbangi apa yang dicakapkan itu tidak betul dan membawa kepada dosa.
Tanggungjawab muslim
Menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk memperlihatkan undang-undang jenayah syariah yang indah dan adil itu. Bukan setakat itu, malah dalam apa juga perkara, umat Islam hendaklah berusaha membuatkan Islam dipandang suci, mulia, baik dan indah.
Atas dasar untuk menjaga kesucian dan kemuliaan Islam itulah, maka sebaik-baiknya elakkan daripada bercakap soal hudud demi kepentingan politik.
Perbincangan hudud sama sekali tidak boleh dijadikan wasilah untuk meraih atau memancing undi.
Jika perlu bercakap juga mengenai hudud ini dalam polemik politik sekarang, bercakaplah dengan ilmu dan kebenaran bagi tujuan berdakwah. Janganlah bercakap tentang hudud yang telah dipolitikkan, kerana ia dibimbangi wujud unsur untuk memburukkan hudud.
Apabila hudud digambarkan dengan gambaran yang salah, maka masyarakat menjadi takut dengan hukum hudud. Dengan kata lain, ia akan mencetuskan fenomena Islamofobia. Jika hal ini berterusan, undang-undang jenayah syariah itu terus ditakuti dan dipandang negatif.
Perjelas hukum hudud
Masyarakat Islam, mereka juga perlu mempelajari dan memahami undang-undang jenayah syariah melalui ilmuwan Islam muktabar, merujuk pelbagai kitab rujukan atau dengan cara menghadiri persidangan, seminar dan bengkel akademik serta wacana ilmiah yang dianjurkan.
Masyarakat bukan Islam pula, perlu juga ada pihak yang tampil bertemu mereka bagi tujuan menjelaskan undang-undang jenayah syariah ini.
Apabila masyarakat mempunyai ilmu yang secukupnya mengenai hudud, mereka tidak akan takut lagi dengan hudud yang benar.
Malah, mereka mampu menilai sama ada maklumat yang sampai kepada mereka itu hudud Islam yang benar atau sebaliknya.

Sumber: Penulis ialah Pensyarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan